Thursday, November 12, 2015

hendak memelihara anjing suruh tutup JAKIM





Ada manusia semakin lanjut usianya semakin cerdik dan tidak jumud fikiran dalam semua bidang dan ada juga manusia tidak berubah dan sengaja tidak mahu berubah.

Mengambil pendekatan agama 1970an sedangkan kini telah 2015. Mereka yang beragama islam bertambah baik ilmu agamanya dan bertambah cerdik dia berkaitan syariat islam. 

Anak Tun Dr Ismail, Tawfik tidak menerima hakikat perkembangan islam di nusantara.Masih berfikiran seagama dengan nenek moyangnya,yang ketika itu menerima islam mungkin tidak ilmiah hanya ikut-ikutan atau mengikut kata hati dan logik akal.

Itulah sebabnya Nabi suruh menuntut dan menambah ilmu setiap hari. Hadir dalam majlis ilmu adalah mereka yang berada dalam taman-taman syurga. Jarak diantara 1973 dengan 2015 lebih 59 tahun dan sudah tentu sepanjang tempoh yang panjang itu telah ramai yang mempelajari ilmu agama islam ke pelusuk dunia dan mengembangkannya ilmu tersebut kepada rakyat Malaysia. Pasti banyak perubahan seiring dengan ilmu terhadap umat islam melayu di Malaysia.

Kekurangan pada akhlak dan tatacara hidup sebagai islamik tentu mengalami perubahan.Perubahan tersebut perlu diterjemahkan melalui kehidupan seharian.

Zaman 70an jarang kita melihat wanita menutup aurat dengan bertudung ,termasuk ibu-ibu kita,isteri-isteri pembesar.Memakai tudung satu kejanggalan bagi seorang wanita.Hari ini menutup aurat satu kemestian atau kewajiban bagi semua muslim.

Bagitu  juga menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan di rumah berkemungkinan Tun Dr.Ismail dan Tawfik ketika itu hanya mengetahui kebaikan dan kehebatan anjing tetapi kurang arif atau tidak menerima nasihat dari mereka yang lebih mendalam ilmu islam yang ada hubungkait dengan anjing.

JAKIM bukan hendak mengawal hidup secara islam Tawfik atau individu lain di negara ini tetapi bertanggungjawab sebagai penasihat yang berilmu islam untuk rakyat. 

Tawfik boleh sahaja hendak memelihara anjing sebanyak kambing di ladang dan Jakim tidak masuk campur kiranya Tawfik hendak hidup secara islam 1973 serta gunapakai konsep islam hak individu.

Dunia islam menerima hakikat bahawa syariat islam berasal dari timur tengah,yang sudah pasti bahasa arab dan cempias budayanya terkena kepada rakyat Malaysia yang menuntut di sana dan di bawa ke sini.

Sunah Nabi sebagai contohnya merupakan budaya arab.Tidak semestinya bertujuan  mengarabkan melayu. Membela kucing atau kucing binatang kesayangan.Tidak terdapat pula hadis yang Nabi Muhamad SAW memelihara anjing dan mencium dan memeluk  anjing di rumah.

Saya percaya ketika zaman Tun Dr Ismail hidup rakyat Malaysia ketika itu masih kekurangan mereka yang pakar berkaitan islam. Rakyat masih menggunakan ilmu-ilmu agama berdasarkan ilmu saudagar atau peniaga-peniaga  islam yang berada di Malaysia.

Tawfik tidak seharusnya menyalahkan kerajaan dan Jakim seandainya dia tetap mahu mengamalkan atau mengekalkan cara hidup dan kebebasan cara islam tahun 1973 ketika Tun Dr.Ismail. 

Syor Jakim ditutup merupakan cadangan yang keterlaluan kerana badan agama tersebut berfungsi mengawal  adanya usaha mejadikan islam sebagai islam cacamarba.

Kita tahu apa yang tawfik mahukan islam di negara ini ialah islam pada jenama  yang membolehkan penganutnya mengatur hidup boleh berjudi,meminum minuman keras dan lain perangai yang tidak mencerminkan seorang muslim.Ibadat atau cara hidup islamik adalah hak individu tidak memerlukan kawalan kerajaan.

Jangan sesekali perangai Tawfik ini menjadi sumber inspirasi kerajaan hendak mengubah susur galur keislaman yang ada. Kehancuran negara islam Bosnia salah satu sebabnya adalah rakyat dan negaranya berjenama islam tetapi perangai seperti masyarakat jahilliah.  

No comments:

Post a Comment