Membimbangkan, seterusnya menakutkan, perangai anak muda
melayu yang ibu bapa mereka mengaku islam, berterusan menjadikan lokasi longkang,parit ,tong sampah,tali air dan
bangunan ,untuk membunuh anak zina mereka. .Budaya buang bayi telah
menjadi-jadi,.hampir setiap hari berlaku.Jahiliah Melayu Malaysia ini
bermula dari rumah dan dapat restu secara tidak lansung dari ibu bapa mereka.
Masalah sosial orang melayu ini berlaku kerana banyaknya
aktiviti anak muda melakukan perkara menghampiri
zina ,sebelum berzina.Bermula dari sekolah telah terbuka perkara-perkara
menghampiri zina dengan kebebasan pergaulan tanpa sekatan.Guru-guru tidak ambil
peduli dan tidak dapat mengambil peduli kebebasan murid dalam kelas ,kerana itu
bukan tugasnya.Tugas utama mereka mendidik anak-anak mendapat akademik
cemerlang.
Terdapat murid perempuan dan lelaki yang lebih bermegah dan
bangga apabila diantara mereka telah mempunyai
pasangan diperingkat sekolah lagi. Mereka yang single dikatakan bodoh dan tidak membaharui tamadun.
Ibu bapa lebih bersikap terbuka dengan kebebasan anak mereka
apabila pulang dari sekolah maka lebih
banyak peluang melakukan kerja-kerja menghampiri zina dengan teman lelakinya
yang bermula dari kelas atau satu sekolah yang sama.
Balik dari sekolah ramai murid perempuan jadi pembonceng motor
pelajar lelaki, yang kadang kala singgah sebentar dimana-mana taman atau tempat
yang boleh melakukan kerja yang menghampiri zina.
Ibu bapa hanya membiarkan perkara ini berlaku dan menganggap
satu kebiasaan.Masyarakat sekeliling lebih teruk lagi apabila ternampak
perkara-perkara menghampiri zina berlaku terus memejamkan mata terutama mereka
kenal anak siapa yang melakukan kerja tersebut, kerana ditakuti apabila ditegur
akan berlaku tindak balas diluar jangkaan.
Berterusan aktiviti hampiri zina setiap pasangan lelaki dan
perempuan terutama mereka yang berada satu kampung,taman-taman perumahan, dan
rancangan-rancangan Felda tanpa kawalan ibu bapa.Mereka diberi kebebasan 100%
kepada anak mereka, tanpa apa-apa bantahan, apabila mereka balik lewat atau jantan mana
yang menghantar pulang ke rumah.
Sehari,seminggu,sebulan dan setahun anak muda yang
berpasangan biasanya menunggu teguran ibu bapa, atau halangan berkaitan hubungan mereka
berdua. Kesepian teguran seolah-seolah mereka berpendapat perkara yang mereka
lakukan adalah baik.dan mendapat restu.
Ibu bapa pasangan lelaki pasti membisu apabila melihat
anaknya menjinjing anak dara orang, kerana lelaki bukan ada apa-apa kesan
sekiranya melakukan perkara tidak senonoh. Mereka lupa Allah menghukum mereka
dengan hukuman yang sama bagi kesalahan zina dan ibu bapa berkongsi dosa dengan
anak-anak remaja mereka dibawah tanggungjawabnya.
Kebebasan menghampiri
zina tidak berlaku lagi apabila anak-anak muda berada di universiti dan
alam pekerjaan .Sebaliknya yang ada kebebasan
untuk melakukan zina pada bila-bila masa, kerana
persekitaran untuk melakukan zina terus mengizinkan tanpa sekatan.Mereka yang
dalam alam persekolah dulu telah pernah melakukan zina, akan bertambah
menyeronokkan bila berada di alam universiti atau alam pekerjaan.
Kebanggaan ibu bapa dan menjadikan satu berita popular, apabila anaknya
sebagai pelajar membawa teman lelaki ke kampung atau ke rumah emaknya, malahan
kadangkala menompang tidur atau bermalam dirumah mereka yang bukan muhrim
tersebut. Aktiviti-aktiviti menghampiri zina berlaku dalam rumah tersebut dengan
anak perumpuan mereka tidak menutup aurat umpamanya berseluar pendek atau
berbaju tidak berlengan dengan ketiak terbuka.
Jiran-jiran di alam rumah sewa, hanya berfungsi sebagai
jiran yang berpandangan ,yang diperlukan
melemparkan senyuman.Kiranya berlaku ada jiran yang perihatin melaporkan kepada keluarga atau ibu bapa jiran,
berkaitan kegiatan anaknya yang menghampiri zina-jarang dipercayai laporan
tersebut Sebaliknya pelapor tersebut di
cop sebagai fitnah tanpa siasat.
Tidak ada perasaan kerisauan atau kebimbangan anak akan
melaku zina di luar pandangan mata ibu bapa salah satu penyumbang kearah penzinaan yang melahirkan bayi.Anak
yang tidak balik ke rumah ibu bapa dalam waktu yang lama sudah menjadi lumrah
dan anak perempuan mereka balik ibu bapa tidak mengambil perhatian atau syak
sesuatu terhadap anak perempuan tersebut.
Berita-berita pembuangan bayi melalui media tidak
menjejaskan kepercayaan kejujuran perhubungan intim anak-anak perempuan dan anak-anak lelaki mereka.Bagi mereka itu berlaku kepada
anak-anak orang lain.
Orang melayu yang masih menjadikan islam agamanya, hanya satu
cara bagi mengatasi keadaan ini dengan terus mempercayai fiman Allah (Dan janganlah
kamu menghampiri zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat
(yang membawa kerosakan).
Sebelum melakukan zina-Janganlah
menghampirinya. Membawa kerosakan itulah yang berlaku hari ini.
Tidak guna mengadakan rumah-rumah penjagaan untuk anak-anak luar
nikah,dan membenarkan menggunakan sarung kemaluan kerana kesemua itu menggalakkan
zina.Upacara menanam benih ke perut wanita bukan boleh dilindungi dengan sarung kerana kemurkaan Allah, apabila berlaku sepuluh lapis sarung kemaluan boleh di tembusi dan melahirkan bayi untuk dibuang.
Peranan ibu bapa di
rumah,guru-guru disekolah,masyarakat dan pemimpin seharusnya berfikir semula agar tidak
membenarkan kebebasan melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina iaitu
pergaulan bebas peringkat sekolah dikaji semula dan selanjutnya jangan dibenarkan.
Dari segi pergaulan bebas biarlah melayu berundur 55 tahun(1957) kebelakang asalkan anak-anak remaja kita tidak berzina dan melahirkan bayi untuk di buang.