Wednesday, February 25, 2015

berhentilah menjaja dan berhentilah objection


Ketika ini ada usaha individu menjaja keputusan mahkamah kes liwat II ke seluruh negara bagi tujuan menjelaskan kepada orang ramai bahawa kes tersebut bukan bersifat politik tetapi kerana perangai individu yang terlibat.

Usaha manusia ini membuktikan fikiran yang masih belum waras kerana orang yang menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah tidak perlu lagi menjaja keputusan tersebut .Keputusan telah diumumkan oleh yang arif hakim dan semua media telah menyiarkan atau telah memaklumkan kepada orang ramai keputusan tersebut.

Ini di namakan dendam politik yang dijangka akan berterusan sehingga pilihanraya akan datang. Pengakhiran dendam ini sehingga umpama yang telah bersalah meninggal dunia masih ada pukulan bertalu-talu melepaskan geram ke atas badan simati .

Apakah tidak yakin dengan keputusan tersebut di terima oleh rakyat seluruh Malaysia dan rakyat dunia, sehingga sanggup membawa peguambela terhandal di Malaysia itu mengaibkan orang sudah di sahkan bersalah. 

Peguam tersebut masih tidak puashati berhujah di mahkamah atau ada lagi kekurangan sifat jelik Anwar yang perlu dijelaskan . Dia tentu tahu kesan keputusan mahkamah tersebut memberi keuntungan kepada nya akan membuatkan dia lawyer paling laris di Malaysia.Lebih-lebih lagi Muhyiddin Yasin mengatakan Shafee peguam bijak pandai.

Sekarang ini orang yang menjaja keputusan tersebut bersetuju dengan keputusan mahkamah tetapi terus mengkeji dan mengimbas kembali apa yang telah perjelaskan di mahkamah. Tidak cukup kedaulatan undang-undang tertinggi mahkamah persekutuan dan masih memandang rendah keputusan mahkamah.

Terima atau tidak keputusan mahkamah sudah pasti berlaku kerana yang arif adalah manusia. Persoalannya mereka yang bersetuju keputusan mahkamah masih mengungkit-ungkit seolah-olah tidak puashati terhadap keputusan tersebut. Jenis apa manusia ini.

Apa yang berlaku sekarang adalah kedua-dua parti UMNO danPKR menggunakan kes liwat ini sebagai hujah politik,cuma berbeza PKR menggunakan kes ini sebelum keputusan mahkamah, manakala UMNO selepas keputusan mahkamah.

Ini satu taktik politik orang yang menjajanya .Sebelum keputusan kes tersebut diumumkan, orang politik sebelah sana menyatakan pehak pembangkang mengambil kesempatan mengkategorikan kes Anwar satu konsipirasi politik dan berjaya mempengaruh orang ramai..

Orang kerajaan pula sekarang ini mengambil kesempatan terhadap keputusan bersalah Anwar adalah kerana  kelemahan akhlak Anwar.Nayata balas dendam hentam- menghentam tidak ada kesudahan.

Sekarang semua orang perlu menyabarkan hati dan pasrah serta menerima keputusan mahkamah.Tidak guna membincang,mengulas dan berhimpun menyatakan perasaan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan mahkamah.

Yang bersetuju apa guna angguk tetapi ada gelengnya, bukankah sudah cukup kepuasan hati dengan ketawa berdekah-dekah, manakala yang tidak bersetuju dengan hakim jangan murung dan menjerit- jerit,menepuk-nepuk badan serta menyising lengan melahirkan kemarahan. Islam ada lagi hakim yang bijaksana yang mungkin membalasnya sekejap lagi di dunia atau akan datang di akhirat.

Mereka yang banyak objection perlu muhasabah diri bahawa keputusan mahkamah memberi keuntungan kepada orang kerajaan sekarang.Kerajaan dan mahkamah yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja terhadap mereka yang menentang. Berhentilah menentang dengan apa cara kerana usaha itu melahirkan si buta membilang bintang di langit.

Kes liwat ini telah melahirkan bahan ketawa mereka yang siuman, kerana bagi menghukum seorang ahli politik memakan masa bertahun-tahun berbanding kes liwat orang biasa yang selesai dua atau tiga hari.

Di simpang mana orang politik menunggu,dan melihat serta menggunakan telunjuknya, dari awal kes ini dan akhirnya kes ini.

1 comment:

  1. Kalau dah pengamal undang-undang telah bertelagah sesama sendiri apatah lagi rakyat biasa yang hanya patuh pada undang-undang lebihlah lagi tidak faham dengan keadaan yang telah berlaku itu,apakah undang membolehkan seorang pengamal undang membuka rahsia penghakiman yang telah menjatuhkan hukuman dikhalayak ramai dari teguran oleh mengamal undang-undang sendiri yang merasakan apa yang telah terjadi itu diluar kebiasan yang sepatutnya diikuti.tidakkan ini menunjukan dwi standad dalam membuat sesuatu keputusan olehpengamal undang-undang disatu pehak dibolehkan dan disatu pehak yang lain diharamkan dimanakan letaknya kesefahaman antara kaum dinegara ini yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

    ReplyDelete