Hari ini ada sebilangan rakyat negara ini yang telah dewasa dan berakal serta menerima pelbagai teknologi, tetapi memaparkan sikap tidak siuman dan tidak beradab, terhadap sesuatu masalah yang di hadapi.
Masalah itu bukan merupakan masalah peribadi yang perlu penyelesaian melalui ringgit
atau beban kesakitan fizikal tetapi hanya perkara berkaitan kepuasan
politik .Kepuasan politik yang melahirkan samseng segera serta mencabar
budaya lemah lembut seorang manusia .Untuk melayan kepuasan politik telah melahirkan
manusia bersikap ‘membabi buta’.
Ahli-ahli parti
politik PKR telah mengembalikan semula budaya tidak bertemadun suatu ketika
dahulu dengan amokan,menendang diding,memecahkan tingkap bangunan dan pukul
memukul menjerit-jerit sesama sendiri
dan membaling kerusi dek kerana tidak berpuashati proses pemilihan pemimpin
parti.
Pemilihan parti politik untuk mentadbir negara pun belum
pernah berlaku kekecohan seperti pemilihan pemimpin peringkat pusat dan cabang
PKR.
Kita tahu yang menggilakan perangai ahli-ahli PKR ialah bagi
mencari seorang Timbalan Pesiden ketua cabang, yang masing-masing mempunyai
ejen kempen berebut-berebut mempengaruhi ahli dengan provokasi yang menghasilkan keganasan
Yang kita tidak faham kenapa ahli-ahli PKR sanggup
memperjudikan sikap kemanusia kerana mencari pemimpin yang tidak boleh mengubah
dasar negara secara perseorangan yang menguasai hanya satu parti politik.
Sejarah negara ini telah terbukti bahawa sebuah parti politik
tidak boleh membentuk atau mentadbir negara melainkan memerlukan kerjasama
dua,tiga atau lebih parti politik lain bagi mendirikan kerajaan.
Timbalan presiden ,atau presiden satu parti politik tidak
usah berangan menterjemahkan apa yang ada dalam kepalanya untuk membena atau
mengubah dasar negara ini.
Keadaan ini sepatutnya ahli PKR lebih-lebih lagi calon
presiden,timbalan presiden, naib presiden ketua cabang tidak patut hadir ditempat undi pemilihan. Kehadiran
mereka bagi meraih undi tidak akan mendatangkan faedah malahan melahirkan
kemarahan,kebencian yang tidak terkawal kerana ransangan provokasi calon semasa
kempen.
Ahli-ahli politik PKR dan pemimpinnya perlu kembalikan semula demokrasi memilih
pemimpin secara aman dan bertemadun. Keyakinan rakyat terhadap parti politik bukan melihatkan ahli parti dengan pengaruh syaitan
Sistem pilihanraya kebangsaan secara manual di negara ini hendaklah di ambil sebagai
contoh sekiranya hendak memelihara hak semua ahli untuk memilih pemimpin. Tidak
guna menggunakan teknologi terbaru selagi ahli PKR tidak mempunyai dan menilai
kesabaran menghadapi kerenah digital .
Kita perlu merenung kembali matlamat memilih pemimpin parti
politik dengan sikap berebut-rebut jawatan calon pemimpin. Apakah ahli yang memilih
seseorang pemimpin berniat mendapat
habuan individu sehingga sanggup mencederakan dan merosakkan harta awam.Bagitu
juga calon pemimpin berniat memperolehi jawatan yang mengaut keuntungan duniawi
setelah terpilih.
Kewarasan individu ahli parti politik perlu diserap melalui pelbagai
penerangan atau kursus terutama mereka yang akan mengundi mencari pemimpin yang
berkepentingan politik negara. Bukan calang-calang orang seperti beberapa orang
pemimpin poltik kerajaan yang lalu,mengaut keuntung diri bila berkuasa.
Kita tidak mahu melihat pemimpin politik hari ini terlalu
kaya berbanding rakyat yang pendapatan bulanannya tidak 10% daripada apa yang
wakil rakyatnya kaut setiap bulan.
Oleh yang demikian pemilihan peringkat pusat dan cabang PKR
jangan di beri undi kepada mereka yang cuba mencari peluang mengaut kekayaan
negeri dan negara.Perlu di beri ruang kepada mereka yang masih kekampungan yang
tahu apa rakyat ada. Peluang orang baru hendaklah diambil kira.
Semua manusia boleh memimpin sekiranya di beri peluang .Sikap
bertanggungjawab akan lahir setelah dilantik, asalkan ikhlas dan sukarela
menawarkan diri. Seandainya ada calon
pemimpin PKR yang sukarela dan berkobar-kobar menawarkan diri, tetapi akhlak
berkempen memalukan,seperti apa yang berlaku hari ini, perlu ditolak oleh
pemilih,dan pemilih janganlah 2x5
seperti calon.
No comments:
Post a Comment