Thursday, August 8, 2019

Jangan biarkan perompak berwajah suci dari Putrajaya senyum berterusan



Ini patut hukuman mereka yang rasuah, pengubahan wang haram,pecah amanah
Tarikh 08,Ogos 2019 aku nak mula menulis semula.Mengolah pendapat aku yang tidak pernah melibatkan diri serta bergaul dengan orang politik tetapi bukan bererti tidak mengikuti perkembangan politik serta berfikir dengan waras apa yang tercatat dalam media berkaitan politik.

Pengetahuan telah bertambah yang dulu samar-samar kini jelas nyata .Manusia yang menganut parti politik di Malaysia ini hanya berfikir bagaimana hendak mengisi perut sendiri dan menambah harta,memiliki kuasa, serta mengejar kemewahan.

Dulu kita tidak tahu kalau pun tahu tidak ditentusah oleh sesiapa .Mereka yang sekarang ini  sedang menunggu penjara sebelum ini melaungkan apa yang benar kesalahan dilakukannya adalah fitnah.

Menyebut fitnah,fitnah dan fitnah berulang kali sebelum pilihanraya dan selepas pilihanraya merupakan satu lagu popular bagi  meyakinkan sang si bodoh taksub .Mereka yang tahu ketua gengnya korap,perompak dan tidak amanah hanya membiarkan pekerja syaitan itu bermaharajalela kerana masing-masing diberi honorium menutup mulut.

Kita lihat di parlimen dan di jalanan mereka yang dulu kenyang sentiasa meroyan dan masih teguh menyokong ketua syaitan Putrajaya itu.

Di negara ini telah ditambah satu parti politik yang dulunya  halatuju serta semangat yang hebat didengar menggunakan bahasa dan pidato yang hebat-hebat ,kini telah beralih ke arah parti politik yang tidak berakhlak,dari pergaduhan pemilihan kepada penyebaran  vedio tidak bermoral serta pengakuan individu bermegah dengan perkara tidak senonoh serta melambai-lambai tangan di depan kamera. budaya baru orang melayu yang menjijikkan  mengaku islam.

Di kampung ada pak lebai hanya kerjanya mengajar ilmu-ilmu agama dan mengetuai bacaan tahlil ,mengajar Al-Quran  berterusan meyakinkan orang kampung .Tidak pernah di pertikaikan ilmunya walaupun tidak menjejakkan kaki di Al Azhar  atau memiliki  Mr,Dr, dari universiti.

Hari  ini ramai pak lebai yang ilmu islamnya dari Mesir tetapi berhimpun dalam satu kandang politik yang kerjanya mengeluarkan fatwa apa yang dilakukan dulu oleh pak lebai kampung salah,haram dan berdosa,sekarang ini halal,harus dan tidak berdosa.

Orang yang tidak satu akidah politik dengan pak lebai di sediakan cop mohor sebagai kafir dan segala perbuatan orang yang tidak satu akidah politik  pak lebai itu haram hasil di makan,di minum,di sembahyangkan .

Apa yang keluar dari mulut ketua segala ketua pak lebai hari ini semua betul dan perlu angguk.Alasan pak lebai kampung  dulu tak mengkaji hadis,tidak tahu bahasa Al Quran hanya penunggu pondok-pondok kecil yang juga gurunya hanya tahu mengajar,solat,zakat,rukun islam dan rukun iman.

Apa yang ketua segala  pak lebai kata” bohong di benarkan bagi  tujuan melepaskan tengkok”. Pak lebai kampung selalu menjerit dan menyumpah-nyumpah kiranya anak muridnya pembohong walaupun akibatnya menyakitkan.

Kita semua mungkin memikirkan dunia hendak kiamat  tetapi pak lebai dalam kandang politik jenis ini telah lupa kematian akan menjemput sehingga sanggup bersekongkol  dan menyanjung mereka yang tidak amanah,perasuah atau perompak bertali leher yang merancang merompak wang rakyat dari Putrajaya.

Kita tidak perlukan ayat “ belum terbukti bersalah selagi mahkamah tidak putuskan” kerana perkara yang berlaku kepada Najib Razak,Zahid Hamidi, Isa Samad,Aziz Rahim, Musa Aman,Rosmah Mansor,Irwan Serigar Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Datuk Hasanah Abdul Hamid dan ramai lagi yang mereka semua telah dan sudah merompak wang rakyat sebelum pilihanraya ke 14 yang tidak dapat di ambil tindakan ketika  itu kerana mereka berkuasa serta boleh buat apa sahaja.

Sepanjang lima tahun ini segera di sumbatkan mereka yang menghiasi halaman SPRM ke dalam penjara-penjara di Malaysia .Tidak adil pehak berkuasa hanya mempenjarakan perompak-perompak bank,peragut-peragut di jalanan sedangkan sekumpulan perompak berwajah suci di Putrajaya di biarkan senyum bebas.

No comments:

Post a Comment