Sunday, January 10, 2016

Mahathir mahukan Rayani Air ikut pakaiaan islam keluarganya



Yang mana ciri-ciri islam pilihan mahathir

Rakyat Malaysia semua sudah maklum islam apa pegangan Dr. Mahathir. Kita tidak perlu atau berada  satu jemaah dengannya, berkaitan dengan islam.Ulama’nya adalah Kasim Ahmad yang mereka satu golongan atau penyokongnya mengatakan tuan gurunya itu seorang otak bergeliga yang lebih besar dari ulamak-ulamak perawi hadis.

Dalam hal agama kita tidak  perlu merujuk kepada bekas PM ini kerana apa yang diamalkan oleh ustaz-ustaz yang ada di Malaysia ini tidak di ikhtirafnya dan tidak selari dengan otaknya.Baginya cerdik pandai islam yang ada di Malaysia ini mencipta islam sendiri.

Pendek kata kiranya ada ustaz yang berbicara berkaitan islam merujuk kepada hadis dia akan terima telinga kanan campak telinga kiri. Dia tidak pernah bersetuju dengan cara hidup dan syariah islam di negara ini.Mereka yang bercakap berkaitan islam di negara ini menjadikan Mahathir ‘perut kenyang,lapar tidak hilang;minum sejuk haus tidak lepas.

Islam Kasim Ahmad telah menjadi pegangannya, kerana pernah di suarakannya bahawa ulamak yang ada di Malaysia dan dunia ini khasnya Malaysia, tidak terjawab persolan yang dikemukakan oleh gurunya itu.

Kita tidak hairan Dr Mahathir memerli terhadap Rayani Air,syarikat penerbangan yang mengenakan tudung terhadap pramugari syarikatnya.Mahathir mempersoalkan atau menuduh tuan punya syarikat tersebut seorang India bukan islam, cuba mengambil kesempatan dan keuntungan dari ciri-ciri islam.

Sepatutnya Mahathir gembira kerana pengurusan syarikat tersebut  ada inisiatif menerap nilai-nilai berpakaian menutup aurat, yang merupakan sokongan moral terhadap islam, tetapi sebaliknya dia mengambil berperanan dengan pandangan bahawa mereka yang tidak bertudung dalam syarikat tersebut bukan menentukan syarat sebagai seorang islam.

Bercakap berkaitan pakaian seorang wanita telah menjadikan Mahathir fobia dan berterusan melenting Baginya semua wanita hendaklah menjadikan  contoh keluarganya berpakaian, seperti skirt,baju lengan pendek , tidak menutup   leher dan kepala atau rambut di biarkan meremang.

Rakyat Malaysia masih mengharapkan perubahan pandangan Mahathir terhadap islam terutama berkaitan wanita dan syariah islam serta bersetuju berkaitan hadis Nabi SAW.Usia telah ke kemuncak sembilan puluh tahun. Pandangannya masih berkisar bahawa menutup aurat bukan satu perintah Allah, sebaliknya merupakan pandangan atau hukum yang dibuat mengikut acuan ulamak atau ustaz-ustaz.

Islam Mahathir dan keluarganya, mahukan kitab Kasim Ahmad di halalkan, pandangan atau cara hidup Sister in Islam di praktikan, serta kumpulan G25 di beri ruang mengkritik seterusnya menggubal undang-undang islam mengikut hak asasi manusia. Sunah Nabi SAW tidak di terima akal kerana yang menyampaikannya adalah ulamak yang lahir ratus tahun selapas wafat baginda.

Islam di Malaysia telah kerugian  selama 22 tahun dengan adanya pemimpin seperti Mahathir kerana pentadbirannya selama itu terlalu mementingkan ekonomi,dan usaha mengekalkan kuasa. Amat kurang pengisian rakyat terhadap penghayatan islam sebagai addin. Bagi Mahathir ketika itu urusan agama,dosa dan pahala adalah hak individu yang penting rakyat menumpukan urusan mengukuhkan kegiatan ekonomi melalui perindustrian dan teknologi.

Menganggap islam sebagai satu kepercayaan biasa sebagaimana agama-agama lain, syurga dan neraka sebagai sampingan.

Itulah Mahathir masih tidak ada perubahan walaupun telah 13 tahun bersara ,sentiasa melakukan kontroversi dengan cerdik pandai islam, apabila berbicara berkaitan syariat.Semasa dia mentadbir negara ini jarang dia masuk campur urusan agama  kerana menjadi mangsa keadaan.

3 comments: