Kenapa PEMIMPIN MELAYU PANDAI BERLAKON TERHADAP RAKYAT. Lulus rezab
melayu digadaikan kepada bangsa lain dalam masa yang sama buat tidak tahu rezab
melayu telah susut,serta mengadakan forum mendesak membuat kajian dan mengganti semula.
Apakah ini satu cara
menghitamkan pandangan rakyat atau melindungi kesalahan lebih 57 tahun yang
lalu. Berlagak membela bangsa - itulah
melayu yang mengaku tanah air ini miliknya tetapi tidak segan silu menggadaikannya.
Fikirkan - tanah
rezab melayu diluluskan oleh menteri
besar dan barisan exconya untuk dimajukan oleh pemaju bukan bumi dan dijual kepada bukan bumi.Lebih tepat lagi membatalkan syarat-syarat yang menghalang tanah rezab melayu dijual-beli kepada sesiapa sahaja.
Biasanya aset yang dibina atas tanah rezab melayu sebelum dijual kepada bukan bumi maka diisytiharkan atau
ditawarkan kepada bumiputra terlebih dahulu dengan potongan harga RM5000 ke bawah .
Mereka yang membuat tawaran
itu telah banyak pengalaman. Pengurangan RM5000 atau lebih RM10,000.00 pun di sambut dingin atau
lebih tepat lagi tidak dipedulikan oleh bumiputra kerana kewangan yang terhad.
Pastinya harga lebih ½ juta bagi mereka yang miskin di negara sendiri ini, tidak mampu
memiliknya.Pemaju dan badan eksekutif kerajaan negeri ,telah maklum terhadap kemampuan atau kuasa beli bumiputra.
Program penswastaan pembangunan hartanah sebagai program
menyusutkan rezab melayu, dan program pemimpin mengutip honorium sebagai hadiah
meluluskannya.Tepuk dada tanya ringgit membuatkan rezab melayu menyusut dan tidak akan berganti dulu kini dan selamanya.
Lihat negeri beradat (Negeri Sembilan) daerah jempol sebagai
contoh ,dimana agaknya tanah rezab melayu Siapa pemilik tanah yang telah
menjadi jutawan jual beli tanah. Siapa eksekutif kerajaan negeri yang berkuasa
meluluskannya.
Pemimpin melayu tidak
usah mengubah mimik muka dari kegembiraan hasil tanah rezab melayu kepada mod
sedih dan melahirkan simpati atas kehilangan rezab melayu yang tidak berganti.
Ditertawakan oleh bangsa-bangsa lain yang kaya di Malaysia
ini,melihat gelagat eksekutif kerajaan melayu, yang sentiasa kehausan wang
boleh dijual beli kuasanya ,sanggup menggadaikan tanah untuk masa
depan bangsanya.
Saya cukup meluat melihat apa yang
berlaku di Pusat Institut Pemikiran dan
Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) di Kuala Lumpur, yang berjaya mengumpulkan
mereka yang hipokrit, munafik berkaitan
kehilangan rezab melayu.
Melayu perlu ambil iktibar kisah pak pandir menang sorak,kampung tergadai.