Monday, November 11, 2013

kasihan dan sensitif...






Aku hari ini –Angguk!..angguk..! geleng ! geleng !...kerana sudah banyak orang tak siuman bercakap melalui media.
Aku angguk..angguk ! ada yang menyokong pertubuhan tamil (Malaysia)supaya PM tidak hadir persidangan  komenwel di  Sri Lanka dengan  alasan kerajaan negara tersebut bertindak kejam terhadap golongan manoriti tamil.

Aku geleng..geleng..dalam masa yang sama pertubuhan tersebut menyokong wakil Malaysia ,menteri luar hadir. Bukankah gila namanya itu. Yang  bercakap dan menyokong  ini orang tamil Malaysia yang mengaku rakyat Malaysia.Apakah “ada rasa cubit peha tamil Ceylon, tamil Malaysia terasa”.Biarlah kita jaga peha kita sahaja  Buanglah rasa sikap tersebut kiranya hendak jadi rakyat  yang setia .

Mungkin berbeza sensitif tamil Malaysia kiranya Najib ke Sri Lanka . Menteri luar Malaysia hadir tidak mendatangkan marah tamil Malaysia.

Satu lagi geleng,geleng kepala kerana kasihan! !..Surat khabar melayu Utusan dan Berita Harian minta sedekah melalui kerajaan  supaya mengarahkan GLC beli  Paksa iklan  dalam kedua-kedua akhbar tersebut.

Memang sah sudah akhbar berbahasa melayu yang dikuasai parti politik melayu itu sudah tidak laku atau kurang pembaca kerana pengiklan tidak berminat hendak  mengiklankan produk mereka.

Sobab utama  kedua-dua surat khabar ini  tidak laku kerana berita dan rencananya hanya berkaitan tuan punya surat khabar tersebut. Berita tidak global hanya berbentuk surat khabar politik ,macam surat khabar politik yang dikhaskan untuk ahlinya. Dasar surat khabar tersebut “surat khabar arus perdana” tetapi, itu hanya satu pembohongan  untuk berada di pasaran.

Manusia di Malaysia semua tahu  kedua –dua akhbar ini layak dibaca oleh golongan melayu cauvinis yang beritanya banyak hipokrit bagai lalang ditiup angin.Sikap berpilih-pilih bangsa  mengikut  arah politik .Akhbar ini tidak lagi menjadi pilihan pembaca  bangsa cina atau india di Malaysia.

Aku sekarang mengangguk dan mengucap Alhamdullilah akhirnya surat khabar ini sudah terima balasan Allah kerana  perangai  akhbar  ini bertentangan dengan inspirasi rakyat Malaysia.

Aku tidak membaca dan membeli akhbar ini sejak 1989.Sepatutnya UMNO dan Barisan Nasional membantu surat khabar ini bukan syarikat kerajaan.Ini satu penyelewengan tanggungjawab, diharap Allah memberi pembalasan yang lebih teruk kiranya pengiklan tidak ikhlas membeli iklan surat khabar yang hanya di baca oleh masyarakat Felda.

No comments:

Post a Comment