Monday, April 22, 2013

Politik - ramai perut kenyang lapar tidak hilang: minum sejuk haus tidak lepas

 
Sikap manusia Malaysia,yang tidak mahu” biar jatuh terletak,jangan jatuh terhempas”maka akan lahirlah perkataan yang tidak sedap didengar, digugurkan ,dipecat, tidak terpilih dan tidak tercalon.Keadaan ini akan menaikkan tekanan darah tinggi mereka  yang terlibat dan di tambah dengan perasaan sombong,ego dan perasan diri, bagaikan mencencangkan parang patah,maka akan sanggup menjadi pengkhianat kumpulan politiknya dan dia yang sentiasa seperti rusa kena tambat.

Malaysia melakar sejarahnya pada PRU-13  kali ini kerana paling ramai mereka di pecat oleh parti dan mencabar rakan satu parti menjadi calon bebas - sebanyak 91 orang.Kita tunggu sehingga keputusan pemilihan pada 5 Mei 2013,yang juga mungkin menjadi satu sejarah baru Malaysia bilangan calon terbanyak hilang wang pertaruhan.

Mereka yang menghadapi masalah ini sebenarnya orang yang dewasa dan profesional telah berakhir kedewasaannya dan menjadi budak-budak hingusan yang merajuk tidak ada tempat hendak mengadu dan bala lalu,dibawa singgah.Mereka yang 'apply' sebagai pengkhianat ini sepatutnya telah sedar keadaan di Malaysia ini pengundi atau rakyat tidak menerima mereka  yang tidak berparti dan kononnya bebas seterusnya menjadi sibuta membilang bintang di langit.

Rakya tahu perangai mereka yang macam ini tidak ada sandaran dan melahirkan keyakinan kukuh untuk memberi khidmat selepas kemenangan pilihanraya.Itulah sebabnya berdasarkan pengalaman yang lepas,rakyat atau pengundi akan menghukum mereka dengan tidak mengundinya atau sekiranya ada yang mengundi kerana simpati atau sokongan  pengikut setia buta.

Sikap rakyat Malaysia tidak peduli calon bebas sewajarnya dipuji, kerana pengundi tahu mereka yang tidak terpilih oleh parti manusia yang berprinsip,seperti ulat lupakan daun,seperti yu kia-kia,kepala yu ekor pari. Pengundi tahu,mereka yang menjadi calon bebas bukan ingin menjadi seperti sumbu pelita:menerangi orang lain dan membakar diri sebagaimana yang dicanang oleh individu berkenaan, sewaktu membuat kenyataan akhbar,sebaliknya mereka telah menjadi, seperti gunting dalam lipatan.

No comments:

Post a Comment