Tuesday, May 7, 2013

Pakatan rakyat terus unggul sebagai pembangkang





Masih belum terlerai segala fantasi diri ini selama lebih dua tahun memendam rasa yang sentiasa menggenggam tangan dan mengerut muka, kadang menghempas penumbuk ke meja,menendang tv dan radio dirumah, di ikuti pelbagai pertanyaan akibat suasana politik negara.Suasana itu digoncang dan digegar oleh laporan media yang tidak menyebelahi arah parti sokongan menyebabkan hari demi hari api diri bertambah marak. 

Semelit perut masih membuak-buak apa yang ada isi dalamnya kerana tidak berjaya mendapatkan tandas yang baru pada 5 Mei 2013 . Tandas yang sedia ada tidak berjaya menarik keluar  angin keladak yang sudah sampai ke kepala kerana keadaan tandas yang mangkuknya berkarat saki baki najis dan lantainya licin tidak di mop selama 55 tahun.

Bagitulah perasaan selepas PRU-13.Pilihan rakyat yang gagal mengubah suasana politik dan pentadbiran negara yang akan menjangkau usia lebih 60 tahun, lima tahun lagi. Kegagalan ini disebabkan rakyat atau pengundi tidak mendapat maklumat yang betul berkaitan wakil-wakil rakyat yang telah di amanahkan,terutama mereka yang korap dan salah guna kuasa, turut mementingkan diri. Orang melayu pula tidak berubah persepsinya UMNO/BN/dacing untuk melayu , kedamaian dan kegembiraan.

Pakatan rakyat hanya berjaya menang sorak dan tepuk sepanjang kempen lebih 2 tahun. Penat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Krew nya berkempen keseluruh negara tidak berbaloi.Pelbagai idea kreatif di hidangkan bagi menarik minat ceramah tetapi semuanya melahirkan keadaan politik yang meleset.Putrajaya yang diimpikan, jelas dan sah hanya mimipi. Terus layak mengungguli kategori pembangkang.

Pakatan berjaya merampas 21 kerusi baru yang dimasukkira semasa berangan-angan ke Putrajaya tetapi terlepas 15 kerusi  kepada BN.Berjaya menambah kerusi di Pulau Pinang dan Selangor sebaliknya mengurangkan kerusi di Kelantan serta menambah ego BN dengan merampas Kedah. Trengganu merupakan rezeki  PAS khasnya dan Pakatan amnya sebanyak 15 kerusi iaitu kurang 2 kerusi dari BN.

Keadaan ini disebabkan rakyat tidak dapat mengetahui atau berfikir serta menilai harta kekayaan wakil rakyatnya,samaada diperolehi secara halal atau haram. Juga terdapat pengundi yang tidak menunaikan tanggungjawab dan amanah yang betul memilih pemimpinnya,terutama pemilih yang telah mengetahui calon yang yang nyata penjenayah kewangan yang disenyapkan. Ingat pengundi muslim anda akan dipertanggungjawabkan dan di tanya  Allah,di akhirat kelak

Ada juga sikap pengundi yang tidak mementingkan calon, tetapi mementingkan parti yang diwakili.Perkara ini berlaku diluar bandar kampung tradisional dan masyarakat Felda yang malas menyusah diri mengolah fikiran.Beserah pada nasib tidak kira siapa orang  sebagai wakil.

Mereka taksub dengan dasar asal atau undang-undang kecil parti. Mereka tidak pedulikan manifesto yang yang diubah setiap lima tahun sekali. Penilaian pengundi terhadap calon adalah pilihan ketiga di samping parti dan sentimen perkauman.
Sikap mereka ini akan merosakkan negara kerana calon dan ketua parti akan mengambil kesempatan “pasti menang” dan boleh berbuat apa sahaja apabila mencapai kemenagan . Ketua parti politik sepatutnya mengambil kira personaliti serta profil calon, sebelum disenaraikan. Jangan terikat dengan perasaan serbasalah, dan kroni . Jauhkan calon “recycle” - penting memberi peluang kesinambungan pemimpin.
Dua hari selepas pilihanraya ke 13 ini hati terus membengkak terutama masih banyak poster-poster banner-baner yang di pasang sepanjang jalan belum di musnahkan, yang memaksa mata memandang, muka-muka calon yang munafik,rasuah yang telah memenangi pemilihan kali ini. Membengkak  protes ini akan diteruskan sehingga 5 tahun lagi kiranya bernyawa. Ya! Allah izinkan.

No comments:

Post a Comment