Ada manusia semakin lanjut usianya semakin cerdik dan tidak
jumud fikiran dalam semua bidang dan ada juga manusia tidak berubah dan sengaja
tidak mahu berubah.
Mengambil pendekatan agama 1970an sedangkan kini telah 2015.
Mereka yang beragama islam bertambah baik ilmu agamanya dan bertambah cerdik
dia berkaitan syariat islam.
Anak Tun Dr Ismail, Tawfik tidak menerima hakikat perkembangan
islam di nusantara.Masih berfikiran seagama dengan nenek moyangnya,yang ketika
itu menerima islam mungkin tidak ilmiah hanya ikut-ikutan atau mengikut kata
hati dan logik akal.
Itulah sebabnya Nabi suruh menuntut dan menambah ilmu setiap
hari. Hadir dalam majlis ilmu adalah mereka yang berada dalam taman-taman
syurga. Jarak diantara 1973 dengan 2015 lebih 59 tahun dan sudah tentu
sepanjang tempoh yang panjang itu telah ramai yang mempelajari ilmu agama islam
ke pelusuk dunia dan mengembangkannya ilmu tersebut kepada rakyat Malaysia. Pasti
banyak perubahan seiring dengan ilmu terhadap umat islam melayu di Malaysia.
Kekurangan pada akhlak dan tatacara hidup sebagai islamik
tentu mengalami perubahan.Perubahan tersebut perlu diterjemahkan melalui
kehidupan seharian.
Zaman 70an jarang kita melihat wanita menutup aurat dengan
bertudung ,termasuk ibu-ibu kita,isteri-isteri pembesar.Memakai tudung satu
kejanggalan bagi seorang wanita.Hari ini menutup aurat satu kemestian atau
kewajiban bagi semua muslim.
Bagitu juga
menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan di rumah berkemungkinan Tun
Dr.Ismail dan Tawfik ketika itu hanya mengetahui kebaikan dan kehebatan anjing
tetapi kurang arif atau tidak menerima nasihat dari mereka yang lebih mendalam
ilmu islam yang ada hubungkait dengan anjing.
JAKIM bukan hendak mengawal hidup secara islam Tawfik atau
individu lain di negara ini tetapi bertanggungjawab sebagai penasihat yang
berilmu islam untuk rakyat.
Tawfik boleh sahaja hendak memelihara anjing sebanyak
kambing di ladang dan Jakim tidak masuk campur kiranya Tawfik hendak hidup
secara islam 1973 serta gunapakai konsep islam hak individu.
Dunia islam menerima hakikat bahawa syariat islam berasal
dari timur tengah,yang sudah pasti bahasa arab dan cempias budayanya terkena
kepada rakyat Malaysia yang menuntut di sana dan di bawa ke sini.
Sunah Nabi sebagai contohnya merupakan budaya arab.Tidak
semestinya bertujuan mengarabkan melayu.
Membela kucing atau kucing binatang kesayangan.Tidak terdapat pula hadis yang
Nabi Muhamad SAW memelihara anjing dan mencium dan memeluk anjing di rumah.
Saya percaya ketika zaman Tun Dr Ismail hidup rakyat
Malaysia ketika itu masih kekurangan mereka yang pakar berkaitan islam. Rakyat
masih menggunakan ilmu-ilmu agama berdasarkan ilmu saudagar atau
peniaga-peniaga islam yang berada di Malaysia.
Tawfik tidak seharusnya menyalahkan kerajaan dan Jakim
seandainya dia tetap mahu mengamalkan atau mengekalkan cara hidup dan kebebasan
cara islam tahun 1973 ketika Tun Dr.Ismail.
Syor Jakim ditutup merupakan cadangan yang keterlaluan
kerana badan agama tersebut berfungsi mengawal
adanya usaha mejadikan islam sebagai islam cacamarba.
Kita tahu apa yang tawfik mahukan islam di negara ini ialah
islam pada jenama yang membolehkan
penganutnya mengatur hidup boleh berjudi,meminum minuman keras dan lain
perangai yang tidak mencerminkan seorang muslim.Ibadat atau cara hidup islamik
adalah hak individu tidak memerlukan kawalan kerajaan.
Jangan sesekali perangai Tawfik ini menjadi sumber inspirasi
kerajaan hendak mengubah susur galur keislaman yang ada. Kehancuran negara islam
Bosnia salah satu sebabnya adalah rakyat dan negaranya berjenama islam tetapi
perangai seperti masyarakat jahilliah.
No comments:
Post a Comment