Tahniah Brunei |
Beberapa NGO di Malaysia membuat
percubaan menghasut kerajaan negara ini supaya membantah kerajaan islam Brunei yang melarang rakyatnya yang
beagama islam meraikan perayaan hari krismas.
Undang-undang Brunei,bagi orang
islam yang meraikan perayaan tersebut boleh di hukum penjara selama 5 tahun.
Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan
islam dan pemimpinnya yang mengaku islam menjaga kegiatan rakyatnya dengan kegiatan mejauhkan
diri daripada Allah, lebih-lebih lagi kearah murtad.
Tidak ada sebuah kerajaan di dunia ini, kecuali Malaysia, yang
pemimipinnya telah melakukan syahadah atau beragama islam memberi kelonggaran dengan publisiti
serta meraikan lain-lain agama secara besar-besaran.
NGO Malaysia ini, hendak mengajar
dan menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik untuk Brunei , sebagaimana
kerajaan negara ini meraikan pelbagai agama dengan bergembira serta mengadakan
makan besar. Tidak ada perbezaan diantara agama Allah dengan agama ciptaan atau gubalan manusia.
Di negara ini tidak menjadi
kesalahan meraikannya demi menjaga sensiviti kaum dan salah satu acara kerajaan
meraih undi popular.
Kebebasan beragama memang dibenarkan
kepada manusia tetapi bukan untuk membenarkan mereka yang islam ke pesada murtad.
Meraikan agama lain selain islam
seperti di Malaysia, bermakna mengiktiraf pelbagai agama dan menganggap semua agama
satu kepercayaan yang bebas diubah-ubah untuk anutan diri mengikut selera.
Ini bukan fahaman islam agama Allah.
Menimbulkan rasa keraguan dalam diri tentang sucinya islam membolehkan umatnya
ke arah murtad.
Usaha kerajaan Brunei melaksanakan sepenuhnya
syariah islam sepatutnya kerajaan dan rakyat Malaysia yang islam memberi
sokongan yang tidak berbelah bahagi. Kehendak atau bantahan NGO Malaysia bukan
satu keperluan kerana islam tidak membenarkan bebas secara total.
Rakyat Malaysia tidak perlu masuk
campur urusan negara lain dan juga tidak membenarkan rakyat lain khususnya Brunei masuk Campur urusan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di Brunei atau negara lain dalam dunia ini mesti mematuhi undang negara bumi yang di pijak.
Kerajaan Brunei hanya melarang
rakyat yang beragama islam meraikan agama lain khususnya kristian.Tidak timbul
soal islam menindas atau tidak bertoleransi. Mereka yang kristian boleh sahaja
nmelakukan apa-apa aktiviti secara individu
atau berkumpulan secara tertutup.
Kebebasan hak asasi di Malaysia
tidak perlu di ikuti kerana mereka berusaha memperjuangkan kebebasan supaya manusia seperti
lembu,burung-burung dan haiwan yang lain, kerana urusan dosa dan pahala hanya
antara makhluk dan Allah.
Rakyat Malaysia terutama mereka di
kalangan yang anti islam dan islam liberal sememang berperangai bagitu, yang
masing-masing di lindungi iblis yang berusaha dan cenderung merosakkan akidah umat
islam. Mereka yang islam perlu berhati-hati kerana ada syurga dan neraka di pengakhiran hidup
Keadilan islam hanya terlaksana
kepada mereka yang patuh perintah Allah dan mejauhi larangannya.
Musuh islam di Malaysia tidak ada
hak menjadi pengacau kerajaan islam Brunei
yang ketika ini telah mula menampakkan
kebenaran dan kebaikan undang-undang dan cara hidup islam.
Mereka yang mengemukankan
bantahan merupakan cubaan mengkuda-kudakan kerajaan Malaysia berkaitan
agama dan islam dan bertujuan menjadikan negara islam Brunei sebagai sasaran
untuk bermusuhan diantara agama di rantau ini.
No comments:
Post a Comment