Dua perkara telah melamar hati
saya dengan nada persetujuan terhadap
kenyataan mufti perak yang telah
berkhidmat lebih 23 tahun itu,pertama - kerana turut menyokong hudud
dilaksanakan kerana hukum Allah.Menurutnya orang islam tidak boleh
mempertikaikannya hukum tersebut dan wajib dilaksanakan. Cuma cara perlaksanaan
perlu selari dengan keadilan kehendak Allah.
Beberapa
minggu yang lalu mufti yang sama menegur
adanya pendakwah yang bergurau dan melawak pelbagai kata kelucuan
yang melampau, yang kadang-kala melebihi
program lawak jenaka yang disiarkan melalui televisyen. Perkara ini orang ramai
telah maklum beberapa tindakan telah dilakukan oleh pendakwah yang telah termakan
cili yang disumbat mufti itu ,dengan tindakan menarik diri dalam acara
televisyen.
Tindakan
mufti ini tentu telah terhidu,dan terdengar, beberapa orang dari parti kerajaan
yang turut menyokong enakmen jenayah syariah ini terutama mereka yang datang
dari negeri yang meluluskan dan bercadang di bentangkan ke parlimen.
Dengan
sokongan mufti dari UMNO ini diharap menjadi sumber inspirasi beberapa orang lagi dari parti tersebut untuk
turut mengikhlaskan diri menyokong enakmen ini dibincangkan di parlimen.Walaupun
ini satu tindakan bodoh tetapi
,sekurang-kurang ada orang melayu islam yang tidak mahu berkemungkinan rosak
akidah atau mengundang kemurkaan Allah.
Melayu
Islam perlu bertaubat apabila adanya
rakyat Kelantan mengetuk kesedaran bahawa undang-undang yang dipatuhi selama
ini bukan undang-undang keredaan Allah,yang hanya adil menurut logik akal.
Dari
undang-undang logik akal kita perlu beralih kepada undang-undang yang
mengandungi rahsia Allah dari petala langit keseluruh alamnya.Kesemua rahsia
kebaikkan undang-undang ini kita sebagai
manusia perlu dengar,taat dan patuh,sebagaimana kita patuh berkaitan
solat,zakat,puasa dan menunaikan haji apabila syahadah di lafazkan.
Kita
tidak ada pilihan dunia lain untuk hidup selain dunia yang sekarang di anugerah
oleh Allah sebagai tuhan - bertindak
sebagai tuan dan kita tiada pilihan sebagai hambanya. Hambanya yang diperintah melalui kesedaran diri dan muhasabah
yang prinsipnya patuh dan tidak membantah.
Tanggungjawab
manusia terutama yang islam perlu mempraktikan apa yang ada dalam Quran,dengan
penjelasan hadis Rasullullah SAW terutama mereka yang terpilih oleh Allah dengan
kemahiran ilmu Allah agar terus menerus tanpa jemu atau berputus asa membuat penjelasan
berkaitan hukum dan perintah Allah terhadap manusia yang teramai adalah jahil.
Pemimpin
Kelantan merupakan pemimpin contoh yang mungkin tidak berapa ulama’ menurut pandangan mereka yang bersikap negatif politik tetapi bagi saya adalah
manusia terbaik setakat ini ,dari manusia yang politiknya tidak sedikit pun
ingin menunaikan tanggungjawab saranan Al-Quran.
Tidak
perlu kita menunggu manusia bersifat bagai malaikat berlaku terhadap pemimpin Kelantan, barulah kita
menyokong Enakmen ini di bentang dan dilaksanakan.Pemimpin Kelantan merupakan
seorang manusia biasa ,yang mempunyai sikap seperti mereka yang mengkritik juga, yang
menganggap diri sendiri betul manakala orang lain salah.
Kali ini kenyataan mufti okey, dan tidak perlu lagi semua wakil rakyat islam mempunyai pelbagai alasan untuk tidak menyokongnya, terutama dikalangan parti kerajaan kerana selama ini mufti Perak tersebut menjadi bahan rujukan UMNO terutama berkaitan syariat islam.
Kali ini kenyataan mufti okey, dan tidak perlu lagi semua wakil rakyat islam mempunyai pelbagai alasan untuk tidak menyokongnya, terutama dikalangan parti kerajaan kerana selama ini mufti Perak tersebut menjadi bahan rujukan UMNO terutama berkaitan syariat islam.
No comments:
Post a Comment