Rakyat
Malaysia semua sudah maklum islam apa pegangan Dr. Mahathir. Kita tidak perlu
atau berada satu jemaah dengannya,
berkaitan dengan islam.Ulama’nya adalah Kasim Ahmad yang mereka satu golongan
atau penyokongnya mengatakan tuan gurunya itu seorang otak bergeliga yang lebih
besar dari ulamak-ulamak perawi hadis.
Dalam
hal agama kita tidak perlu merujuk kepada
bekas PM ini kerana apa yang diamalkan oleh ustaz-ustaz yang ada di Malaysia
ini tidak di ikhtirafnya dan tidak selari dengan otaknya.Baginya cerdik pandai
islam yang ada di Malaysia ini mencipta islam sendiri.
Pendek
kata kiranya ada ustaz yang berbicara berkaitan islam merujuk kepada hadis dia
akan terima telinga kanan campak telinga kiri. Dia tidak pernah bersetuju
dengan cara hidup dan syariah islam di negara ini.Mereka yang bercakap
berkaitan islam di negara ini menjadikan Mahathir ‘perut kenyang,lapar tidak hilang;minum sejuk haus tidak lepas.
Islam
Kasim Ahmad telah menjadi pegangannya, kerana pernah di suarakannya bahawa
ulamak yang ada di Malaysia dan dunia ini khasnya Malaysia, tidak terjawab
persolan yang dikemukakan oleh gurunya itu.
Kita
tidak hairan Dr Mahathir memerli terhadap Rayani Air,syarikat penerbangan yang
mengenakan tudung terhadap pramugari syarikatnya.Mahathir mempersoalkan atau
menuduh tuan punya syarikat tersebut seorang India bukan islam, cuba mengambil kesempatan
dan keuntungan dari ciri-ciri islam.
Sepatutnya
Mahathir gembira kerana pengurusan syarikat tersebut ada inisiatif menerap nilai-nilai berpakaian menutup
aurat, yang merupakan sokongan moral terhadap islam, tetapi sebaliknya dia mengambil
berperanan dengan pandangan bahawa mereka yang tidak bertudung dalam syarikat
tersebut bukan menentukan syarat sebagai seorang islam.
Bercakap
berkaitan pakaian seorang wanita telah menjadikan Mahathir fobia dan berterusan
melenting Baginya semua wanita hendaklah menjadikan contoh keluarganya berpakaian, seperti
skirt,baju lengan pendek , tidak menutup leher dan kepala atau rambut di biarkan
meremang.
Rakyat
Malaysia masih mengharapkan perubahan pandangan Mahathir terhadap islam
terutama berkaitan wanita dan syariah islam serta bersetuju berkaitan hadis
Nabi SAW.Usia telah ke kemuncak sembilan puluh tahun. Pandangannya masih
berkisar bahawa menutup aurat bukan satu perintah Allah, sebaliknya merupakan
pandangan atau hukum yang dibuat mengikut acuan ulamak atau ustaz-ustaz.
Islam
Mahathir dan keluarganya, mahukan kitab Kasim Ahmad di halalkan, pandangan atau
cara hidup Sister in Islam di praktikan, serta kumpulan G25 di beri ruang
mengkritik seterusnya menggubal undang-undang islam mengikut hak asasi manusia.
Sunah Nabi SAW tidak di terima akal kerana yang menyampaikannya adalah ulamak yang
lahir ratus tahun selapas wafat baginda.
Islam
di Malaysia telah kerugian selama 22
tahun dengan adanya pemimpin seperti Mahathir kerana pentadbirannya selama itu
terlalu mementingkan ekonomi,dan usaha mengekalkan kuasa. Amat kurang pengisian
rakyat terhadap penghayatan islam sebagai addin. Bagi
Mahathir ketika itu urusan agama,dosa dan pahala adalah hak individu yang
penting rakyat menumpukan urusan mengukuhkan kegiatan ekonomi melalui
perindustrian dan teknologi.
Menganggap islam sebagai satu kepercayaan biasa
sebagaimana agama-agama lain, syurga dan neraka sebagai sampingan.
Itulah
Mahathir masih tidak ada perubahan walaupun telah 13 tahun bersara ,sentiasa
melakukan kontroversi dengan cerdik pandai islam, apabila berbicara berkaitan syariat.Semasa
dia mentadbir negara ini jarang dia masuk campur urusan agama kerana menjadi mangsa keadaan.
saya sokong Rayani Air
ReplyDeletesaya sokong Rayani Air
ReplyDeletesaya sokong Rayani Air
ReplyDelete