Ketika ini Malaysia dihidangkan perangai
rakyatnya berkaitan perkara-perkara yang saya rasa kurang ada di negara-negara
lain. Hendak membuktikan sesuatu perkara
itu fitnah, dan cuba memesongkan fikiran orang ramai adalah dengan membuat laporan polis atau tindakan saman.
Terbaru, satu perkara lama di gunakan kembali dan
mungkin bertujuan hendak dijadikan budaya dalam negara ini ialah melakukan
acara bersumpah demi menunjukkan perkara
itu benar atau sebaliknya.
PAS (Parti Angkat Sumpah) melalui presidennya
telah di tuduh merancang untuk bekerjasama dengan UMNO menubuhkan kerajaan
perpaduan di Selangor. Husam seorang ahli PAS telah menuduh presidennya
bertindak demikian.
Apa yang disyaratkan oleh presidennya supaya Husam
mengadakan sumpah cerai isteri kiranya apa yang dituduh itu adalah benar atau
satu pembohongan.Setakat ini masih belum ada kesahihan perkara yang dituduh
Husam itu, kerana tidak berlaku mengangkat tangan dan berikrar.
Satu perkara lagi ialah tuduhan yang ditujukan terhadap menteri agama dan Yapeim menggunakan dana derma orang ramai melalui potongan gaji, berbelanja mengikut suka hati.Berbelanja beratus ribu ringgit yang membakar hati dermawan untuk terus menderma..Duit yang banyak digunakan untuk naluri ria mereka yang berkuasa .Menteri agama ketika ini terus menggunakan saman.
Satu perkara lagi ialah tuduhan yang ditujukan terhadap menteri agama dan Yapeim menggunakan dana derma orang ramai melalui potongan gaji, berbelanja mengikut suka hati.Berbelanja beratus ribu ringgit yang membakar hati dermawan untuk terus menderma..Duit yang banyak digunakan untuk naluri ria mereka yang berkuasa .Menteri agama ketika ini terus menggunakan saman.
Itulah senjata umat melayu Malaysia hari ini,
sebagai pelindung diri lebih-lebih lagi perkara yang berlaku yang hanya
disaksikan oleh sebilang orang untuk dikategorikan betul atau fitnah.
Kategori tuduhan fitnah sekiranya ada saksi
hipokrit dan berkepentingan menyokong bagi pehak individu yang dituduh. Saman
fitnah akan dikenakan kepada individu yang menuduh maka terlindunglah sementara
si penuduh.. Lebih lagi adanya anggapan perbuatan presiden atau ketua adalah betul.
Bagitu juga budaya saman fitnah dan laporan polis
telah menjadikan senjata sebilangan orang politik dan juga mereka yang kaya, merupakan peluru
untuk membunuh atau menyepikan mulut besar orang yang banyak objection.
Mereka yang sering kecut perut dan seram sejuk,
mendengar saman,polis dan mahkamah akan mengangkat bendera putih serta tidak
dapat meneruskan suara menyata kebenaran. Keadaan ini telah di eksploitasi oleh mereka
yang sering melindungi diri melalui saman fitnah.
Orang politik akan sentiasa berlindung melalui
perkataan “ fitnah”dan bergantung nasib melalui mahkamah,terutama apa yang
dituduh tidak dapat dibuktikan walhal apa yang disebut dalam mahkamah atau
melalui media adalah benar berlaku.
Pengamal politik menjadikan senjata “semua media sosial banyak membawakan
maklumat fitnah dan jangan di percayai”,dan sekiranya mereka mempunyai
kuasa maka menggunakan kuasa melenyapkan kebebasan maklumat.
Rakyat tahu mereka yang berpolitik sentiasa
kenyang dan keadaan hidupnya tidak menafikan dia seorang tokoh demokrat tetapi
dia sentiasa berpeluang sepuluh“kau satu ,aku sembilan.
No comments:
Post a Comment