Thursday, March 5, 2015

Ketua tidak mahu turun tahta


Di negara ini seorang ketua tidak boleh diturunkan tahtanya atau turun jawatannya sama ada  secara sukarela atau dipaksa. Hendak menjadi ketua kalau boleh sehingga maut memanggil. Maksud saya dalam niat hidup seorang ketua berpantang rebah sebelum maut."Langkah mayat aku dulu".Meniru perlantikan dan kekuasaan ketua gangstar.

Ketua parti politik dikalangan orang islam sebagai contoh, jawatan ketuanya seolah-olah perlantikan seorang nabi atau rasul  yang jawatan tersebut Allah berkuasa terhadapnya.Lihat apa yang berlaku di negara ini desas-desus kecemerlangan ketua-ketua parti politik telah menurun, yang  tidak mungkin mencapai success semula kerana faktor usia,idealism yang dilihat tidak menepati kehendak keseluruhan ahli parti.Ada ketua parti yang gagal menjaga hati dan perasaan ahli terutama ahli yang difikirnya menjadi masalah kepada parti.

Susahnya menarik diri secara sukarela dan sikap mengalah kepada tentangan dari dalam parti serta tidak berpuas hati apa yang disumbangkan kepada parti .Jauh sekali berfikiran terbuka yang  sekarang diri sendiri terlalu lama berada dalam saf kepimpinan parti,tentunya tidak sehebat yang lalu.

Apabila ada usaha-usaha hendak melantik orang lain untuk di jadikan ketua akan lahir suara-suara sumbing dari ketua yang sedang memegang jawatan atau dikalangan penyokongnya.Ahli parti telah berpecah dua. Satu kumpulan untuk ketua dan satu kumpulan lagi menurut telunjuk mereka bercadang-cadang mengganti ketua. Perpecahan dimestikan berlaku.Apakah di negara-negara maju bagini jugakah keadaannya.

Mereka yang menjadi ketua selalunya syok sendiri dan sentiasa menilai diri aku adalah yang terbaik, hendak letak jawatan ?? tiada sesiapa yang layak untuk di sorongkan menjadi calon. Bertambah rumit lagi adanya penyokong tegar yang berlindung kuasa bawah ketiak ketua dan mengharapkan satu masa ketua akan melonjakkannya ke jawatan lebih tinggi.

Alasan perpecahan dan masih gagal  mencapai matlamat parti adalah lontaran dialog ketua parti yang sentiasa dalam ketakutan. hendak meletak jawatan. Sedia maklum sekarang ini telah bertebaran manusia yang ahli parti berkebolehan pelbagai bidang untuk dunia atau akhirat sebagai pemimpin parti, cuma tidak diberi peluang berkhidmat. Peluang diberi kerana terpaksa setelah ketua tidak berada lagi di dunia ini.

Demokrasi mancari presiden tidak ada dalam kamus parti-parti di Malaysia.Kiranya hendak diteruskan demokrasi memilih maka terpaksa pewakilan memakai topeng untuk mengundi dalam seminar dan mesyuarat pemilihan atau ahli majlis tertinggi.

Timbalan ketua dan Naib ketua mewarisi piramid ketua yang juga tidak boleh dicabar.Cabaran akan melukakan hati kedua-dua penjawat tersebut, terutama mereka menerima kekalahan dan akan terus apply jawatan sebagai rakan seteru.

Sikap syok sendiri dan penyokong yang sentiasa memuja-muji dan tidak ada cela keji maka akan lahir pemimpin lebih 20 tahun, yang kuasa selama itu tidak dapat lagi menyumbang perubahan serta kemajuan parti. Kita lihat parti bertambah merosot sokongan dan ramai penentang dalam parti bagai api dalam sekam dan lontar batu sembunyi tangan.

Sampai bila negara ini akan menjadi  berkembang kepmpinannya dan silih berganti yang baik kepada terbaik, tanpa perpecahan  terutama melalui parti-parti politik. Rakyat negara ini memerlukan kemajuannya melalui pimpinan politik bagi meneruskan kemajuan dunia dan akhirat. Tegak berdiri lebih baik dari tua membongkok.

No comments:

Post a Comment