Friday, December 11, 2015

pilihan orang kampung


pilihan orang kampung


"Orang kampung tak faham apa itu 1MDB. Kita yang bagi panas isu itu. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai sumbangan RM2.6 bilion. Kita yang tembak diri sendiri.


"Mereka tak tanya apa-apa tentang hal macam itu. Saya tanya seorang makcik, makcik tahu 1MDB? Dia kata, 'saya tak tahu'."Datuk Musa Sheikh Fadzir


Sah dan nyata orang UMNO mengambil kesempatan sikap tidak peduli atau membodohkan diri orang kampung. Sikap orang kampung ini secara tidak langsung telah menghalalkan apa sahaja duit untuk dana politik UMNO.

Dana politik merupakan satu aktiviti rasuah kerana ‘buat baik ada makna’.Keikhlasan penderma harus dipertikaikan selagi yang menderma bernama manusia yang sentiasa di dampingi iblis dan juga yang menerima ada kuasa.

Kita percaya selama ini dana politik digunakan untuk merasuah orang kampung terutama pengundi-pengundi melayu yang tidak ingin tahu dari mana puncanya calon UMNO dapat duit dengan menghadiah beras,gula dan tepung kepada mak cik-pakcik.

Sepanjang pengetahuan saya tidak ada parti pembangkang menggula-gulakan orang kampung, kerana tidak ada manusia bodoh menderma pembangkang berbilion ringgit kerana pulangannya kosong.

Derma 2.6 bilion UMNO cuba mengaitkan dan mengheret parti pembangkang dengan”kita serupaaa..”.Tidak usah membandingkan kita korup orang lain pun korup dan orang mencuri orang lain pun mencuri. Jangan menilai sikap apa yang kita buat orang lain sama seperti kita.

Mereka yang bebas dari kengkangan politik dan mungkin cerdik sedikit daripada orang kampung Datuk Musa Sheikh Fadzir telah lama mengetahui dari mana parti poltik UMNO memperolehi duit partinya.

Salah satu cara dengan mengambil rasuah dari kontraktor yang diberi projek dan di luluskan serta kebenaran penebangan balak di hutan dengan dialog” berapa hendak beri parti kalau dapat projek ini”.RM50,0000 tuan”.

Tuan yang berkuasa parti, mengeluarkan resit bernilai RM50.00 maka tuan parti untung RM49,950.00 manakala parti politiknya dapat RM50.00 sahaja.

Tidak hairan pada suatu masa dulu sebuah negeri di Malaysia ini kelulusan pengeluaran permit balak telah lebih 5 tahun ke hadapan.

Orang kampung tidak peduli perangai orang partinya hendak terima billion dolar atau trillion dollar atau nak jual negeri pun tidak kisah – janji dapat makan kenyang atau tidur nyenyak.

Sikap seperti orang kampung Datuk Musa ini telah menyebabkan negeri Singapura tergadai, semua tanah milik negara di seberang tambak itu dipaksa jual kepada Singapura.


Melayu menjadi penduduk manoriti serta tanah rezab melayu setiap negeri tidak berganti ,kalau berganti pun nun! di hujung hutan sana dan lagi, melayu hidup menompang di Pulau Pinang tidak berjaya lagi membentuk kerajaan melayu.

Melayu kampung tidak kisah apa wakil rakyatnya buat dan parti sanggup menerima rasuah untuk dana parti bagi membiayai atau membeli undi orang kampung bertujuan meraih kemenangan lebih 56 tahun atau 13 kali pilihanraya.

Banyak keburukan yang tersembunyi yang di tampal keindahan bahasa bahawa tanpa UMNO melayu menjadi bangsat.

Melayu kampung seperti Datuk Musa ceritakan itu, tentu mengangguk kerana matanya mengantuk kekenyangan, tetapi melayu yang tercekik yang memakan tulang akan terbeliak mata dan menghadiahkan sumpah seranah.

Mulai sekarang melayu yang kenyang seperti orang kampung Datuk Musa perlu fikirkan cucu-cicit yang berusia 1 tahun sekarang hendak hidup kenyang 30 tahun akan datang.Parti yang masih menyimpan gula-gula untuk rakyatnya,...ketepikanlah parti ini.

Rakyat sudah bingit telinga dengan berita-berita yang tidak jujur kepimpinan yang berada dalam YAPEIM,MARA,TABUNG HAJI,1MDB dan banyak lagi yang belum terbongkar.

Menunggu terbongkar apabila terbentuknya kerajaan baru.Kiranya parti ini sahaja pilihan rakyat pada siri pilihanraya akan datang untuk Malaysia, nampaknya orang kampung Datuk Musa dan mereka yang celik sama-sama menggali kubur sendiri sebelum kematian.

No comments:

Post a Comment