Terkejut
tiba-tiba ada RM342,044 dalam akaun bank
27
November 2015
Gambar Hiasan |
RIYADH
- ARAB SAUDI. Seorang lelaki terkejut selepas mendapati wang sebanyak SR303,000
(RM342, 044) dimasukkan ke dalam akuan peribadi miliknya.
Enggan
menggunakan wang berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak bank
untuk mengetahui individu yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.
Menurutnya,
dia diberitahu oleh pihak bank berkenaan, tiada sebarang kesilapan terhadap
transaksi berkenaan.
Walau
bagaimanapun, dia yang masih tidak berpuas hati bertemu dengan pengurus bank
tersebut yang terletak di pelabuhan timur Damman untuk mengenalpasti individu
yang memasukkan wang berkenaan.
"Selepas
diteliti, pihak bank mendapati, kakitangan bank berkenaan telah melakukan
kesilapan mendepositkan wang tersebut ke akaunnya yang sepatutnya dimasukkan ke
pemilik akaun yang lain," katanya dipetik Emirates 24/7.
No comments:
Post a Comment