"Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah
dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan
bina di kawasan yang dimenangi BN," Menteri Besar Terengganu Datuk Seri
Ahmad Said
Barangkali klon jenis
apa , manusia MB Trengganu ini. Spesis golongan haiwan,tumbuh-tumbuhan atau
yang sama dengan kedua-duanya.Sekolah mana dia menuntut, dan sampai ke
tingkatan berapa atau universitinya beri ilmu tak mencukupi .
Ilmu sebagai wakil rakyat UMNO, sudah lebih 5 tahun, pasti mencukupi . Kalifah
Allah di suruh berkhidmat untuk semua makhluk. Ilmu Najib dan UMNO,disuruh
berkhidmat untuk satu Malaysia. Mana
hendak diletakkan manusia bernama Ahmad bin Said ini.
Melihat kepada latar belakang anak tok nyandat ini merupakan seorang yang berkalibar dan berpotensi
menjadi pemimpin bagi semua manusia
Trengganu khasnya, dan manusia Malaysia amnya.Tetapi bagaimana dia boleh turun
darjatnya hanya untuk memimpin dan berkhidmat untuk orang UMNO sahaja selepas pilhanraya
ke 13.
Masih ada manusia Malaysia yang terpilih sebagai wakil
rakyat yang berkhidmat hanya untuk kelompoknya. Boleh dimaafkan kiranya Ahmad
Said sebagai wakil rakyat berkhidmat hanya untuk rakyat yang di wakili, tetapi
bukan sebagai Menteri Besar Trengganu.
UMNO telah melakukan kesilapan melantik orang ini, sebagai
menteri besar. Tidak sangka – pada peringkat awalnya Ahmad ini saya anggap seorang
kelulusan akademik peringkat sekolah rendah, memandangkan sikapnya atau ilmunya,
tetapi nyata sangkaan saya meleset,bahawa Ahmad seorang bekas Graduan. Sudah
tentu dia dikategorikan di Malaysia ini seorang profesional.
Sekali lagi Malaysia kerugian mendapat manusia profesional
ini hanya berkhidmat untuk mengagih-agihkan projek negeri untuk suku kaumnya
sahaja.Dia tidak menghayati apa itu ilmu sebelum dan selepas pilihanraya dan
ilmu selepas kemenangan dalam percaturan demokrasi.
Kita minta jauhkan selepas PRU-13 ini ,wakil rakyat,menteri
besar,menteri atau perdana menteri berbuat declaration
seperti Ahmad Said, kerana ikrar ini tidak pernah dilakukan oleh
menteri-menteri besar Trengganu sebelum ini. Sedih.
No comments:
Post a Comment