Friday, February 15, 2019

Menipu Akademik dan Menipu rakyat







Isu fitnah masih berleluasa telah timbul isu baru menipu kelulusan akedemik dengan membeli dan memiliki sijil palsu.

Memiliki sijil palsu tanpa belajar di institusi pendidikan melambak dalam negara ini bukan sahaja seorang pemimipin tetapi rakyat biasa yang bercita-cita menjawat jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam dan swasta. Menipu kelulusan akademik ini telah berlaku sejak rakyat Malaysia di zaman ‘jahilliyah akademik’.

Ketika itu hanya berlaku kepada mereka dikalangan golongan orang-orang bangsawan yang mempunyai sumber kewangan menghantar anak-anak mereka kurang cerdik ke luar negara.

Universiti dalam negara tidak menjadi pilihan anak bangsawan ketika itu kerana malu untuk bersaing dengan rakyat biasa yang lebih bijak disamping bagi membezakan universiti tempatan tidak memenuhi piawaian antarabangsa manakala universiti luar menjuarai rangking utama dunia.

Saya yang sekolah atap (sekolah melayu) beruntung tidak mampu dan terfikir serta tidak bercita-cita memfitnah dan menipu kelulusan akademik kerana tidak ada peluang mencari ilmu tipu di universiti.
Untung jadi rakyat bodoh ini kerana dapat pahala dari orang yang menipu terutama pahala dari pemimpin yang melakukan dua penipuan,penipuan akademik dan menipu wang rakyat melalui sijil tipu untuk putar belit rakyat.

Ijazah tipu sekarang  diperolehi bertujuan menjawat jawatan bagi memiliki kuasa untuk menipu rakyat.dan juga bertujuan membezakan atau  membanding kelayakan menjadi  rakyat biasa dengan kelayakan menjadi seorang pemimpin.

Zaman awal kemerdekaan tak ada orang menipu kelulusan kerana rakyat sama-sama taraf. Sama ada penoreh,petani.pemimpin hanya tahu matematik mengira wang, tambah,tolak dan bahagi sahaja. Rakyat yang bekerja penoreh dan petani tak tau dan tidak kesah apa pemimpin lakukan..

Sekarang pemimpin telah belajar matematik ,ekonomi, perakaunan membolehkan membalik-balikkan pengiraan seperti dalam filem P.Ramlee ‘Nujum Pak Belalang’
 
Hari ini rakyat lebih pandai dari pemimpin dan ada ijazah tak tipu atau ijazah palsu maka pemimpin pun menipu ijazah.lebih tinggi dari ijazah rakyat yang di tipu oleh penipu.

Dikalangan anggota perkhidmatan awam yang lahir dari ijazah menipu atau ijazah murah  mudah diperolehi dari universiti,dan universiti menipu rakyat dengan kuasa menaikkan gred pelajar yang kurang cerdik kepada lebih cerdik bagi melahirkan pekerja penipu seperti ijazah tipunya.

Rasuah perompak duit rakyat tidak pernah dengar zaman awal kemerdekaan kerana pemimpin yang lahir dari petani yang rata-rata hanya berlatar belakangkan akademik darjah sekolah melayu. 

Mereka tidak tahu merompak wang kerajaan,dan hasil negara tidak banyak.ketika itu.hasil negara tidak sampai RM2.6 bilion.kalau dirompak  pemimpin RM2.6 bilion tentu rakyat perasan dan negara bangkrap.

Cukup susah mencari seorang pemimpin yang bersih dari menipu walaupun memilih dari kalangan mereka baru keluar sekolah.Dari universiti pula murid atau pelajar telah meraih akhlak seorang pembuli yang tidak bertimbangrasa.

Sekolah dan universiti ini akan mengeluarkan pemimpin yang sentiasa mengolah fikiran bagaimana hendak menjatuhkan seorang pemimpin dan kumpulan pemimpin.dengan cara  menabor fitnah serta berfikir bagaimana hendak mencari kekayaan secara mudah melalui jawatannya.

Lihat hari ini mereka yang bijak pandai teknologi gajet  menguasai media sosial bagi memfitnah dan bijak dalam ekonomi serta berkuasa menguasai penyelewengan.

No comments:

Post a Comment