Bunyi ucapan Najib seolah-olah ada orang lain yang
mengemudi 1MDB selain dia sendiri yang
bertanggungjawab. Terutama berkaitan tindakan yang akan diambil terhadap mereka
yang bersalah kiranya siasatan ada berlakunya salah guna kuasa.( "Jika
ada salah laku, saya boleh memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil
terhadap mereka yang bertanggungjawab," kata Najib dalam ucapan semasa
Forum Transformasi Global di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.)
Kita semua faham kenapa dia berani bercakap demikian kerana
semua mereka yang terlibat menentusahkan masalah, untuk di libatkan kes, telah
dibuang jauh dari terus meneropong dan mengumpul kesalahan untuk di dakwa.
1MDB telah dan akan dibersihkan oleh audit negara,peguam
negara, jawatankuasa kira-kira wang negara,SPRM negara dan Bank
Negara. Rakyat tidak perlu menunggu climax cerita 1MDB yang heronya akan
berjaya mengakhiri cerita dengan kegembiraan.
Plot cerita 1MDB telah
disusun oleh seorang manusia yang dia sebagai pengarah, pelakon utama dan
menjadi perancang untuk di tayang kepada
umum. Pelakon-pelakon pembantu yang lain hanya menjadi supporting artis
agar drama 1MDB tidak nampak pincang untuk menerima hukuman pengkritik.
Hingga hari ini kita telah
mendengar bahawa syarikat ini telah dibebani hutang yang nyata melakukan
satu kesalahan kepada mereka yang menarajuinya kerana tidak berjaya mencipta keuntungan syarikat. Sepatutnya mereka yang membawa
syarikat kepada masalah, berhenti dari terus
menerajui syarikat atau menarik diri secara sukarela kerana rasa bersalah sebagai bertanggungjawab mengakibatkan syarikat kerugian melalui hutang.
Apa yang berlaku hari ini
mereka yang menjadi masalah telah dibiarkan dan diberi masa bebulan-bulan untuk
berfikir dan bekerja mencari jalan menyelesaikan hutang. Tidak mungkin ada
sikap tolenrasi bussines seperti ini bagi mereka yang mengendalikan syarikat
luar kerajaan.
Tanya 10 orang ahli
perniagaan terkaya dalam Malaysia ini, masih boleh atau tidak terus menyimpan
orang seperti pengendali 1MDB. Kiranya dibiarkan mereka berada dalam syarikat
yang pasti keruntuhan perniagaan .Oleh kerana 1MDB syarikat kerajaan yang
dikendalikan oleh orang kerajaan maka ke arah muflis mungkin lambat sedikit.
Sehingga ini Najib yang
bertanggungjawab keatas syarikat ini terus menyuruh rakyat melupakan atau melibat diri atau jangan mengambil tahu berkaitan masalah 1MDB, kerana menurutnya segala urusan
kewangan syarikat tidak melibatkan se sen duit rakyat dan serahkan bulat-bulat
kebijaksanaan pengendali nya dan beri tempoh sehingga hujung tahun untuk
menyelesaikan masalah.Mungkin modal asal syarikat pelaburan negara ini menggunakan modal penderma lain selain penderma US750 juta .
Cukup pandai Najib menyusun ayat-ayat dan program yang
melindungi hipokrit ,agar tidak terbongkar terbentang ke pengetahuan awam.Tuma kepala tersorok ekor kelihatan.Biar dirinya nampak
bersih sebagai eksekutif negara walaupun di timpa masalah terbaru
derma RM2.6 bilion ke akaunnya yang
penuh tandatanya kenapa bagitu dermawan manusia ini.
Keadaan tidak menyenangkan bertubi-tubi menimpa Najib
dari kes komisyen pembelian kapal selam,pembunuhan altantuya,1MDB,dan derma RM
2.6 bilion yang walaupun tidak dapat di buktikan di dunia ini namun ada pehak
yang mengaitkannya.Tidak ada sebab masakan pokok bergoyang.
Susur galur semua kes tersebut , sekurang-kurangnya
mereka yang dibicarakan dan dihukum ada bau-bau bacang tanggungjawab didunia ini dengan Najib,
tetapi apakan daya mungkin kebijaksanaan lempar batu sembunyi tangan, berlaku
dalam kes ini, maka terjah undang-undang sarang labah-labah berlaku “yang
godang terlopeh yang kocik tersangkut”.
Muka selamba Najib dengan mengeksploitasi bahawa media
sosial yang sering menyebar fitnah,maka apa yang berlaku terhadapnya adalah
tidak benar.Mereka yang celik otak dan mampu merungkai yang mana berita atau
maklumat yang benar atau fitnah,sudah tentu menuding jari kepada Najib bahawa dia seorang yang
tidak jujur berkhidmat untuk negara.
Manakala
dua golongan melayu iaitu yang pertama menyokong Najib demi kepentingan diri
atau lebih tepat, buat baik ada makna.Yang kedua golongan yang setia membabi
buta yang tidak perlu tahu apa yang Najib lakukan asalkan dia mudah cari makan.
Kedua-dua
golongan ini sama berfungsi yang akan
menghancurkan parti pemerintah,kerajaan dan ke arah negara muflis atau bangkrapsi
sebagaimana yang berlaku terhadap negara Greece. Ketika itulah rakyat negara
ini akan berkumpul depan bank negara menunjuk perasaan.
Marilah kita bersama berdoa agar Najib terbuka hati tidak menjadi degil dan syok sendiri yang kita percaya sikapnya ini lebih banyak keburukan dari kebaikan, akan berlaku terhadap negara yang masalah tidak ada penghujungnya.
No comments:
Post a Comment