Friday, May 3, 2013

Nilai rasuah pengundi turun dari RM500 ke sekampit gula, 1botol minyak dan dan sekampit beras....





Entah sampai bila media Malaysia memberi liputan istimewa kepada Barisan Nasional. Entah sampai bila media memutar belitkan kenyataan “kerajaan itu ialah Barisan Nasional dan Barisan Nasional itu kerajaan” walaupun parlimen telah dibubarkan dan penamaan calon telah dilakukan,pilihanraya hanya 3 hari lagi.

Kenapa  kelebihan di beri kepada parti ,Barisan Nasional  dan pemimpinnya ,menjadikan media kerajaan dan swasta membantu kempennya seolah-olah semua media dia yang punya dan menggambarkan di dunia luar parti politik di Malaysia hanya Barisan Nasional. Apakah BN telah membeli seluruh ruang untuk propaganda parti itu di dada media ,sehingga tidak ada lagi ruang lompang untuk parti lain.

Sampai bila media dan Barisan Nasional masih menganggap  dan memanggil, menggelar parti,PAS,PKR dan DAP itu parti pembangkang walhal parlimen telah dibubarkan dan ketika ini kerajaan sementara yang tidak mempunyai kuasa eksekutif serta wakil rakyat PRU 12  tidak wujud lagi,

Sampai bila pemimpin Barisan Nasional yang sekarang telah menjadi bekas wakil rakyat,bekas menteri,bekas perdana menteri telah diberi layanan VVIP untuk berkempen di kem-kem tentera,sekolah-sekolah,dan penempatan polis dan anggota keselamatan yang lain.

Tidak ada perbezaan bagi pemimpin ini menggunakan harta awam untuk tujuan berkempen dengan bertugas.Apakah mereka calon BN ini masih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, menggunakan kenderaan kerajaan mengikut kehendak hati.Apakah tidak meakukan kesalahan perilaku pemimpin seperti ini.Pengundi masih buta mata,buta hati,pekak telinga dan jumudkan otak.

Sampai bila rakyat Malaysia hendak menjadi cerdik terhadap pilihanraya,yang kadangkala kita lihat rakyat masih tidak tahu menilai bahawa diri mereka adalah amat penting sebelum mengundi.Sampai bila orang melayu supaya menjadi seperti masyarakat cina tidak menjadikan MCA dulu kini dan selama-lamanya dihati mereka. Mereka telah berubah sejakPRU ke 12.

Melayu tidak berfikir macam orang cina ke?-lebih baik kebajikan untuk bangsanya dari apa yang mereka dapat hari ini.Lebih baik untuk agamanya dari apa yang mereka dapat dari parti yang memerintah 55 tahun lalu. Melayu sudah berpuashati dengan sepanjang hari ketawa dengan keadaan mulut sampai ke telinga,apabila duduk hadapan tv. Tidak ada terfikir anak berhutang sepanjang hidupnya kerana mencari ilmu di negara sendiri .Tidak terfikir wakil rakyat bertambah kekayaan sedangkan diri sendiri,"besar tiang dari perahu". setahun atau dua tahun selesai pilihanraya "cakak sudah,silat teringat.

Sampai bila orang melayu hendak berubah - jangan mengundi bakal calon wakil rakyat yang terpalit rasuah yang satu dunia sudah tahu, -wakil rakyat yang sudah kaya dan terus membelai kekal, memberi kekayaan kepada keluarganya. Sampai bila orang melayu hendak berfikiran”yang penting parti, bukan calon”.

Calon seorang perasuah ke,!tidak berakhlak ke,! ahli fitnah ke! pembunuh ke,islam ke! kafir ke,!murtad ke!,menghina Al-Quran ke,! tak yakin hukum Allah ke! Persetan apa… aku tetap BN,hendak cari makan mudah tidak macam rakyat somalia”. Apakah hidup orang melayu hanya untuk mudah cari makan ?.

Sampai bila pengundi melayu di rasuah oleh calon wakil rakyat dengan sekampit gula,beras dan minyak.  Pengundi-pengundi tidak terasa terhina ke! dengan satu undi di nilai dengan barang makanan seperti itu.Malahan memuji-muji calon tersebut pemurah dan bertanggungjawab serta memahami masalah rakyat.

Tahukah pengundi dari mana datangnya sumber kewangan bagi membeli barang makanan tersebut?.Kiranya pengundi terdiri kalangan peneroka Felda maka wang Felda atau syarikat felda menjadi mangsa mengeluarkan wang atas titah perintah, dengan melabelkan dana bantu peneroka.Seandainya di agihkan di kampung-kampung tradisi, maka jabatan kebajikan terpaksa mencari sumber kewangan bagi menampung kos.  Calon BN hanya menyeluk poket kosong.

Sampai bila orang melayu menjadi kaldai tunggangan calon wakil rakyat atau bakal wakil rakyat yang hanya mendapat upah sekampit beras,sekampit gula dan susu.Jatuhnya murtabat orang melayu menjadi mangsa umpanan mereka yang kaya raya. Apakah melayu masih merempat seperti zaman jepun?.Ini nilai pengundi yang masih setia pada dacing buruk yang belum menerima teknologi.

Dalam tempoh lima tahun orang Melayu islam tidak berasa bersalahkah memilih pemimpin yang tidak bertakwa kerana segala dosa yang dilakukan oleh pemimpin yang dipilihnya akan menjadi tanggungan dosa kepada pemilih di akhirat kelak.Tidak berasa bersalahkah pengundi memilih pemimpin dan kerajaan yang mementingkan Allah dan rasulnya mengikut masa dan kadang-kadang.Tidak adakah ruang untuk melantik dan memilih pemimpin yang mementingkan Allah sepenjang masa dan ketika di mana jua.




1 comment:

  1. kalau PKR DAP PAS boleh tawan Putrajaya, tidak pasti juga apakah mereka tidak buat begitu, Kelantan dan Penang contoh jelas, mereka juga guna Jentera kerajaan Negeri.

    ReplyDelete