UNTUNGNYA rakyat Malaysia kerana
pembangkang KUAT dan KERAJAAN TIDAK MEMENANGI 2/3 KERUSI DI PARLIMEN.
Diantara
kelebihan ialah Perdana Menteri dan kerajaan pemerintahannya tidak boleh
bertindak mengikut sukahatinya seperti gambaran
terbaharu Mahathir hendak melucutkan kerayatan Ambiga seandainya rakyat
memberi mandat 2/3 kepada BN.
Kita semua tahu zaman
pemerintahan Mahathir ,beliau sentiasa berusaha mendapatkan 2/3 partinya di parlimen Tidak kira dengan
cara halal atau haram asalkan kerajaan pimpinannya dapat kuasa 2/3 . Sepanjang hidup dia berpolitik memperoehi kuasa majoriti.
Dengan kuasa 2/3,membentuk
kerajaan bertujuan dapat menggubal undang-undang untuk memangaibkan manusia
lain dan paling tertinggi dalam sejarah kerjayanya, ialah mengaibkan kuasa raja dengan mencabut imunitinya.Dia yang sentiasa
bersultan di mata ,beraja di hati selama 22 tahun. Rakyat dimestikan ,dan mempastikan,
perkara ini tidak berterusan berlaku lagi.
Era Najib ini kerana kehebatan
pembangkang memenangi lebih 80 kerusi dan telah berjaya mentadbir 4 buah negeri telah menyebabkan kerajaan pusat yang ada
sentiasa dalam kebimbangan takut kehilangan terus kuasa pada pilihanraya ke 13 akan datang.
Oleh kerana kerajaan yang
sentiasa dalam kecemasan ini maka pelbagai tawaran,bantuan serta hiburan
percuma disajikan kepada rakyat, agar rakyat termakan budi dan berkeadaan
serbasalah sama ada mengekalkan kerajaan
yang ada atau menggantikan kerajaan yang lain.
Zaman Mahathir penipuan dilakukan
dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing untuk mendapat faedah menambah pengundi untuk parti
pimpinanya.Hari ini berlainan sedikit caranya, dan tidak kurang buruknya perangai kerajaan, dengan mengambil kesempatan menggunakan wang kerajaan atas nama wang Barisan
Nasional atau Wang Najib diagih-agihkan kepada bakal pengundi(rakyat) agar menilai
apakah kerajaan yang sedia ada prihatin terhadap masalah mereka.
Kenapa saya berkata demikian
kerana rata-rata sepanjang kempen menyampaikan ringgit kepada rakyat samaada di dewan atau balairaya,terutama di
kampung-kampung, bendera UMNO/BN terpacak di sepanjang jalan sejauh 2km dari
pentas penyampaian,disamping itu sepajang temuramah melalui televisyen mereka
yang dapat bantuan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri walaupun
yang menyampaikanya bukan Perdana Menteri hanya seorang ketua Cawangan UMNO atau Ketua Bahagian.
Berikut disenaraikan nilai faedah
yang rakyat perolehi dari parti
pembangkang yang kuat, dan rakyat menafikan kurang 2/3 ahli parlimen membentuk
sebuah kerajaan.
i) BR1M
ii) Baucar-buku-1malaysia-RM200
iii) Bantuan Sekolah 1
Malaysia-RM100
vi) BR1M
2.0-RM500
v) BR1M2.0-
RM250-Belia
vi) Rebat RM200 Beli Telefon Pintar 3G 1Malaysia – Khas Untuk Belia Umur 21
Hingga 30 Tahun
vii) Bantuan
Teksi 1 Malaysia
viii Kad
Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)
ix) Pesara
tentera tidak berpencen mendapat bantuan RM1000
x)
Bekas anggota pasukan keselamatan zaman darurat
duda dan balu –Bantuan RM3000
xi) BL1M -bantuan lesen 1 Malaysia 2013- kelas
B2 pada kadar RM199,
xii ) Bantuan untuk Tokong dan Kuil berpuluh dan ratus ringgit
xiv) Kerajaan
memperuntukkan RM1.1 juta kepada tujuh buah sekolah Cina,
Mungkin banyak lagi wang kerajaan
atas nama budi baik Barisan Nasional akan diagih-agihkan.Kebahagiaan rakyat
terserlah dengan bantuan-bantuan selama
2 tahun sejak cakap-cakap pilihanraya akan diadakan. Kekuatan pembangkang dalam
parlimen serta lemahnya kerajaan yang memerintah merupakan satu rahmat kepada
rakyat.
Ketika ini rakyat boleh meminta
apa sahaja dari individu wakil rakyat,parti atau kerajaan sendiri - yang nyata permintaan rakyat ditunaikan
secara langsung tanpa hisab.
Kuasa rakyat pada
pilihanraya ke 12 dengan memilih pembangkang 85 kerusi ,kerajaan 137 kerusi telah
membuahkan hasil dengan rakyat mendapat
pelbagai kemudahan, serta menambah sumber kewangan,dan paling terbaru
mengimport hiburan "k_pop idols Korea Psy dengan tarian Gangnam Style”.
Sekarang ini sedang
menunggu janji Muhyiddin Yasin berkemungkinan dengan syarat BN terus
berkuasa,BR1M dari RM500 naik kepada RM1,000," .Diharap janganlah janji
ini menjadi janji seorang yang sedang “pulang
tabiat”.
Ketika ini
parti-parti politik dan wakil rakyatnya berada dalam musim tidak besar kepala,dan
ego dengan kekayaan yang ada .Mereka
mudah senyum dan senang mengangguk apa yang orang ramai cakap dan sentiasa
melayan kemahuanannya.
No comments:
Post a Comment