Ya !..atau tidak ! ..saya tak tahu
“Hospital Ampang Puteri milik
Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) menaja kos bersalin pelakon jelita Rozita Che
Wan
Bagi orang miskin artis Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan hendak beranak “.
Bagi orang miskin artis Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan hendak beranak “.
Itulah di negara ini yang sudah kaya
dikayakan lagi. Lagi satu .. janganlah di publisiti kan.Mereka yang miskin dan
tidak mampu tentu menitis airmata apabila membaca dan memuhasabah diri.
Mereka hanya mampu bersalin di hospital kerajaan,
sentiasa disindir-sindir oleh kakitangan hospital, terutama yang beranak ramai
dan kerap ke hospital yang sama.Beranak pula kurang lebih setahun sekali.
Agaknya yalah ni…
“Empat wanita dipercayai pelancong asing yang
didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di Port Dickson
semalam sedang dikesan”.
Menurut ceritanya tanpa sarung dada.Apa yang hendak dikisahkan
lagi kerana dunia nak kiamat.Bukan sahaja pelancong asing, rakyat tempatan pun
sudah biasa keluar tanpa sarung peha
dan sarung dada.
Jangan di larang mereka ini .Apa
tindakan kita ialah diseru orang ramai datang beramai-ramai melihat keadaan
mereka yang berperangai bukan sebagai manusia
itu. Kiranya mereka siuman pasti akan terkial-kial mencari pakaian menutup
auratnya.
Kiranya mereka masih tidak
berubah, datang lebih hampir kearah mereka, sehingga mereka tersedar dari naluri
kemanusiaan. Tindakan ramai-ramai rakyat tempatan ini sebaiknya dilakukan
kepada siapa sahaja manusia yang menganggap dirinya siuman
melakukan perangai tidak senonoh.
Manusia..
“TUNKU
Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menjelaskan tindakan baginda
menendang tiang bendera penjuru selepas tamat perlawanan suku akhir kedua Piala
Malaysia di sini semalam, sebagai cara meraikan kemenangan pasukan Johor Darul
Ta'zim (JDT)”.
Apabila manusia gembira hilang
apa yang menghalang untuk melahirkan kembiraan.Ada yang sujud syukur, solat
syukur ,mengucapkan Alhamdulilah,berdoa dan sebagainya.
Sebagai manusia di suruh menjaga
akhlaknya apabila berada dimana-mana sahaja dia berada dunia ini,sama ada waktu
gembira atau dukacita.
Tengku…Tengku.. Tengku…
“Saya sebut dalam masalah yang dihadapi oleh orang kita, orang Melayu/Bumiputera
adalah sikap kita… jadi selagi kita tidak ubah sikap selama inilah kita akan
ketinggalan. Saya ingatkan orang kita supaya ubah sikap, letakkan nilai yang
patut supaya kita tidak jadi pengemis di negara sendiri.”
“Kita berlagak, tapi poket kita kosong, nilai ringgit sudah
mengecil, inflasi kos hidup atasi kemampuan sikap tetapi kita tetap tidak
berubah… tetap boros berbelanja,” Tengku Razaleigh Hamzah
Macam mana orang melayu hendak
berubah tengku,pendapatan bekerja dengan kerajaan gaji permulaan RM850.00/sebulan,menorah
getah RM1.80.kg dengan maksima 30kg/hari
bekerja maksima 15 hari.
Menuai sawit 6m/tan sebulan
dengan harga RM300.00.Berniaga hanya layak menguruskan perniagaan gerai- gerai di
kawasan pinggir Bandar.Tidak layak memiliki kedai perniagaan di Bandar yang
sewa RM5000 sebulan atau hendak membeli sebuah dari deretan kedai di Bandar harganya
RM 700,000 ke atas.
Macam mana pulak tengku hendak
dikatakan orang melayu berlagak dan boros.Orang melayu yang berlagak dan boros
adalah melayu yang jadi wakil rakyat ,bekas wakil rakyat atau orang-orang kuat
parti tengku ,yang dulu berniaga kecil,
kedai kasut, restaurant yang sudah pun bangkrap
,bermula hanya pakai satu kereta buruk, dan rumah tiga bilik atap
zing/ardex,kini mempunyai 2 atau 3 kereta mewah serta rumah banglow punya 4
atau 5 bilik dua tingkat.
Sepatutnya tengku aturkan dari
tengku mula ada kuasa supaya orang melayu sentiasa meningkatkan pendapatan dan
usahakan supaya memilikit gedung perniagaan di bandar-bandar. Hari ini orang
melayu hendak bersaing dengan perniaga cina atau india bukan sahaja jauh api dari panggang tetapi ibarat jarak antara bumi dengan langit.Mustahil
ada persaingan.
Untung Che Ta dah sedap kongkek dgn laki, bunting beranak pun ditaja. Dahlah nak menyedap yg halal buat majlis perkawinan pun sponser. Tuah badan laki bini. Semoga bakal anak sponsor Che Ta tak kaki club cam abang tiri dia dan akan menjadi contoh muslimin atau muslimah.
ReplyDeleteTugasan sesetengah Sultan kat Msia ni hanya menjaga bolasepak aja. Adakah ini fungsi utama sebagai Sultan yg kehidupan mewah mereka adalah hasil dari keringat rakyat? Rakyat bertungkus lumus membanting tulang untuk memewahkan sultan2 tetapi tugas sultan hanya setakat menjaga bolasepak.
ReplyDelete