Kemunculan ustaz lawak melalui tv serta ceramah-ceramah di padang-padang awam
memeriahkan suasana dan sebagai satu hiburan alternatif kepada rakyat. Ustaz
ini memberi jenama majlisnya adalah
majlis ilmu.Ilmu yang disampaikan satu muka surat manakala satira dan lawak
yang dikeluarkan lebih tiga muka.
Hari ini ustaz lawak telah terantuk,perkena buku dan ruas dengan
salah seorang ustaz yang jarang melawak dan mungkin tinggi sedikit ilmunya atau
mempunyai lubuk akal lautan budi ,berbanding dengan ustaz lawak, kerana saya berkata
demikian kerana ustaz serious yang
sentiasa bersungguh penyampaian ilmunya, berani menegur dan tidak memerlukan khidmat ilmu ustaz
lawak ke tempatnya.
Kita semua tahu ustaz lawak ini
dapat mencari makan ke pelosok negara terutama di kampung-kampung Felda, yang
mungkin juga banyak hadis-hadis palsu
lawak disampaikan, tetapi mungkin masyarakat Felda tidak ambil pusing atau
tidak perasan kedudukan hadis tersebut. Berkemungkinan juga anggapan masyarakat
bahawa sesuatu majlis yang ramai adalah
majlis yang benar dan betul.
Ustaz serious menegur ustaz lawak,
ada hikmah sebaliknya.Sekurang-kurangnya memberi kesedaran kepada ustaz lawak jangan keterlaluan
mengeluarkan contoh sesuka hati berkaitan Rasulullah S.A.W.
Ilmu di sampaikan
biarlah bersungguh dan tidak menganggap masyarakat Felda dan kampung-kampung sebagai
audience
yang tuli dan ustaz lawak boleh cakap
apa sahaja, asal mereka senang hati untuk ketawa. Lawak hanya sampingan yang
berperanan menyegarkan majlis ilmu.
Ustaz lawak ini telah mendapat
tempat berceramah melalui semua saluran televisyen berbahasa melayu dan bebas tanpa sekatan di mana-mana jua,
setelah dia declare anutan parti
politiknya dari politik agama kepada poltik kerajaan memerintah.
Nyata pengisytiharannya atau
penghijrahannya dari parti agama ke parti kerajaan telah membuka peluang rezeki
yang melimpah-ruah ustaz lawak,
sehingga banyak jemputan terpaksa di tolak kerana tidak kesempatan menerimanya.
Parti politik barunya yang
berkuasa memerintah mengambil kesempatan populariti ustaz lawak sehingga sanggup menyediakan bas
atau pengangkutan awam dan elaun kepada sesiapa yang berminat mendengar
ceramahnya andainya jauh dari tempat tinggal.
Melihat keadaan dengan orang ramai
berduyun-duyun hadir ceramahnya maka ustaz lawak bersemangat baru ,serta
mungkin perasan dia ustaz yang terbaik dan mula bertambah-tambah koleksi
lawaknya semasa berceramah.Salah satu cabutan koleksi lawaknya ialah kisah Nabi
hidangkan roti jala dalam satu majlis kenduri.
Ustaz serious yang baru sekali
menegurnya mungkin telah memendam rasa kesalahan ustaz lawak dalam siri-siri
ceramah lawaknya, maka satu teguran telah menjadikan ustaz lawak tidak menerima
dan mengaku kesalahan malahan ustaz serious di cop gopoh .
Selama ini ustaz lawak tanam tebu di telinga ,berkembang bunga raya
di muka, telah terkejut disebabkan pukulan manusia yang duduk sehamparan,tegak
sepermatang.Menjadikan ustaz lawak tengah
makan putus suap.
Sekiranya ustaz lawak tidak
melayan kerenah media yang sentiasa melaga-lagakan dua atau lebih ustaz nescaya
pendapatan atau panggilan ceramah ustaz lawak tidak berkurangan kerana masyarakat diluar tidak tahu apa pun.Yang maklum hanya mereka yang bersukat sama paras,bertimbang sama berat.
Biarkanlah ustaz serious menulis dalam facebooknya tiga halaman muka surat
,ustaz lawak cukup sekadar senyuman sebagaimana ustaz mengajar nikmat senyuman.
Ustaz serious telah blacklist nama ustaz
lawak untuk ceramah foram perdana ,cukup sekadar
mengucapkan
Nampaknya ustaz lawak tidak boleh
menahan kesabaran untuk marah dan kesabaran menerima teguran,kesabaran
tidak bercakap dan kesabaran tidak bertindak.Berfikirlah. Tak ada padi yang bernas setangkai.
tapi ustat megalawak tu leh terima teguran ustaz serious tu.ada lam utiub ustat megalawak tu kata nabi s.a.w lahir ja terus sujud,siap berkatan dah dan mengucap 'alhamdullilah'.betou ka?cam na tu?
ReplyDelete