v
Brunei
perketat peraturan sambut raya Cina
Brunei
mengetatkan undang-undang berkaitan sambutan Tahun Baru Cina, antaranya dengan
mengharamkan tarian Singa dekat dengan masa solat dan persembahan oleh orang
bukan Cina.
Langkah itu diambil selepas larangan hiasan Krismas dan selepas solat Jumaat menyeru supaya orang Islam menghindari perayaan bukan Islam.
Tarian singa kini hanya dibenarkan antara 19 hingga 21 Februari antara jam 8 hingga 11.20 pagi dan 1.30 hingga 5.15 petang, menurut Brudirect.
Portal itu juga melaporkan bahawa persembahan itu hanya boleh diadakan di tokong, dewan sekolah rumah anggota-anggota persatuan Cina.
Brunei turut melarang penggunaan mercun dan bunga api yang digunakan secara tradisi ketika perayaan itu.
Pada 7 Februari lalu, The Brunei Times melaporkan bahawa khutbah Jumaat negara itu menyeru orang Islam menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah.

ISLAM MALAYSIA dan Ulama’nya -Thaipusam: Kehadiran Najib tidak menyalahi syarak - JAKIM
Oleh itu, katanya, tidak timbul
isu perdana menteri tidak boleh menyertai acara sambutan rakyat bukan Islam
kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak agama seperti didakwa
sesetengah pihak.- JAKIM- tempat rujuk berkaitan agama
islam
Perdana menteri semasa majlis itu,(Thaipusam) Othman(JAKIM) berkata ia
juga tidak menyalahi garis panduan kerana kurta adalah pakaian tradisional bagi
kaum lelaki India pada majlis rasmi dan tidak timbul isu pelanggaran akidah.
Barulah saya tahu bahawa hukum syarak agama islam ini berbeza-beza
mengikut negara,negeri dan keadaan ulama’nya. Ulama’ makan gaji lain .Ulama’
bebas lain dan ulama’berani kerana Allah lain.
Mungkin berlainan kitab hukum yang didasarkan pada al-Quran, hadis,
ijmak dan qias di Brunei dengan di Malaysia.Kitab hukum di Malaysia di tambah
satu lagi kitab iaitu KITAB PERUT.
Banyak perkara yang memeningkan kepala rakyat islam dan bukan islam di
negara ini apabila melihat telatah ulama’ islam atau cerdik pandai islam yang
mereka ini bukan calang-calang kepadaian islamnya, tetapi tidak sepakat atau seiring
memberi panduan berkaitan halal,haram atau berkemungkinan sesuatu perkara yang menggugat aqidah .
Nyata ulama' di Malaysia ini tidak boleh di jadikan rujukan berkaitan
hukum.Hukuman berubah-ubah mengikut keadaan keselesaan diri yang mengeluarkan
hukum. Andainya terjejas urusan hidupnya apabila berkata benar maka hukum yang
dikeluarkan yang haram bertukar halal atau sekurang-kurangnya haram bertukar harus.
pasai apa jadi lagu ni dan lagu tu pasai 'malaysia boleh' sebab pembodek2 kat 'malaysia boleh' ni ada satu telinga dan dua lidah.kalau tak flip flop sana sini ,dapur tak berasap la jawabnya.anak bini nak makan pa? tarian dalam kelab malam sekarang dah berani ada tarian gelek la kat luaq untuk tatapan umum.pulak kat johor.ada yang pandai agama yang duk dalam keraa jaan berani teguq?silap2 haribulan kena perambat ngan rakyat joho.ni lah didikan dan ajaran dari"UMNOBARISANNASIONAL"
ReplyDelete