Berita kegembiraan anak-anak
dapat cemerlang UPSR tidak dapat mengatasi berita individu di tembak berdas-das
di depan rumah. Kekejaman penembak menggunakan senjata api sama kejamnya dengan
cerita-cerita filem melayu sekarang ini yang menjadi gangster yang tidak
berperikemanusia.
Beberapa bulan dan beberapa tahun yang lalu hanya kita mendengar dan
mendapat berita pembunuhan bersenjata berbunuhan antara ketua-ketua gangster
atau kongsi gelap yang bertatoo badan.
Tetapi kali ini membunuh dan menembak mati tidak kira jenis mangsa sama ada
pegawai penguatkuasa atau orang awam .
Pagi-pagi - yang malam tadi kita nyaman tidur dengan isteri
dan anak-anak di rumah ,tiba-tiba dikejutkan berita bahawa kawan atau sahabat
kita seorang peniaga pasar di tembak mati. Gema kejutan seorang pegawai penguatkuasa
agama dibunuh dengan pistol masih berada dicuping telinga dan belum sempat berkelipnya mata buntang ,satu lagi berita
menyenakkan perut berlaku.Tidak terkecuali perkara ini berlaku pada kita atau
keluarga kita.
Pemimpin dan rakyat perlu
berbicara,berbincang dan bermuhasabah bagaimana perkara ini boleh berlaku dan
cari jalan penyelesaian dengan melihat peranan pegawai penguatkuasa yang
berkaitan dengan senjata seperti kastam dan polis dan tentera.
Adakah berlakunya pengawalan
sempadan yang cuai atau kurang ketegasan atau lebih dahsyat lagi rasuah,
sehingga terlalu banyak senjata di bawa masuk oleh penyeludup. Berkemungkinan
penyeludupan senjata sama banyaknya dengan pendatang haram di Malaysia atau
setiap warga asing di Malaysia membawa senjata api dan menjualnya kepada
warganegara Malaysia untuk menampung kewangan mereka berada di sini.
Masih kita belum terfikir atau
terbukti pembekal senjata api haram, telah mendirikan kilang haram dan pusat
latihan haram di negara ini, memandangkan atau melihat mudahnya dan profesionalnya
mereka memiliki dan menggunakan senjata tersebut.
Bagi saya belum pernah melihat
secara terus pistol dan senjata api kecuali melalui media tv dan gambar akhbar - tidak usahkan hendak
menggunakan seperti penembak peniaga pasar dan penguatkuasa itu.Boleh jadi baru
pegang, tidak sempat menembak, pistol dah jatuh akibat menggigil.
Alasan kecuaian dan tidak
bertanggungjawab pegawai penguatkuasa mengawal pasaran senjata adalah tidak
munasabah kerana masing-masing telah mendapat imbuhan gaji bulanan yang cukup
lumayan mengikut kategori akademik.
Sebagai seorang muslim setiap
hari dimestikan berdoa agar di jauhkan musibah yang berlaku.Disamping itu
berharap sangat anggota keselamatan bagi
pehak kerajaan, terus menjaga emosi rakyatnya yang sentiasa dikejutkan dengan
tembakan pistol ,senapang dan parang .
Biarlah rakyat mati akibat
kencing manis dan darah tinggi kerana penyakit tersebut melambangkan kemewahan dan
boleh dikawal gulanya tetapi mati
akibat tembakan pistol maka setiap kali rakyat keluar pintu rumah sentiasa
troma yang berpanjangan dan bagaimana hendak
dikawal pistol penembak?
No comments:
Post a Comment