Hari ini sesiapa yang diberi amanah adalah merupakan tiket mencari
kekayaan.Tidak kira apa jenis amanah diserahkan, sama ada bagi pehak kerajaan
atau institusi swasta. Satu rasa kegembiraan bagi mereka yang diamanahkan
,terutama mereka yang besar skop dan kuasa yang di pertanggungjawabkan.
Kita lihat dan dengar melalui
media hari ini pemegang amanah sudah melampaui
kerakusan seorang manusia yang kita sebagai orang islam sememangnya
dilakukan bersama iblis.Mereka yang gagal mengendalikan amanah terutama amanah
yang melibatkan kuasa ,sepatutnya tidak boleh lagi hidup di dunia ini
seperti apa yang berlaku di negara
China.
Tumpuan perejah amanah bukan
sahaja di nilai dengan wang ringgit atau harta yang melibatkan aktiviti pemberi dan penerima tetapi hari ini telah
melibatkan penyelewengan kuasa,dana dan sumbangan yang tersembunyi maksudnya.
Penyelewengan kuasa baru sahaja
berlaku dalam negara ini dengan orang paling berkuasa memberhentikan pegawai
kerajaan dan menteri kerana melibatkan diri bagi urusan penyiasatan kehilangan
dana dan kemasukkan dana berbilion ringgit ke akuan individu.
Manakala penyelewengan urusan
dana tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang diberi amanah beberapa kali
oleh kerajaan – tentera dan bank rakyat tetapi manusia yang tidak cukup sejuta
,lima juta ,sepuluh juta hendakan lima belas juta.
Hari ini 5 okt.2016, entah berapa
kali saya beristaghfar melihat paparan berita gila perasuah atau sekarang ini
di namakan pengubahan wang haram yang nilai wang tunai sehingga SPRM memerlukan masa berjam-jam untuk mengiranya.Perasuah
celaka ini bagitu berani menyimpan wang tunai beratus juta dan beribu juta dalam rumah,pejabat atau premis perniagaan.
Sebagaimana yang saya sebut di
awal tulisan ini mereka yang tidak
pernah cukup ini hendaklah dilenyapkan dalam dunia Malaysia kerana dalam hati
mereka tidak ada rakyat yang mengais pagi dan petang kerana makanan.
Mereka sanggup memperagakan
sebuah Rolls Royce, Ferrari, Toyota dan beberapa
buah motorsikal berkuasa tinggi. Menyimpan wang tunai berjumlah lebih RM30 ribu di rumah dan
enam utas jam tangan berharga RM20 ribu setiap satu ,serta beberapa akaun bank
bernilai hampir RM10 juta
Mereka yang ada kuasa menerima sumbangan
berbilion pula sanggup melantik seramai pengampu dan mencampakan seramai pengkritik
yang dilabelkan tidak sehaluan dengannya dan mengecopnya mementingkan diri. Dia lupa sehaluan hanya diguna pakai
berkaitan kerja-kerja amal-makrof bukan kerja yang dikategorikan rasuah atau
kerja mungkar.
Bagitulah sikap manusia Malaysia yang sentiasa bersama syaitan menjalankan amanah dan hipokrit tethadap rakyat dengan menyatakan tidak satu sen masuk poketnya. Walhal membolot setiap sen wang rakyat untuk diri dan keluarga.
Pengedar dadah boleh dihukum mati
kerana mengedar dadah hanya berapa gram sahaja yang nilai tidak sampai berjuta ringgit jika di bandingkan dengan perasuah
yang melakukan rasuah puluhan ribu juta.Sudah sampai masanya penyeleweng amanah
ini di tolak dalam kubur,sekurang-kurangnya mengurangkan kes .
Kita semua maklum bahawa ahli
parliman tidak sanggup membincangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah
rasuah atau penyelewengan amanah kerana ditakuti menepuk air dalam dulang atau
meludah ke langit.
Ramainya mereka yang tidak amanah
adalah disebabkan indoknya yang
tertinggi masih bebas dan tidak pernah didakwa atas kesalahan rasuah.Kita lihat melalui media ramainya pengampu yang ada kepentingan jawatan dan kewangan membela dan menafikan perbuatan rasuah ketua jabatannya.Disamping itu SPRM takut dan tidak mampu bertindak kerana bidang kuasa terhad.
Tentunya mereka yang terlibat tidak amanah ini mendakwa bahawa mereka yang lebih berkuasa pun sama seperti dia . Maka jadilah rasuah satu keperluan dan menjadikannya satu usaha sampingan untuk menambah pendapatan.
Mereka yang di beri amanah menganggap mereka yang terlalu jujur adalah satu kerugian sepanjang perkhidmatan.Satu penyakit perkhidmatan awam yang diwarisi oleh Perdana Menteri hingga ke Pekerja Am.
Tentunya mereka yang terlibat tidak amanah ini mendakwa bahawa mereka yang lebih berkuasa pun sama seperti dia . Maka jadilah rasuah satu keperluan dan menjadikannya satu usaha sampingan untuk menambah pendapatan.
Mereka yang di beri amanah menganggap mereka yang terlalu jujur adalah satu kerugian sepanjang perkhidmatan.Satu penyakit perkhidmatan awam yang diwarisi oleh Perdana Menteri hingga ke Pekerja Am.