Minda orang melayu Taman ini
masih bangang berkaitan demokrasi dan pilihanraya, terutama mereka yang betina,
kerana semasa rewang perkahwinan salah seorang jiran di taman perumahan ini,sekumpulan betina
di sini telah mengebu,mengejek,menyorak dan menjerit-menjerit bertujuan
menghina,sekumpulan kempen bermotor
penyokong PAS yang kebetulan lalu di hadapan kami.
Alangkah terkejutnya saya apabila
sekumpuan wanita yang sambil menyiang bawang,sayur dan membasuh ayam untuk
kenduri,tiba-tiba menjerit-jerit seperti kena histeria,yang lagaknya
menunjukkan hendak muntah melihat orang PAS kempen membawa bendera.
Wanita-wanita yang juga merupakan
isteri-isteri penghuni taman perumahan ini sepatutnya di ajar oleh suami mereka
agar memahami atau berilmu apabila berdepan dengan pilihanraya.Bagimana totok
sekali pun terhadap satu-satu parti politik, sepatutnya jangan bersikap seperti
beruk mengagah mangsa dengan keadaan muka dan bibir yang tidak ada
perkataan “sehodohnya” hendak ditafsirkan.
Perangai wanita-wanita ini adalah
diantara gambaran segelintiran rakyat
Malaysia yang masih jahil dan
berfikiran jumud apa itu pilihanraya.Lebih primitif lagi ada dikalangan suami
mereka yang sudah berusia lingkungan 70 tahun dan mungkin telah melalui 6 atau
7 kali pilihanraya sanggup mengeluarkan perkataan”lalu depan rumah,tunjukan
parang”. Saya berastaghfar,dan menyatakan menerangkan dengan nada rendah,
supaya jangan ada pilihanraya kiranya hanya ada satu parti dan tidak boleh berkempen.
No comments:
Post a Comment