Isu fitnah masih berleluasa
telah timbul isu baru menipu kelulusan akedemik dengan membeli dan memiliki
sijil palsu.
Memiliki sijil palsu
tanpa belajar di institusi pendidikan melambak dalam negara ini bukan sahaja
seorang pemimipin tetapi rakyat biasa yang bercita-cita menjawat jawatan
tertinggi dalam perkhidmatan awam dan swasta. Menipu kelulusan akademik ini
telah berlaku sejak rakyat Malaysia di zaman ‘jahilliyah akademik’.
Ketika itu hanya
berlaku kepada mereka dikalangan golongan orang-orang bangsawan yang mempunyai
sumber kewangan menghantar anak-anak mereka kurang cerdik ke luar negara.
Universiti dalam negara
tidak menjadi pilihan anak bangsawan ketika itu kerana malu untuk bersaing
dengan rakyat biasa yang lebih bijak disamping bagi membezakan universiti
tempatan tidak memenuhi piawaian antarabangsa manakala universiti luar
menjuarai rangking utama dunia.
Saya yang sekolah atap
(sekolah melayu) beruntung tidak mampu dan terfikir serta tidak bercita-cita
memfitnah dan menipu kelulusan akademik kerana tidak ada peluang mencari ilmu
tipu di universiti.
Untung jadi rakyat
bodoh ini kerana dapat pahala dari orang yang menipu terutama pahala dari
pemimpin yang melakukan dua penipuan,penipuan akademik dan menipu wang rakyat
melalui sijil tipu untuk putar belit rakyat.
Ijazah tipu
sekarang diperolehi bertujuan menjawat
jawatan bagi memiliki kuasa untuk menipu rakyat.dan juga bertujuan membezakan
atau membanding kelayakan menjadi rakyat biasa dengan kelayakan menjadi seorang
pemimpin.
Zaman awal kemerdekaan
tak ada orang menipu kelulusan kerana rakyat sama-sama taraf. Sama ada penoreh,petani.pemimpin
hanya tahu matematik mengira wang, tambah,tolak dan bahagi sahaja. Rakyat yang
bekerja penoreh dan petani tak tau dan tidak kesah apa pemimpin lakukan..
Sekarang pemimpin telah
belajar matematik ,ekonomi, perakaunan membolehkan membalik-balikkan pengiraan
seperti dalam filem P.Ramlee ‘Nujum Pak Belalang’
Hari ini rakyat lebih
pandai dari pemimpin dan ada ijazah tak tipu atau ijazah palsu maka pemimpin
pun menipu ijazah.lebih tinggi dari ijazah rakyat yang di tipu oleh penipu.
Dikalangan anggota
perkhidmatan awam yang lahir dari ijazah menipu atau ijazah murah mudah diperolehi dari universiti,dan universiti
menipu rakyat dengan kuasa menaikkan gred pelajar yang kurang cerdik kepada
lebih cerdik bagi melahirkan pekerja penipu seperti ijazah tipunya.
Rasuah perompak duit
rakyat tidak pernah dengar zaman awal kemerdekaan kerana pemimpin yang lahir
dari petani yang rata-rata hanya berlatar belakangkan akademik darjah sekolah
melayu.
Mereka tidak tahu
merompak wang kerajaan,dan hasil negara tidak banyak.ketika itu.hasil negara
tidak sampai RM2.6 bilion.kalau dirompak pemimpin RM2.6 bilion tentu rakyat perasan dan
negara bangkrap.
Cukup susah mencari
seorang pemimpin yang bersih dari menipu walaupun memilih dari kalangan mereka
baru keluar sekolah.Dari universiti pula murid atau pelajar telah meraih akhlak
seorang pembuli yang tidak bertimbangrasa.
Sekolah dan universiti
ini akan mengeluarkan pemimpin yang sentiasa mengolah fikiran bagaimana hendak
menjatuhkan seorang pemimpin dan kumpulan pemimpin.dengan cara menabor fitnah serta berfikir bagaimana
hendak mencari kekayaan secara mudah melalui jawatannya.
Lihat hari ini mereka
yang bijak pandai teknologi gajet menguasai media sosial bagi memfitnah dan
bijak dalam ekonomi serta berkuasa menguasai penyelewengan.
No comments:
Post a Comment