Thursday, October 22, 2015

10 orang terkaya Malaysia syarikatnya tidak menyimpan kakitangan mencipta hutang.



 

Bunyi  ucapan Najib seolah-olah ada orang lain yang mengemudi  1MDB selain dia sendiri yang bertanggungjawab. Terutama berkaitan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bersalah kiranya siasatan ada berlakunya salah guna kuasa.( "Jika ada salah laku, saya boleh memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," kata Najib dalam ucapan semasa Forum Transformasi Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.)

Kita semua faham kenapa dia berani bercakap demikian kerana semua mereka yang terlibat menentusahkan masalah, untuk di libatkan kes, telah dibuang jauh dari terus meneropong dan mengumpul kesalahan untuk di dakwa.

1MDB telah dan akan dibersihkan oleh audit negara,peguam negara, jawatankuasa kira-kira wang negara,SPRM negara dan Bank Negara. Rakyat tidak perlu menunggu climax cerita 1MDB yang heronya akan berjaya mengakhiri cerita dengan kegembiraan.

Plot cerita 1MDB telah disusun oleh seorang manusia yang dia sebagai pengarah, pelakon utama dan menjadi perancang untuk di tayang kepada  umum. Pelakon-pelakon pembantu yang lain hanya menjadi supporting artis agar drama 1MDB tidak nampak pincang untuk menerima hukuman pengkritik.

Hingga hari ini kita telah mendengar bahawa syarikat ini telah dibebani hutang yang nyata melakukan satu kesalahan kepada mereka yang menarajuinya kerana tidak berjaya mencipta keuntungan syarikat. Sepatutnya mereka yang membawa syarikat kepada masalah, berhenti dari terus   menerajui syarikat atau menarik diri secara sukarela  kerana rasa bersalah sebagai bertanggungjawab mengakibatkan syarikat kerugian melalui hutang.

Apa yang berlaku hari ini mereka yang menjadi masalah telah dibiarkan dan diberi masa bebulan-bulan untuk berfikir dan bekerja mencari jalan menyelesaikan hutang. Tidak mungkin ada sikap tolenrasi bussines seperti ini bagi mereka yang mengendalikan syarikat luar kerajaan.

Tanya 10 orang ahli perniagaan terkaya dalam Malaysia ini, masih boleh atau tidak terus menyimpan orang seperti pengendali 1MDB. Kiranya dibiarkan mereka berada dalam syarikat yang pasti keruntuhan perniagaan .Oleh kerana 1MDB syarikat kerajaan yang dikendalikan oleh orang kerajaan maka ke arah muflis mungkin lambat sedikit.

Sehingga ini Najib yang bertanggungjawab keatas syarikat ini terus menyuruh rakyat  melupakan atau melibat diri  atau jangan mengambil tahu berkaitan masalah 1MDB, kerana menurutnya segala urusan kewangan syarikat tidak melibatkan se sen duit rakyat dan serahkan bulat-bulat kebijaksanaan pengendali nya dan beri tempoh sehingga hujung tahun untuk menyelesaikan masalah.Mungkin modal asal syarikat pelaburan negara ini menggunakan modal penderma lain  selain penderma US750 juta .

Cukup pandai Najib menyusun ayat-ayat dan program yang melindungi hipokrit ,agar tidak terbongkar terbentang  ke pengetahuan awam.Tuma kepala  tersorok ekor kelihatan.Biar dirinya nampak bersih sebagai  eksekutif negara walaupun di timpa masalah terbaru derma RM2.6 bilion ke akaunnya yang  penuh tandatanya kenapa bagitu dermawan manusia ini.

Keadaan tidak menyenangkan bertubi-tubi menimpa Najib dari kes komisyen pembelian kapal selam,pembunuhan altantuya,1MDB,dan derma RM 2.6 bilion yang walaupun tidak dapat di buktikan di dunia ini namun ada pehak yang mengaitkannya.Tidak ada sebab masakan pokok bergoyang. 

Susur galur semua kes tersebut , sekurang-kurangnya mereka yang dibicarakan dan dihukum ada bau-bau bacang tanggungjawab didunia ini dengan Najib, tetapi apakan daya mungkin kebijaksanaan lempar batu sembunyi tangan, berlaku dalam kes ini, maka terjah undang-undang sarang labah-labah berlaku “yang godang terlopeh yang kocik tersangkut”.

Muka selamba Najib dengan mengeksploitasi bahawa media sosial yang sering menyebar fitnah,maka apa yang berlaku terhadapnya adalah tidak benar.Mereka yang celik otak dan mampu merungkai yang mana berita atau maklumat yang benar atau fitnah,sudah tentu menuding  jari kepada Najib bahawa dia seorang yang tidak jujur berkhidmat untuk negara. 

Manakala dua golongan melayu iaitu yang pertama menyokong Najib demi kepentingan diri atau lebih tepat, buat baik ada makna.Yang kedua golongan yang setia membabi buta yang tidak perlu tahu apa yang Najib lakukan asalkan dia mudah cari makan.

Kedua-dua golongan ini sama berfungsi  yang akan menghancurkan parti pemerintah,kerajaan dan  ke arah negara muflis atau bangkrapsi sebagaimana yang berlaku terhadap negara Greece. Ketika itulah rakyat negara ini akan berkumpul depan bank negara menunjuk perasaan.

Marilah kita bersama berdoa agar Najib terbuka hati tidak menjadi degil dan syok sendiri yang kita percaya sikapnya ini lebih banyak keburukan dari kebaikan, akan berlaku terhadap negara yang masalah tidak ada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment