Sememangnya manusia dalam
pertandingan tidak mahu menerima erti kekalahan.Lebih-lebih lagi mereka yang kalah ada maklumat atau
desas-desus penipuan dalam pemilihan.Bagai
ayam hitam terbang malam,hinggap di pokok pandan,bergesek ada, rupanya tiada.Walaupun
perkhabaran penipuan itu masih belum sahih
tetapi mereka yang kalah telah memulakan tindakan protes. Rumah siap pahat
berbunyi.
Bulan menyaksikan aku menyimpan
rahsia hati ini, dan mungkin juga hati mereka yang kalah, dengan perasaan
resah,gelisah sepanjang kempen pilihanraya dan kegelisahan itu berterusan
selepas pilihanraya ini, kerana sikap atau tidak tanduk mereka yang menang
masih mencuit,menyentuh pantai hati ini melalui semua medianya.Memang saya tidak menerima kekalahan.
Namun perlu diingatkan mereka yang
kalah mesti menerima hakikat bahawa mereka telah kalah, terima sahaja dan makan sahaja
nasi yang telah menjadi bubur. BN telah menjadi kerajaan mempunyai kuasa,dan
dilindungi undang-undang serta boleh melakukan apa sahaja terhadap sesiapa yang
menentangnya.
Sekarang bukan zaman berusaha menentang penjajah untuk mendapat kemerdekaan.Menentang penjajah segala jasa dikenang rakyat,menentang BN dilabelkan pengkhianat rakyat .Sebelum pilihanraya,rakyat itu tuan,selepasnya, rakyat telah menjadi hamba, sekurang-kurangnya lima tahun lagi.Tidak seorang pun tuan yang ada kuasa mencatatkan sumbangan hambanya dalam sejarah.
Sekarang bukan zaman berusaha menentang penjajah untuk mendapat kemerdekaan.Menentang penjajah segala jasa dikenang rakyat,menentang BN dilabelkan pengkhianat rakyat .Sebelum pilihanraya,rakyat itu tuan,selepasnya, rakyat telah menjadi hamba, sekurang-kurangnya lima tahun lagi.Tidak seorang pun tuan yang ada kuasa mencatatkan sumbangan hambanya dalam sejarah.
Tidak guna kita membawa dan
menghimpunkan rakyat yang telah tiada kuasa sekarang ini ,sebagaimana seperti
sebelum pilihanraya, kerana tindakan itu membazirkan masa mereka yang
sepatutnya boleh melakukan lebih banyak perkara penting dalam kehidupan .
Bukan masanya pemimpin yang kalah
masih menggunakan idealogi bagi mempengaruhi rakyat menyertai protes yang pada
awalnya berhimpun, kemudian menunjukkan bantahan penyertaan, dan seterusnya akan
lahir batahan fizikal. Rakyat ada hak membebaskan diri dari terlibat.
Kita perlu sedar bahawa kekalahan
kita bukan sahaja direstui oleh peraturan
dunia, tetapi direstui oleh Allah. Sebelum kalah telah berusaha mengikut kemampuan dan
kesungguhan . Allah maha mengetahui punca kekalahan,
sama ada BN menipu,atau tidak.Kiranya BN bekerjasama dengan SPR menipu pengundian – apa yang diperolehi pelaku-pelaku di
dunia ini adalah hasil penipuan serta memiliki harta haram. Pasti kita berharap
balasan akhirat kiranya tidak nyata di dunia ini.
Sehingga bila kita hendak melawan dengan melayan rasa
tidak puas hati yang tidak membawa jalan penyelesaian.Jangan dibawa rakyat bersama
menterjemahkan isi hati kita, yang kita anggap perasaan mereka sama seperti perasaan kita. Sudah-sudahlah kita menunjukkan penyokong yang ramai di
stadium,padang dan dewan selama lebih 2 tahun yang hanya berjaya menang tepuk dan sorak.
Hentikan menentang kerajaan yang
terpilih,kerana kerajaan yang terpilih memiliki keistemewaan yang tidak boleh
digugat oleh undang-undang atau pemikiran individu. Individu berpotensi- menjadi
arang habis,besi binasa,tukang hembus penat sahaja.
Seandainya kita tidak mampu atau
malas hendak memuhasabah diri,seeloknya sekali lagi saya nyatakan berserahlah
kepada Allah yang telah menentukan sesuatu perkara, yang belum terlintas di
kepala. Kita ambil ketenangan daripada kita memohon atau membina pelbagai masalah. Menerima apa yang ada itu merupakan pilihan terakhir
sebelum usia memanjat diri. Redha
Kita terlalu takbur sebelum bertanding, belum tentu menang kalah ,kita telah mula menyimpan dendam untuk bertindak keatas musuh yang belum tentu bersalah, maka Allah Maha Mengetahui isi hati kita, jadi Allah Maha Penentu ,dengan itu inilah hasil usaha yang telah diperolehi dari apa yang kita niat,oleh itu marilah kita bersama memohon agar Allah membuka hati-hati maknusia yang telah melakukan kerja-kerja terkutuk dengan cara menipu ini kembali kepangkal jalan agar tiada hamba-hambaNya tersesat kerana duniawi.
ReplyDeleteAllah nak BN terus buat salah kot.
DeleteOrang yang buat salah akan mengulangi kesalahannya tanpa rasa bersalah...Atas dasar pertimbangan akal manusia waras kena menilai yang mana dosa dan yang mana pahala.
ReplyDeleteTak baca artikel ni lagi baik
ReplyDeleteAku hormati tulisan ini sbg satu pandangan dan itu lah pandangan ramai org kerana didikan suasana keliling. Hidup ini tiada skima utk kita sandarkan dp takdir. Nabi Muhammad SAW sendiri berdoa dan menggerakkan tulang 4 kerat memperjuangkan kebenaran.Kami tahu penyelewengan dan hak yg dirampas.Bukti berlambak dan begitulah dlm PRU sebelumnya. Kali ini ada insan yg menggerakkan perjuangan mempertahankan hak yg dirampas bermakna tidak meletakkan kerja2 perjuangan di tangan Allah semata. Biar saya pinjam kata2 seorang blogger, jangan kita suruh Allah buat kerja kita.
ReplyDeletekalau pandangan penulis begini...lebih baik kamu keluar dari himpuanan pejuangg alam maya bloger yg sokong pr ni....gi kamu nulis kat laman bloger be end.....kamu suka idup dibawah pentadbir yg kalah dan jadi pemimpin korup....nak tanya penulis boleh tak gaji kamu kita urus keluarga kamu dan kamu ucaplah terima kasih...
ReplyDelete