Saya tertarik untuk mengulas sedikit
berkaitan kebimbangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low
berkaitan rasuah,
kesangsian awam selubungi pasukan polis,melalui The
Malaysian Insider.
Kesangsian sudah menjadi barah di Malaysia yang tidak ada ubatnya,bagai inai dengan kuku dan bagai empedu lekat dihati. Ganti semua polis yang ada sekarang dengan anggota baru pun masih persepsi masyarakat semua polis rasuah.Tanggapan ini bukan sahaja terhadap polis tetapi seiring terhadap anggota khidmat awam yang lain.
Mungkin
polis menjaga terlalu banyak aktiviti kemasyarakat setiap hari maka lebih kerap
melihat telatah khidmat polis didepan mata .Mereka melihat dengan pandangan lebih
banyak nagatif dari positif.
Kesangsian
awam terhadap anggota polis ketika ini
telah menuju kearah parah, kerana sikap keadilan
bertindak polis terlalu mementingkan penyelesaian bagi pehak kerajaan.
Tidak menghairankan di lihat media sosial telah menjadi medan menghentam
anggota polis dengan pelbagai tuduhan.
Jalan
penyelesaian masalah rasuah anggota polis di negara perlu belajar dari
negara-negara lain yang index rasuahnya top 10 seperti Singapura,Kanada,Norway,Sweden,New
Zealand dan Switzeland serta beberapa
negara Eropah.Kedudukan rasuah dan keadaan negara tersebut sepatutnya menjadi
contoh negara islam seperti Malaysia.
Polis
Malaysia hanya dianggap tidak melibatkan rasuah apabila bertindak terhadap
penjenayah bersenjata seperti rompakan,gangster,dan pembunuhan.Selain dari kesalahan
tersebut kesangsian awan terhadap polis akan bertapak dalam hati yang
berselirat pelbagai pertanyaan melibatkan keadilan .
Kebanyakan
keraguan awam terhadap anggota polis berkaitan peringkat awal penyiasatan,yang
mungkin ada sebilangan anggota penyiasat mengambil kira bayaran atau
kepentingan jawatan yang disogokkan untuk menghilangkan atau menimbulkan bukti
kesalahan yang selanjutnya meragukan hakim untuk menjatuhkan hukuman.Biasanya
kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan nyawa.
Berlaku
juga tindakan polis terutama terhadap mereka yang tidak selari dengan idealogi
kerajaan yang memerintah yang kadang kala terpaksa tidak berlaku adil walaupun
nyata kesalahan itu membolehkan kerajaan dipersalahkan.Gelang tidak laga sebentuk,laga keduanya.Bertindak di lihat persis bersultan di mata,beraja di hati
Sekarang
sering berlaku perkara ini, terutama keadaan mereka yang menentang kerajaan seperti,
NGO,parti politik, serta individu telah ramai, berbanding bilangan mereka yang
mempertahan ketelusan anggota polis.
Kerja
membisiki orang pekak sering berlaku
apabila golongan yang tidak sehaluan dengan kerajaan
membuat laporan polis. Bertindak berpilih-pilih kepada mereka yang tidak sebulu atau tindakan dwistandard. memburukkan keadaan kesangsian rakyat Malaysia terhadap polis. Kita tahu kerja memegang besi panas terpaksa dilakukan oleh anggota polis.
membuat laporan polis. Bertindak berpilih-pilih kepada mereka yang tidak sebulu atau tindakan dwistandard. memburukkan keadaan kesangsian rakyat Malaysia terhadap polis. Kita tahu kerja memegang besi panas terpaksa dilakukan oleh anggota polis.
Seandainya
tidak ada kawalan media terutama melalui
drama dan filem oleh kerajaan berkaitan aktiviti
salah laku anggota polis saya rasa kesangsian orang awam terhadap khidmat
polis bertambah teruk.
Kita
lihat filem-filem luar negara tanpa sekatan mempamirkan anggota polis memiliki
pelbagai gelagat,korap,terlibat menyebelahi penjenayah,membunuh,sedangkan kita
disini melalui drama dan filem semua polis berkelakuan baik dan
bertanggungjawab.Perkara ini merupakan peransang keadaan meluat dan cakap tidak serupa bikin yang merupakan
baja kesangsian.
Mustahil
boleh menambat kembali keyakinan orang awam terhadap peranan anggota polis terhadap
keadilan sosial. Sebarang tindakan institusi ini banyak persoalan berkaitan integriti
pasukannya.
No comments:
Post a Comment