Sungguh teruja semangat yang ditunjukkan oleh Brigadier Jeneral Toh Choon Siang
Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Strategi Lautan Biru Institut Pertahanan dan
Keselamatan Malaysia (MBOSC),terhadap perkhidmatannya dalam angkatan
tentera.
Sikap yang bagitu luhurnya
terhadap perkhidmatan tentera selama 30 tahun bukan sahaja telah berkobar-kobar
terhadap dirinya tetapi beberapa orang keluarganya termasuk dalam golongan
rakyat bersemangat patriotisme negara ini
ialah, Toh Tiap Keng-TLDM, Toh Choon Hong-TUDM, Toh Choon Kooi-TUDM.
Tentunya ada dikalangan sebangsa
dengan keluarga Jeneral Toh memandang serong terhadap perkhidmatan mereka
sebagai tentera satu masa dulu ,yang di cop budaya kotor orang Cina Malaysia, yang
suatu ketika bergaji rendah, atau pendapatan rendah, atau lebih dahsyat
paggilannya sebagai anjing kerajaan.
Semangat yang sebagini telah
menjadi satu ikrar keturunan Cina Malaysia, yang dibenamkan dalam dada anak-anak
mereka supaya tidak menjadi kuli atau
anjing kepada orang melayu.Mereka masih
menganggap kerajaan negara ini adalah kerajaan melayu.
Ini terbukti apabila kita melihat
kerajaan Cina Singapura yang rakyatnya keturunan cina berebut-rebut atau perlu menjadi tentera atau
polis. Tidak ada panggilan anjing Cina.Hilang budaya bahawa kerja sebagai mempertahankan
negara adalah kerja kotor atau hina.
Penyertaan kaum Cina dalam
mempertahankan kedaulatan negara Malaysia terbatas hanya sebagai pegawai tentera, yang membolehkan mereka berstatus tuan kepada
bangsa melayu.
Kesannya sehingga kini minat
untuk menyertai perkhidmatan tentera atau polis seboleh-bolehnya di jauhkan.Mereka
lebih rela kerja dengan syarikat-syarikat atau kontraktor berbangsa Cina.Jarang
kita lihat orang Cina bekerja dengan orang melayu sebagai kuli peringkat bawah.
Faktor gaji juga menjadi punca
orang cina menggeleng-gelengkan kepala apabila ditawarkan menjadi tentera
.Walaupun pendapatan seorang tentera sekarang ini dikatakan hampir lumayan,
tetapi masih tidak berbaloi bagi masyarakat cina kiranya income berjumlah RM2500.00
kerana pendapatan mereka di luar melebihi RM3500.00/sebulan.
Syarikat-syarikat
kepunyaan cina menawarkan RM100 hingga RM150 sehari berdasarkan pengalaman dan profesional
masing-masing, disamping kebebasan
bekerja mengikut inisiatif yang juga mampu mencari pendapatan sampingan.
Bagi orang melayu sentiasa
bersikap positif berkaitan pendapatan- sedikit cukup – banyak pun
cukup. Walaupun ada rungutan, tetapi tidak sampai meninggalkan perkhidmatan
untuk negara.Sehingga kini jawatan dalam kerajaan masih merupakan jawatan
popular orang melayu.
Itu adalah diantara faktor utama yang
menghilangkan selera khidmat orang
cina terhadap tentera.Keluarga Jeneral Toh sepatutnya di uar-uarkan kepada orang
cina dalam parti-parti politik cina,NGO cina, dan sekolah-sekolah jenis
kebangsaan cina dengan menyatakan semangat patriotism berkhimat sebagai tentera
perlu di utamakan.
Jangan sekali menganggap negara ini
negara orang lain atau lebih tepat lagi negara ini kepunyaan melayu sahaja.
Orang Cina perlu mengubah sikap mementingkan wang - negara ini cukuplah diuruskan
oleh orang melayu, kepada bersikap positif melibatkan diri semua bidang
kehidupan dari serendah-rendah jawatan hingga jawatan eksekutif tertinggi di
Malaysia, terutama berkaitan mempertahankan negara.
Andainya ramai orang cina
bersikap seperti Jeneral Toh Choon Siang terhadap negara ini sudah pasti tidak
ada sikap prejudis diantara orang melayu dengan Cina bagitu juga sebaliknya
orang Cina terhadap melayu.
Kini pandangan negatif terhadap perkhidmatan tentera terutama jawatan peringkat rendah telah diambil kesempatan parti politik berdasarkan kaum, dengan mengatakan bahawa negara ini kepunyaan kaum melayu kerana usaha mempertahankan negara ini diletakkan di atas bahu orang melayu, serta hampir 90% orang melayu melibatkan diri dalam tentera serta polis, sedangkan orang cina atau bangsa lain hanya berminat terhadap kekayaan.
No comments:
Post a Comment