Monday, October 12, 2015

sampai bila sejarah ini.......




Sudah lima minggu tidak update blog kerana memerhatikan tingkah laku serta suara-suara  pembodek kerajaan Najib  melalui akhbar edisi internet .Hari ini 10 Oktober 2015 hati  ini yang telah kecut kerana mendengar  telah ramai yang di tangkap kerana Akta Komunikasi dan Multimedia ,Sosma,akta hasutan dan pelbagai akta yang melindungi kerajaan dan seseorang  dari terdedah perangainya.

Namun aku beranikan diri kerana aku fikir banyak perkara  atau suara yang tidak betul  pada fikiran aku dan orang lain fikir  pun tidak tidak betul, apa yang telah berlaku terhadap kerajaan dibawah pimpinan mereka yang sudah  tidak betul lagi kerana mencari wang .

Mereka yang memimpin kerajaan sekarang sekiranya  bukan kerana wang sudah lama kepala pemimpinnya menarik diri kerana tuduhan skandal wang dan kuasa.Tidak usah kita bercakap orang ramai masih suka dan parti suka dan rakyat telah beri kuasa melalui pilhanraya. Ayat-ayat ini adalah ayat yang memuntahkan rakyat mendengarnya.

Sebelum terdedahnya perangai kita kerana wang tidak ada seorang rakyat pun yang menyuruh kita berhenti menjadi pemimpin,tetapi hari ini bukan sahaja orang dalam negara benci perangai pemimpin  kita tetapi   luar negara juga bercakap berkaitan apa yang telah berlaku terhadap ketua kita.

Banyak usaha-usaha pengampu untuk melupakan isu pemimipin kita yang tidak betul  terhadap rakyat. Ramai yang bertekad bahawa pemimpin mereka korup tetapi tidak berani menyanggah perangai kotor itu dibimbangi ditahan dalam lokap yang menjejaskan kelancaran hidup anak isteri yang tidak berdosa.

Usaha  jumpa penyimpan dan pembela yahudi  - Amerika Syarikat, dilakukan dua kepala pemimpin  bagi mengalih tumpuan manusia  bagi terus melihat  masalah yang berlaku  dalam negara  ini. Juga hendak mengesahkan bahawa orang luar tidak tahu apa-apa tentang konflik kejujuran pemimpin Malaysia.

Dalam negara,kita semua tahu ‘sukarelawan pengampu yang ada makna ‘terus mengalihkan isu dengan mengadakan atau merancang pelbagai perhimpunan pelbagai jenama , yang mana demontrasi tersebut yang kadangkala tidak masuk akal tujuannya.

Menghalalkan  berhimpun bagi pehak kerajaan serta  mengharamkan perhimpunan memburukkan pemimpin yang tidak betul,  diteruskan . Kita tahu kedua-dua perhimpunan tersebut sama cara lagunya iaitu berhimpun satu tempat  kemudia merayau ke jalanraya.

Mereka mengadakan demontrasi  kerana terkinyam sambutan demontrasi 16 september 2015 yang lalu ramai penyertaannya,  tetapi mereka lupa orang ramai tahu bahawa sambutan himpun 16 September itu merupakan  kehadiran  yang dibiayai. Siapa yang menolak pemberian wang dan berkesempatan berjalan ke ibu kota secara percuma dan di beri elaun.

Sekarang ini sumber undang-undang di jadikan tali pengikat kaki dan plaster mulut serta mencampakkan kumputer  mereka yang mencanai kebenaran dan menyuarakan keadilan .Pelbagai alasan mereka yang jadi penjilat  - yang kerajaan bertindak mengikut undang-undang dan demi menjaga keamanan negara. Khairuddin Abu Hassan ,Matthias Chang.dan Khalid Ismath mungkin bakal jadi pengganas yang mengancam keamanan negara.

Kadangkala terfikir juga kebenaran kata-kata Mahathir bahawa selagi seekor pemimpin yang ular jinak ini liat hendak berhenti maka negara ini akan terus bermasalah.Masalah rakyat hendak hidup dengan pendapatan kurang,harga barang berselisih jurang.

Pandangan beberapa pemimpin yang dulu penjilat sekarang telah berubah kilat, terhadap mereka yang nyata bersalah menguruskan wang negara melalui pelbagai dana, yang rakyat tidak tahu tujuannya terus ‘buat dak’.Pemimpin terus bermuka sadin ke pelusuk negara dan ceruk dunia.

Rakyat terus di hidangkan cerita dongeng negara ala cerita penglipurlara hikayat, yang di pertontonkan melalui televisyen dan di dendangkan melalui corong radio serta dirakamkan melalui akhbar-akhbar milik negara.

Sampai bila keadaan resah aku ini yang bersama rakyat prihatin, yang tidak jumud hati,membatu kan otak.Biarlah sejarah setakat derma RM2.6 bilion dan hutang syarikat RM 42 bilion serta nilai ringgit RM4.32/US dollar untuk tatapan cucu-cicit serta keturunan seterusnya.

No comments:

Post a Comment