Wednesday, March 9, 2016

Mahathir takut kena penjara. Najib takut kena lokap.



Sepupu Najib, si Hishammudin Husin melahirkan rasa kesal dengan lagak Mahathir yang dianggapnya seorang negarawan sanggup bersekongkol dengan pembangkang yang satu masa dulu musuhnya,semata-mata untuk menuntut Najib letak jawatan.

Negarawan hormat demokrasi, tetapi mereka yang mentadbir selepas negarawan bersara yang kononnya menggunakan demokrasi tidak menjujung  demokrasi semasa mentadbir .

Usaha Najib mengekalkan kuasa walaupun telah terbongkar tembelang rakusnya tidak lagi menggunakan demokrasi, sebaliknya bersikap kuku besi terhadap mereka yang lantang menegur pengamal demokrasi.

Najib tidak ada sikap sukarela menarik diri selepas heboh diperkatakan beberapa kesalahan. Sukarela beralah merupakan satu ranting demokrasi yang tidak perlu orang lain menggunakan kekerasan untuk letak jawatan.

Sekiranya Najib peringkat awal menyedari skandal yang dilakukan  mula terbongkar, terus sahaja menarik menarik diri dari mentadbir kerajaan,sudah pasti kemelut tidak berpanjangan.Tetapi sikap ego terus menguasai diri hendak menegakkan benang basah.dan menegakkan sumpit tidak berisi. 

Berkemungkinan juga Najib hendak mengelakkan malu atau rekod bersih tercemar dan seterusnya di ambil tindakan undang-undang maka dia sanggup  menyeluk perkasam  hingga ke pangkal lengan.

Apa yang diperkatakan dalam gagasan rakyat bukan lagi satu fitnah atau pembohongan.Bolehkah Najib menafikan 37 perkara yang di bacakan Mahathir semasa deklarasi rakyat itu.Rakyat yang perihatin hari ini tentunya terkejut kerana apa yang terpampang dalam media adalah benar.

Kita perlukan kerajaan sekarang sehingga 3 tahun lagi atau sehingga pilihanraya ke 14. Pendokong deklarasi perlukan orang lain jadi PM. Tidak ada niat mereka hendak merampas demokrasi pemilihan kerajaan pada pilihanraya ke 13. Pengganti PM yang baru masih berkisar di kalangan orang UMNO kerana dia menang semasa pilihanraya.

Najib ketika ini  seperti yang disuarakan yang Deklarasi Rakyat. bukan Mahathir seorang sahaja yang meluat perangainya dan bimbang kesan pentadbirannya terhadap negara, tetapi lain-lain pertubuhan NGO dan orang-orang perseorangan yang berpengaruh, malahan orang UMNO sendiri. 

Orang UMNO tidak dapat hendak melahirkan rasa kesalnya terhadap Najib kerana di janjikan tindakan yang tidak menguntungkan.seperti yang dilakukan terhadap Muhyuddin dan Shafie Apdal.

Politik kebencian terhadap kerajaan hari ini  di lahirkan sendiri oleh  sikap kepimpinan  Najib  yang berterusan cuba melindungi perangainya melalui jurucakap yang dilantik pelbagai jawatan. Tindak tanduknya tidak mencerminkan kepentingan rakyat bagai ayam kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi. Cakap tidak serupa bikin.

Ramai  yang cuba membandingkan perangai Mahathir dengan Najib dan mengatakan Mahathir lebih teruk rasuah dan pelbagai perbuatan mengekal kuasanya.  Kita tahu Mahathir  sudah berubah dan melihat perangai Najib lebih teruk dari perangai Firaun yang dikuasainya dahulu. Firaun Mahathir mungkin terhadap individu musuhnya tetapi firuan Najib menghancurkan negara demi kepentingan poketnya.

Boleh sahaja mereka di sebelah Najib membongkar semula apa yang Mahathir lakukan 22 tahun sebagai Perdana Menteri agar rakyat membuat perbandingan siapa yang paling melaknat  terhadap negara.Inilah masanya Mahathir ditelanjangkan supaya boleh menutup mulutnya terus bercakap berkaitan kepincangan pentadbiran orang lain.
Lagi pun tidak siapa pun mempertikaikan pemilihan kerajaan sekarang tetapi mempertikaikan mereka yang mentadbir negara dibawah pimpinan Najib. Najib punca segala-galanya.
 
Mahathir tahu,dan pimpin tertinggi UMNO tahu, kerajaan lain atau parti poltik lain selain UMNO, susah hendak mengambil alih dari sistem demokarasi di Malaysia, yang penuh dengan penipuan pilihanraya. Pemimpin UMNO  sendiri tetunya faham macam mana partinya boleh memenangi pilihanraya sebanyak 13 kali dan sudah maklum kempennya,pertolongan pelbagai institusi kerajaan dan,sokongan kewangannya.

Sistemnya siapa pandai belit dan bayak duit, serta pandai menggunakan kesempatan kelebihan menjadi kerajaan, boleh memenangi pilihanraya .Lebih tepat lagi kiranya parti yang ada bersikap lurus bendul untuk meraih kemenangan nampaknya sentiasa kempunan setiap 5 tahun.

Lagi pun orang melayu mengambil sikap tidak peduli apa kerajaan,atau Perdana Menteri dan menteri lakukan terhadap urusan negara. Yang penting bagi melayu dapat makan dan minum.
Mereka tidak ada maklumat seperti di senaraikan gagasan rakyat dan lagi, bagi mereka kesalahan atau dosa yang dilakukan Najib adalah antara Najib dengan Allah. Tidak ada masa orang melayu hendak mengubah kerajaan.
Bagi mereka sudah selesa berkeadaan seperti ini. Apa yang Najib lakukan hari ini,perkara yang sama akan dilakukan oleh sesiapa sahaja apabila ada kesempatan seperti Najib. Ahli-ahli sahaja yang diseru bersatu demi kepentingan UMNO.
Dimana letaknya kepentingan rakyat sekiranya pemimpin utama memiliki berbilion wang, sedangkan rakyat serik nak hidup. Pemimpinnya tidak lagi berjuang untuk rakyat ,cuma telah menjadikan populariti  parti untuk mencari kekayaan.

Penjilat Najib melabelkannya Perdana Menteri di pilih secara demokrasi oleh rakyat dan mendapat sokongan majoriti. Rakyat tidak pernah memilih secara lansung seorang Perdana Menteri dari PM pertama hingga ke enam .

Individu yang jadi PM dipilih oleh wakil rakyat dan parti UMNO. Walau pun pada dasarnya rakyat setuju UMNO jadi kerajaan tetapi belum tentu rakyat setuju pilihan wakil rakyat UMNO melantik seseorang menjadi PM. Perlantikan ini boleh dipertikaikan oleh rakyat terbanyak dan bukan lantikan mutlak dan berkuasa mutlak. 

Apa pun tindakan dua orang ini  -Mahathir dan Najib  masing-masing ada muslihat tersendiri.Mahathir takut sejarahnya diungkit oleh Najib dan orang-orangnya  apabila Najib terlalu lama berkuasa.Sehingga ini telah beransur-ansur perangai Mahathir telah mula keluar,bukan melalui Najib tetapi penjilat buntutnya.Lebih lama krisis ini akan banyak panau dan pekong Mahathir terkeluar  bertujuan perbandingan lebar dan banyaknya nanah pekung masing-masing. Mahathir takutlah apabila banyak perangai buruk itu terbongkar mungkin berakhir ke penjara.

Manakala Najib berterusan begar dan membatu serta tidak mengaku kalah yang terus menjalankan aktiviti mengekalkan kuasa di samping mula meyakinkan rakan-rakan serta suku-sakat, serta berusaha mengambil hati ahli-ahli UMNO yang duduk diluar krisis.

Kadangkala nampak Mahathir dan gengnya ibarat menyalak bukit.Setakat ini Najib belum nampak untuk berhenti memujuk hati pengikutnya,
demi menjaga agar dirinya tidak di lokap polis kerana kesalahannya.

1 comment:

  1. Tun Mahathir sendiri berkata beliau sanggup dipenjara sebelah sel DS Anwar. Cubalah saman TDM kalau betul2 berani! Setakat cakap belakang je takde makna la.. mcm ayam jantan berkokok kuat tapi ekor sendiri berlumuran najis..

    ReplyDelete