Friday, November 20, 2015

......dah biasa yang mana fitnah dan yang mana benar





Ketika ini Malaysia dihidangkan perangai rakyatnya berkaitan perkara-perkara yang saya rasa kurang ada di negara-negara lain. Hendak  membuktikan sesuatu perkara itu fitnah, dan cuba memesongkan fikiran orang ramai adalah  dengan  membuat laporan polis atau tindakan saman.

Terbaru, satu perkara lama di gunakan kembali dan mungkin bertujuan hendak dijadikan budaya dalam negara ini ialah melakukan acara bersumpah demi  menunjukkan perkara itu benar atau sebaliknya.

PAS (Parti Angkat Sumpah) melalui presidennya telah di tuduh merancang untuk bekerjasama dengan UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor. Husam seorang ahli PAS telah menuduh presidennya bertindak demikian.

Apa yang disyaratkan oleh presidennya supaya Husam mengadakan sumpah cerai isteri kiranya apa yang dituduh itu adalah benar atau satu pembohongan.Setakat ini masih belum ada kesahihan perkara yang dituduh Husam itu, kerana tidak berlaku mengangkat tangan dan berikrar.

Satu perkara lagi ialah tuduhan yang ditujukan  terhadap menteri agama dan Yapeim menggunakan dana derma orang ramai melalui potongan gaji, berbelanja mengikut suka hati.Berbelanja beratus ribu ringgit yang membakar hati dermawan untuk terus menderma..Duit yang banyak digunakan untuk naluri ria mereka yang berkuasa .Menteri agama ketika ini terus menggunakan saman.

Itulah senjata umat melayu Malaysia hari ini, sebagai pelindung diri lebih-lebih lagi perkara yang berlaku yang hanya disaksikan oleh sebilang orang untuk dikategorikan betul atau fitnah.

Kategori tuduhan fitnah sekiranya ada saksi hipokrit dan berkepentingan menyokong bagi pehak individu yang dituduh. Saman fitnah akan dikenakan kepada individu yang menuduh maka terlindunglah sementara  si penuduh.. Lebih lagi adanya anggapan  perbuatan presiden atau ketua adalah betul.

Bagitu juga budaya saman fitnah dan laporan polis telah menjadikan senjata sebilangan orang politik  dan juga mereka yang kaya, merupakan peluru untuk membunuh atau menyepikan mulut besar orang yang banyak objection.

Mereka yang sering kecut perut dan seram sejuk, mendengar saman,polis dan mahkamah akan mengangkat bendera putih serta tidak dapat meneruskan suara menyata kebenaran.  Keadaan ini telah di eksploitasi oleh mereka yang sering melindungi diri melalui saman fitnah.

Orang politik akan sentiasa berlindung melalui perkataan “ fitnah”dan bergantung nasib melalui mahkamah,terutama apa yang dituduh tidak dapat dibuktikan walhal apa yang disebut dalam mahkamah atau melalui media adalah benar berlaku.

Pengamal politik menjadikan senjata “semua media sosial banyak membawakan maklumat fitnah dan jangan di percayai”,dan sekiranya mereka mempunyai kuasa maka menggunakan kuasa melenyapkan kebebasan maklumat.

Rakyat tahu mereka yang berpolitik sentiasa kenyang dan keadaan hidupnya tidak menafikan dia seorang tokoh demokrat tetapi dia sentiasa berpeluang  sepuluh“kau satu ,aku sembilan.

No comments:

Post a Comment