Saturday, January 4, 2014

melayu masih belum sedar - tanah beralih tuan,sultan kehilangan kerisnya...





Padan muka orang melayu masih perasan negara ini dia yang punya.Islam agama negara nya  dan boleh memperlekehkan agama lain.Masih ingin menjadikan sultan berkuasa macam zaman hang tuah.Ada istilah durhaka dan taat setia.

Melayu yang bertuankan UMNO lupa 57 tahun lalu buat perjanjian secara tangkap muat kerana tak menyempat-nyempat ghairah hendak merdeka.Beri semua bangsa yang ada dalam negara ini kerayatan dan warganegara.Melayu lupa bila sudah jadi warganegara taraf  haknya sama seperti dia mengaku bumiputra.Malahan boleh muafakat sesama dia  dan campakkan nama itu dari kamus istilah.

Melayu masih bermimpi kisah, masam-masam manis dengan status keling botol dan peranan apek cina dalam Ali baba bujang lapok dengan 40 penyamun.Lupa melayu UMNO telah menganugerahkan mereka kad pengenalan biru.

Sekarang melayu baru tahu rajanya tidak ada kuasa hendak menghalang bangsa dan agama selain dari melayu dan islam melakukan aktiviti.Melayu baru mula sedar sekarang ini, macam pak kadok terus bersorak tapi kampung dah tergadai dan melompat-lompat terlalu suka sehingga tidak sedar orang menggelakkan kainnya terlondeh.

Melayu sudah lupa dedalu sudah penuh sebatang pokok dan pokok asal telah ditelan beringin. Api dapur telah mula hendak membakar rumah. Entah mana hendak mengadu sultan sudah mula buat tidak tahu, kerana berbuih bertitah ,tidak dipedulikan kerana hambanya sudah kaya dari tuan . Hanya melayu yang terus melutut.

Rakyatnya yang  57 tahun  lalu bersikap “ampun tuanku! ampunkan patik tuanku !,sekarang ini telah mula “sultan siapa ? ,berani menunjukkan isi buku undang-undang negara.Terus mencabar berdasarkan kelemahan undang-undang yang dicipta oleh rombongan melayu ke tanah kolonial. Melayu PAS ke, atau  Melayu Keadilan yang bertanggungjawab.

Sekarang ini bukan sahaja bangsa melayu yang menyeluk perkasam  dalam tempayan yang sama, tetapi bangsa cina dan bangsa india turut serta menyeluknya ,cuma belum tarik tangan ke atas menikmati baunya.Mereka mendakwa ada hak terhadap perkasam tersebut.

Bangsa Melayu tidak usah mengelamun sejarah bangsa yang mengatakan tidak akan melayu hilang di dunia sebaliknya berfikir bagaimana hendak menyelamatkan kuasa kedaulatan bangsanya,  terus dicabar oleh bangsa lain, hasil kemurahan hati pemimpin bangsanya 57 tahun lalu.

Melayu perlu lenyapkan perkara “Tiada undang-undang untuk dakwa penderhaka”, menggantikan –“  "hukum mandatori penderhaka  titah sultan boleh diusir dari negara ini”.Kesemua masalah bangsa melayu berkaitan agamanya,undang-undangnya dan kuasa tuannya, boleh di kembalikan kiranya melayu duduk satu lorong,berumahkan sebuah rumah,berjemaah satu meja dan berlenggang satu lenggang.berbaju satu warna.

Apa yang kita sedihkan ialah melayu masih belum sedar,tanah beralih tuan,sultan kehilangan kerisnya,penulis dirampas pennya,masjid dikurung imamnya.

1 comment:

  1. Inilah akibatnya pemerintah islam yg amat keberatan ataupun menolak untuk mendaulatkan undang2 islam. Undang2 ciptaan manusia diletakkan lebih tinggi berbanding undang2 Pencipta, maka terjadilah apa yg berlaku sekarang ini

    ReplyDelete