Thursday, April 9, 2015

sakit kesangsian yang tidak ada ubat.




Saya tertarik untuk mengulas sedikit berkaitan kebimbangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkaitan rasuah, kesangsian awam selubungi pasukan polis,melalui The Malaysian Insider.


Kesangsian sudah menjadi barah di Malaysia yang tidak ada ubatnya,bagai inai dengan kuku dan bagai empedu lekat dihati. Ganti semua polis yang ada sekarang dengan anggota baru pun masih persepsi masyarakat semua polis rasuah.Tanggapan ini bukan sahaja terhadap polis tetapi seiring terhadap anggota khidmat awam yang lain.

Mungkin polis menjaga terlalu banyak aktiviti kemasyarakat setiap hari maka lebih kerap melihat telatah khidmat polis didepan mata .Mereka melihat dengan pandangan lebih banyak nagatif dari positif. 
Kesangsian awam terhadap  anggota polis ketika ini telah menuju kearah parah, kerana sikap keadilan bertindak polis terlalu mementingkan penyelesaian bagi pehak kerajaan. Tidak menghairankan di lihat media sosial telah menjadi medan menghentam anggota polis dengan  pelbagai tuduhan.

Jalan penyelesaian masalah rasuah anggota polis di negara perlu belajar dari negara-negara lain yang index rasuahnya top 10 seperti Singapura,Kanada,Norway,Sweden,New Zealand dan Switzeland  serta beberapa negara Eropah.Kedudukan rasuah dan keadaan negara tersebut sepatutnya menjadi contoh negara islam seperti Malaysia.

Polis Malaysia hanya dianggap tidak melibatkan rasuah apabila bertindak terhadap penjenayah bersenjata seperti rompakan,gangster,dan pembunuhan.Selain dari kesalahan tersebut kesangsian awan terhadap polis akan bertapak dalam hati yang berselirat pelbagai pertanyaan melibatkan keadilan .

Kebanyakan keraguan awam terhadap anggota polis berkaitan peringkat awal penyiasatan,yang mungkin ada sebilangan anggota penyiasat mengambil kira bayaran atau kepentingan jawatan yang disogokkan untuk menghilangkan atau menimbulkan bukti kesalahan yang selanjutnya meragukan hakim untuk menjatuhkan hukuman.Biasanya kesalahan-kesalahan yang tidak melibatkan nyawa.

Berlaku juga tindakan polis terutama terhadap mereka yang tidak selari dengan idealogi kerajaan yang memerintah yang kadang kala terpaksa tidak berlaku adil walaupun nyata kesalahan itu membolehkan kerajaan dipersalahkan.Gelang tidak laga sebentuk,laga keduanya.Bertindak di lihat persis bersultan di mata,beraja di hati

Sekarang sering berlaku perkara ini, terutama keadaan mereka yang menentang kerajaan seperti, NGO,parti politik, serta individu telah ramai, berbanding bilangan mereka yang mempertahan ketelusan anggota polis.
Kerja membisiki orang pekak sering berlaku apabila golongan yang tidak sehaluan dengan kerajaan
membuat laporan polis. Bertindak berpilih-pilih kepada mereka yang tidak sebulu atau tindakan dwistandard. memburukkan keadaan kesangsian rakyat Malaysia terhadap polis. Kita tahu kerja memegang besi panas terpaksa dilakukan oleh anggota polis.

Seandainya tidak ada kawalan media terutama melalui drama dan filem oleh kerajaan berkaitan aktiviti salah laku anggota polis saya rasa kesangsian orang awam terhadap khidmat polis bertambah teruk.

Kita lihat filem-filem luar negara tanpa sekatan mempamirkan anggota polis memiliki pelbagai gelagat,korap,terlibat menyebelahi penjenayah,membunuh,sedangkan kita disini melalui drama dan filem semua polis berkelakuan baik dan bertanggungjawab.Perkara ini merupakan peransang keadaan meluat dan cakap tidak serupa bikin yang merupakan baja kesangsian.

Mustahil boleh menambat kembali keyakinan orang awam terhadap peranan anggota polis terhadap keadilan sosial. Sebarang tindakan institusi ini banyak persoalan berkaitan integriti pasukannya.

No comments:

Post a Comment