Ketika ini ada usaha individu
menjaja keputusan mahkamah kes liwat II ke seluruh negara bagi tujuan
menjelaskan kepada orang ramai bahawa kes tersebut bukan bersifat politik
tetapi kerana perangai individu yang terlibat.
Usaha manusia ini membuktikan fikiran
yang masih belum waras kerana orang yang menghormati undang-undang dan
keputusan mahkamah tidak perlu lagi menjaja keputusan tersebut .Keputusan telah
diumumkan oleh yang arif hakim dan semua media telah menyiarkan atau telah memaklumkan
kepada orang ramai keputusan tersebut.
Ini di namakan dendam politik
yang dijangka akan berterusan sehingga pilihanraya akan datang. Pengakhiran
dendam ini sehingga umpama yang telah bersalah meninggal dunia masih ada pukulan
bertalu-talu melepaskan geram ke atas badan simati .
Apakah tidak yakin dengan
keputusan tersebut di terima oleh rakyat seluruh Malaysia dan rakyat dunia,
sehingga sanggup membawa peguambela terhandal di Malaysia itu mengaibkan orang
sudah di sahkan bersalah.
Peguam tersebut masih tidak
puashati berhujah di mahkamah atau ada lagi kekurangan sifat jelik Anwar yang
perlu dijelaskan . Dia tentu tahu kesan keputusan mahkamah tersebut memberi keuntungan kepada nya akan
membuatkan dia lawyer paling laris di
Malaysia.Lebih-lebih lagi Muhyiddin Yasin mengatakan Shafee peguam bijak pandai.
Sekarang ini orang yang menjaja
keputusan tersebut bersetuju dengan keputusan mahkamah tetapi terus mengkeji dan
mengimbas kembali apa yang telah perjelaskan di mahkamah. Tidak cukup kedaulatan undang-undang tertinggi mahkamah persekutuan dan masih memandang rendah keputusan mahkamah.
Terima atau tidak keputusan
mahkamah sudah pasti berlaku kerana yang arif adalah manusia. Persoalannya
mereka yang bersetuju keputusan mahkamah masih mengungkit-ungkit seolah-olah tidak puashati terhadap keputusan
tersebut. Jenis apa manusia ini.
Apa yang berlaku sekarang adalah
kedua-dua parti UMNO danPKR menggunakan kes liwat ini sebagai hujah
politik,cuma berbeza PKR menggunakan kes ini sebelum keputusan mahkamah, manakala UMNO selepas keputusan mahkamah.
Ini satu taktik politik orang
yang menjajanya .Sebelum keputusan kes tersebut diumumkan, orang politik
sebelah sana menyatakan pehak pembangkang mengambil kesempatan mengkategorikan
kes Anwar satu konsipirasi politik dan berjaya mempengaruh orang ramai..
Orang kerajaan pula sekarang ini mengambil kesempatan terhadap keputusan bersalah Anwar adalah kerana kelemahan akhlak Anwar.Nayata balas dendam hentam- menghentam tidak ada kesudahan.
Sekarang semua orang perlu
menyabarkan hati dan pasrah serta menerima keputusan mahkamah.Tidak guna
membincang,mengulas dan berhimpun menyatakan perasaan sama ada bersetuju atau
tidak bersetuju dengan mahkamah.
Yang bersetuju apa guna angguk tetapi ada gelengnya,
bukankah sudah cukup kepuasan hati dengan ketawa berdekah-dekah, manakala yang
tidak bersetuju dengan hakim jangan murung dan menjerit- jerit,menepuk-nepuk badan serta
menyising lengan melahirkan kemarahan. Islam ada lagi hakim yang bijaksana yang
mungkin membalasnya sekejap lagi di dunia atau akan datang di akhirat.
Mereka yang banyak objection perlu muhasabah diri bahawa
keputusan mahkamah memberi keuntungan kepada orang kerajaan sekarang.Kerajaan
dan mahkamah yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja terhadap mereka yang
menentang. Berhentilah menentang dengan apa cara kerana usaha itu melahirkan si buta membilang bintang di langit.
Kes liwat ini telah melahirkan
bahan ketawa mereka yang siuman, kerana bagi menghukum seorang ahli politik
memakan masa bertahun-tahun berbanding kes liwat orang biasa yang selesai dua
atau tiga hari.
Di simpang mana orang politik
menunggu,dan melihat serta menggunakan telunjuknya, dari awal kes ini dan
akhirnya kes ini.
Kalau dah pengamal undang-undang telah bertelagah sesama sendiri apatah lagi rakyat biasa yang hanya patuh pada undang-undang lebihlah lagi tidak faham dengan keadaan yang telah berlaku itu,apakah undang membolehkan seorang pengamal undang membuka rahsia penghakiman yang telah menjatuhkan hukuman dikhalayak ramai dari teguran oleh mengamal undang-undang sendiri yang merasakan apa yang telah terjadi itu diluar kebiasan yang sepatutnya diikuti.tidakkan ini menunjukan dwi standad dalam membuat sesuatu keputusan olehpengamal undang-undang disatu pehak dibolehkan dan disatu pehak yang lain diharamkan dimanakan letaknya kesefahaman antara kaum dinegara ini yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.
ReplyDelete