Sunday, December 13, 2015

sudah berakkan Muhyiddin lepas tu pujuk......




Najib telah berakkan seluruh badan Muhyuddin ,kemudian suruh orang lain mandikan,basuhkan badannya, selepas itu Najib peluk dan cium.Tentunya bau berak mungkin akan hilang selepas Muhyiddin mandi beberapa  kali secara bersendirian,tetapi perangai  Najib memberakkannya tidak akan di lupakan Muhyuddin sampai mati.

Itulah apa yang berlaku dalam krisis Najib dan Muhyiddin  yang juga bukan sahaja menjadi permusuhan peribadi  kedua-dua pemimpin itu ,tetapi berjangkit krisis keseluruhan dalam UMNO.Bercakaran sesama sendiri  dalam UMNO hanya berhenti sementara dari 8hb.Dis hingg 12hb Dis 2015.

Kita nampak dalam perhimpunan agung semalam perwakilan bersahaja membahaskan pelbagai masalah dan Najib bersemangat, masuk bakul angkat sendiri,tetapi  pada hakikatnya mereka semua menghadapi serta menanggung penyakit kencing manis,darah tinggi dan masalah jantung yang berisiko besar  kearah  strok.

Baginilah masalah parti politik hari ini kiranya terdapat mereka yang berkuasa hendak terus berkuasa dan tidak menganggap diri sendiri punca masalah dalam parti.Selanjutnya melindungi kesalahan kita dengan menggunakan kuasa dan menuding jari kearah orang lain yang tidak sebulu dengan kita.

Mungkin Muhyuddin boleh bersalaman dan berpelukan arab dengan Najib serta memaafkan kesalahan yang di lakukan seandai Najib melakukan rutin biasa setiap kali perhimpunan ,tetapi sebaliknya Muhyiddin di nafikan berucap dan merasmikan pemuda dan puteri. 

Muhyiddin masih ada sikap tolenransi  hadir dalam perhimpunan bagi menunjukkan sikap sederhana dan bersedia memaafkan Najib,serta masih sayang dan setia kepada UMNO, kiranya di benarkan berucap, namun Najib masih eksyen  menunjukkan kuasa dengan mengatakan jawatankuasa perhimpunan atau majlis tertinggi parti tidak membenarkan Muhyuddin berucap.

Ketakutan Najib terhadap Muhyiddin jelas ibarat Najib membelasah Timbalan Presiden itu dengan mengikat tangan dan kakinya serta di zip mulutnya. Najib berjaya bercakap berkaitan kehebatannya bagi menambat hati dan simpati perwakilan untuk bersamanya.

Seandainya perhimpunan tersebut membenarkan muhyiddin berucap saya rasa sudah pasti  sokongan perwakilan terbahagi kepada dua bahagian.Berkemungkinan hujah Muhyiddin lebih masuk akal,maka kelebihan sokongan akan menyebelahi bekas Timbalan Perdana Menteri yang teraniaya itu. Keadaan yang sedemikian rupa, menakutkan presiden ,yang lebih takut dari kekalahan  pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Penggulungan perhimpunan oleh Najib kebanyakan memaparkan masalah dalaman UMNO dan permusuhan peribadi presiden dengan musuh yang dicipta Najib sendiri, melalui kepincangan hutang 1MDB dan derma peribadi 2.6 bilion.

Persengketaan dalam UMNO tidak akan berlaku sekiranya Najib berjaya menjinakkan Muhyiddin dan Shafie Afdal melalui penjelasan empat mata atau enam mata  berkaitan 1MDB dan 2.6 bilion sehingga kedua-duanya angguk. 

Pengorbanan Najib perlu juga, sekiranya dia masih menyayangi UMNO dari runtuh atau perpecahan, dengan bertindak meletak jawatan presiden dan Perdana Menteri. Nada berkhimat untuk parti dan kepercyaan yang di beri rakyat adalah nada subjektif, yang boleh di ambil alih tanggungjawab oleh sesiapa dalam UMNO.

Sikap bertanggungjawab terhadap apa yang didakwa berlaku kepincangan dalam pengurusan syarikat pelaburan negara dan wang derma yang banyak masuk ke akaun adalah bersedia ke mahkamah selepas letak jawatan .Jangan jadikan alasan bahawa apabila berhenti dan tidak ada kuasa akan di penjarakan.

Mengacau mereka yang terlibat dalam penyiasatan pelbagai masalah negara bukan tindakan yang bijak.Hari ini kita boleh menafikan kepincangan yang kita lakukan, dengan mencampakkan manusia yang jadi penghalang perilaku jenayah kita, tetapi harus ingat Allah masih ada.

Membuang  kedua-dua anggota kabinet tersebut untuk menyorokkan kesilapan adalah merupakan satu kebodohan yang tidak ada kesudahan dalam UMNO, yang menjadi kenangan kekesalan .Kesilapan ini akan timbul kembali apabila presiden tidak lagi berada di puncak seperti mana Dr.Mahathir hari ini.

1 comment: