Saya tidak
berminat hendak mempertikaikan hasil karya seseorang sama ada lukisan manusia
dari belakang, dari depan atau terlanjang. Apa yang perlu di persoalkan adalah
niat tersembunyi lukisan tersebut yang
juga mencerminkan luahan perasaan kesetiaan terhadap negara
ini,pemimpinnya dan undang-undangnya.
Ketika ini
negara amat sensitif terhadap adanya warganegara mempertikai sistem
pemerintahan negara yang telah merdeka lebih 57 tahun. Banyak NGO dan orang
awam terutama orang melayu selalu merasa ragu terhadap ada warga mempertikaikan
rukun negara yang kedua itu- kesetian kepada raja dan negara.
Golongan ini
hanya berminat untuk merebut tempat dalam pentadbiran negara dan mempelopori
ekonomi negara. Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mereka
anggap sebagai paksaan untuk mereka patuhi. Kita tahu mereka bercita-cita
gubalan undang-undang baru apabila berkuasa kelak.
Walaupun ada diantara rakyat negara ini mengatakan bangsa-bangsa lain selain melayu tidak akan berkuasa di negara ini, tetapi perkara mustahil hari ini boleh berlaku 10 tahun atau 20 tahun akan datang.Lihat negara Singapura 50'an dan 60'an zaman-zaman cerita P.Ramlee di terbitkan suasana melayu tergambar kemelayuannya.Hari ini di mana susana itu dan bangsa melayu.Singapura telah menjadikan melayu telah hilang di dunia.
Lukisan yang luar biasa yang dipamirkan di Singapura itu
sebagai contoh gambaran luahan hati yang sentiasa tidak puas terhadap negara
ini.Pernilaian yang tidak menerima apa yang dihidangkan di negara ini tidak
akan ada kesudahan selagi bangsa ini
tidak memegang tampuk pemerintah utama negara.
Orang melayu
sedar akan sikap yang digambarkan melalui lukisan aneh itu ,tetapi melayu telah
rasa serbasalah untuk betindak samaada peringkat kerajaan ,NGO atau individu
kerana sekarang ini telah melambak mereka yang tidak setia yang digambarkan
melalui laman sosial, yang membuatkan pehak berkuasa tidak mampu
menyelesaikannya.Hanya mereka yang sudah kaya berkata bagini " Ismail rakyat Malaysia ,saya rakyat Malaysia, semua orang pun rakyat Malaysia.
Pehak kerajaan
perlu sedar dan berusaha mengubah kesilapan 57 tahun yang lalu.Orang melayu
pula dimestikan berubah sikap dari politik mencari makan kepada politik membina
semula negara dan berusaha memupuk
kesetiaan rakyatnya ke era zaman 60’an dan 70’an.
Tidak ada cara
lain untuk menyedarkan bangsa-bangsa yang ada dalam negara ini supaya
menghormati perlembagaan,institusi raja dan agama islam iaitu dengan penyatuan
semua orang melayu dalam satu kelompok politik.
Melayu buangkan
perbezaan ideologi dan duduk satu meja membincangkan bagaimana untuk menutup
mulut dan ego bangsa-bangsa yang lain yang tidak cukup dengan kekayaan dimiliki
yang sekarang bercita-cita menjadikan Malaysia seperti negara Singapura.
Rindukan
suasana kampung dan mengamalkan suasana jemaah hari jumaat, setiapkali
menghadapi masalah kesetiaan dan kedegilan bangsa lain dalam negara ini.
Pengurusan negara berusaha melaksanakan apa yang di rancang untuk orang melayu
tidak perlu menoleh kebelakang dan berasa takut tidak popular politik.
Menoleh kembali
perpaduan melayu sebelum merdeka yang ketika itu melakukan sesuatu perkara
untuk negara ini , tanpa melihat kewujudan bangsa-bangsa lain di Tanah Melayu.
Mereka yang
jadi pelukis, dan penulis yang ada rasa
tidak berminat untuk menikmati keamanan dan tidak berpuas hati terhadap sistem pentadbiran yang ada, boleh
mencari tempat lain yang selamat. Dunia ini ada tempat bebas dan mungkin ada
negara bagi mereka untuk menjerit sekuat-kuatnya dengan mengatakan “Malaysia
Bangannnnngnggggggggggggg!”
No comments:
Post a Comment