Sunday, February 15, 2015

Apa spesiesnya Ibrahim Ali ini.




Ibrahim Ali ini mungkin tak mati-mati .Mungkin juga apabila dia bertemu jodoh mati ,maka ramai yang berkata atau menulis dalam FACEBOOK SEPERTI INI “ Tak usah dipedulikan ,dia orang awam biasa, bukan ada apa-apa jasa pun dimana-mana daerah Kelantan. 

“Nama sahaja yang bagai nak rak dalam perkasa ,tetapi lebih heboh  mulut dari kerja. Memiliki title wakil rakyat pun tidak setakat mana khidmatnya, macam melepaskan tengkuk kerbau tersepit, masuk parti lain keluar parti lain”. Dalam hidupnya sebagai wakil rakyat ramai orang yang menggelar dia ‘ibrahim katak’ kerana terlalu suka melompat-lompat parti dan tubuh parti yang tidak pernah tetap- macaaam katakkkk.

Barangkali inilah lebih kurang bunyinya sekiranya Ibrahim Ali meninggal dunia,kerana saya mengatakan demikian kerana mulutnya yang mungkin dilindungi  insuran itu terlalu biadap terhadap Tok Guru Nik Aziz dengan ulasan Tok Guru tersebut telah memerintah 20 tahun tetapi tidak nampak apa-apa jasa pada Kelantan.

Puluhan ribu atau ratus ribu orang ramai yang menziarahi kematian,solat jenazah dan mengiring ke kubur, saya percaya tidak mempunyai niat atau fikiran otak seperti Ibrahim Ali, memperkecilkan kehebatan persenoliti Tok Guru dan telah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Kelantan.Malahan rakyat Malaysia saya rasa mendapat ilham dari teguran Nik Aziz untuk memperbaiki diri dan akidah kepada Allah.

Kematian Ibrahim Ali akan datang ,ada atau tidak seramai 300,000 ahli PERKASA (yang didakwanya) akan menziarahnya. Kita sesama lihat ada atau tidak siaran langsung membuat liputan dari setesyen TV ,serta periwayatan sejarah hidupnya kepada rakyat Kelantan.

Sikap irihati terhadap kehebatan orang lain dari dirinya, terus di pusakai oleh orang yang bernama Ibrahim Ali. Menulis dan mengulas dalam media sosial bertujuan mempopularkan diri sendiri dan bertujuan mengatakan dirinya lebih baik dari orang lain walaupun bukan berpendidikan agama dan tidak mempunyai akhlak yang terpuji.

Kadangkala orang bernama Ibrahim Ali ini dilihat sebagai manusia ego dan sesekali bersifat gila kuasa yang syok sendiri. Sentiasa mencari peluang untuk menyatakan perasaan penilaian negatif terhadap orang lain, tidak kira seseorang itu masih ada didunia ini atau telah meninggal. Orang yang islam yang siuman akan sentiasa mengatakan sifat yang baik-baik terhadap jenazah  atau saudara sesama islam yang telah pergi lebih awal darinya.

Spesies apa Ibrahim Ali ini tidak ada perasaan menjaga kesedihan hati keluarga Almarhum Tok Guru.Sepatutnya Ibrahim berbangga rakyat negerinya mempunyai seorang ulama’ tersohor dan dapat simpati serta pengikut puluhan atau ratus ribu orang seluruh Malaysia dan berdoa agar kita esok atau lusa meninggal dunia dalam KHUSNUL KHOTIMAH.

Menurut hadis Nabi SAW yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.Tok Guru Nik Aziz mungkin salah seorang daripadanya.Bagaimana Kau “Ibrahim Ali” ?.khusnul khotimah atau SUUL KHOTIMAH.

No comments:

Post a Comment