Saturday, May 4, 2013

bangsaku !!bangsaku!...bangsaku...




Minda orang melayu Taman ini masih bangang berkaitan demokrasi dan pilihanraya, terutama mereka yang betina, kerana semasa rewang perkahwinan salah seorang jiran  di taman perumahan ini,sekumpulan betina di sini telah mengebu,mengejek,menyorak dan menjerit-menjerit bertujuan menghina,sekumpulan kempen bermotor  penyokong PAS yang kebetulan lalu di hadapan kami.  

Alangkah terkejutnya saya apabila sekumpuan wanita yang sambil menyiang bawang,sayur dan membasuh ayam untuk kenduri,tiba-tiba menjerit-jerit seperti kena histeria,yang lagaknya menunjukkan hendak muntah melihat orang PAS kempen membawa bendera.

Wanita-wanita yang juga merupakan isteri-isteri penghuni taman perumahan ini sepatutnya di ajar oleh suami mereka agar memahami atau berilmu apabila berdepan dengan pilihanraya.Bagimana totok sekali pun terhadap satu-satu parti politik, sepatutnya jangan bersikap seperti beruk mengagah mangsa dengan  keadaan muka dan bibir yang tidak ada perkataan “sehodohnya” hendak ditafsirkan.

Perangai wanita-wanita ini adalah diantara gambaran segelintiran rakyat  Malaysia  yang masih jahil dan berfikiran jumud apa itu pilihanraya.Lebih primitif lagi ada dikalangan suami mereka yang sudah berusia lingkungan 70 tahun dan mungkin telah melalui 6 atau 7 kali pilihanraya sanggup mengeluarkan perkataan”lalu depan rumah,tunjukan parang”. Saya berastaghfar,dan menyatakan menerangkan dengan nada rendah, supaya jangan ada pilihanraya kiranya hanya ada satu parti dan tidak boleh berkempen.

No comments:

Post a Comment