Masih belum terlerai segala
fantasi diri ini selama lebih dua tahun memendam rasa yang sentiasa menggenggam
tangan dan mengerut muka, kadang menghempas penumbuk ke meja,menendang tv dan
radio dirumah, di ikuti pelbagai pertanyaan akibat suasana politik
negara.Suasana itu digoncang dan digegar oleh laporan media yang tidak
menyebelahi arah parti sokongan menyebabkan hari demi hari api diri bertambah
marak.
Semelit perut masih membuak-buak
apa yang ada isi dalamnya kerana tidak berjaya mendapatkan tandas yang baru pada
5 Mei 2013 . Tandas yang sedia ada tidak berjaya menarik keluar angin keladak yang sudah sampai ke kepala
kerana keadaan tandas yang mangkuknya berkarat saki baki najis dan lantainya
licin tidak di mop selama 55 tahun.
Bagitulah perasaan selepas
PRU-13.Pilihan rakyat yang gagal mengubah suasana politik dan pentadbiran
negara yang akan menjangkau usia lebih 60 tahun, lima tahun lagi. Kegagalan ini
disebabkan rakyat atau pengundi tidak mendapat maklumat yang betul berkaitan wakil-wakil
rakyat yang telah di amanahkan,terutama mereka yang korap dan salah guna kuasa, turut mementingkan diri. Orang melayu pula tidak berubah persepsinya
UMNO/BN/dacing untuk melayu , kedamaian dan kegembiraan.
Pakatan rakyat hanya berjaya
menang sorak dan tepuk sepanjang kempen lebih 2 tahun. Penat Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan Krew nya berkempen keseluruh
negara tidak berbaloi.Pelbagai idea kreatif di hidangkan bagi menarik minat
ceramah tetapi semuanya melahirkan keadaan politik yang meleset.Putrajaya yang
diimpikan, jelas dan sah hanya mimipi. Terus layak mengungguli kategori pembangkang.
Pakatan berjaya merampas 21
kerusi baru yang dimasukkira semasa berangan-angan ke Putrajaya tetapi terlepas
15 kerusi kepada BN.Berjaya menambah
kerusi di Pulau Pinang dan Selangor sebaliknya mengurangkan kerusi di Kelantan
serta menambah ego BN dengan merampas Kedah. Trengganu merupakan rezeki PAS khasnya dan Pakatan amnya sebanyak 15
kerusi iaitu kurang 2 kerusi dari BN.
Keadaan ini disebabkan rakyat
tidak dapat mengetahui atau berfikir serta menilai harta kekayaan wakil
rakyatnya,samaada diperolehi secara halal atau haram. Juga terdapat pengundi
yang tidak menunaikan tanggungjawab dan amanah yang betul memilih
pemimpinnya,terutama pemilih yang telah mengetahui calon yang yang nyata
penjenayah kewangan yang disenyapkan. Ingat pengundi muslim anda akan dipertanggungjawabkan dan di tanya Allah,di akhirat kelak
Ada juga sikap pengundi yang
tidak mementingkan calon, tetapi mementingkan parti yang diwakili.Perkara ini
berlaku diluar bandar kampung tradisional dan masyarakat Felda yang malas
menyusah diri mengolah fikiran.Beserah pada nasib tidak kira siapa orang sebagai wakil.
Mereka taksub dengan dasar asal
atau undang-undang kecil parti. Mereka tidak pedulikan manifesto yang yang
diubah setiap lima tahun sekali. Penilaian pengundi terhadap calon adalah pilihan ketiga di
samping parti dan sentimen perkauman.
Sikap mereka ini akan merosakkan negara kerana
calon dan ketua parti akan mengambil kesempatan “pasti menang” dan boleh berbuat apa sahaja apabila mencapai kemenagan . Ketua
parti politik sepatutnya mengambil kira personaliti serta profil calon, sebelum disenaraikan.
Jangan terikat dengan perasaan serbasalah, dan kroni . Jauhkan calon “recycle” - penting memberi peluang
kesinambungan pemimpin.
Dua hari selepas pilihanraya ke
13 ini hati terus membengkak terutama masih banyak poster-poster banner-baner
yang di pasang sepanjang jalan belum di musnahkan, yang memaksa mata memandang,
muka-muka calon yang munafik,rasuah yang telah memenangi pemilihan kali ini.
Membengkak protes ini akan diteruskan sehingga
5 tahun lagi kiranya bernyawa. Ya! Allah izinkan.
No comments:
Post a Comment