Sebagai orang awam yang
tidak ada PHD dalam apa-apa bidang sama
ada dalam urusan agama islam atau bidang-bidang pengajian dunia yang lain
,terus menjadi pening dan keliru semacam gila, yang mana satu ulama’ atau cerdik-pandai islam yang hendak
diguna pakai ilmunya.
Mereka yang menerima ilmu agama
yang melangit tingginya, akan meneruskan pengeliruan pengetahuan agama orang
awam, apabila datangnya bulan-bulan rajab,syaaban
dan ramadhan. Mereka yang cerah agama ini akan mendapatkan alat-alat media
penyebaran, melahirkan fikiran terbaru mereka, yang mendakwa belajar di Mesir
atau negara-negara timur tengah.
Perkataan-perkataan yang sering
keluar dari mulut mereka seperti menyatakan satu-satu aktiviti ibadat sama ada
mengikut hadis sohih, bidaah,hadis mauduk atau hadis palsu.Secara tidak
langsung mengakategorikan ilmu-ilmu atau ibadah yang digunakan oleh golongan
mereka yang berusia lebih 40 tahun ke
atas menggunakan pendekatan bidaah dan hadis palsu.
Menyatakan dengan jelas bahawa datuk nenek kita yang puasa khas sebulan bulan rejab tidak
ada hadis yang khusus mengenainya. Kalau
hendak puasa ,puasa seperti biasa ,puasa sunat Isnin dan khamis ,tidak perlu dikaitkan hanya bulan rajab.
Sampai bulan Sya'aban lagi
bertambah pening apabila ada yang mengatakan
tak ada hadis nabi yang menyatakan ibadat
atau aktiviti nisfu syaaban. Ibadat-ibadat yang bersandarkan nisfu
sya'aban hanya sia-sia malah ada ustaz-ustaz yang menggunakan keyakinan orang
awam akan PHDnya, terus meminta hentikan amalan tersebut.
Seterusnya bertemu bulan ramadhan akan ada penentangan atau penafian berkaitan pahala mereka yang terus setia menunaikan solat sunat terawikh,hari pertama,kedua, ketiga dan hingga sebulan. Mengikut senarai ganjaran yang diterima, oleh mereka yang melakukannya tentu tidak berpadanan, seolah-olah ganjaran pahala tersebut cukup sehari solat terawikh dan tidak perlu lagi solat sunat seterusnya.
Satu
perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan
Rajab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih.
Tidak ada lagi….
Kelebihan Berpuasa di Bulan Rajab
“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab, ia
seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya
pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu
syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam
dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1
Rejab. Bulan Rajab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Ustaz-ustaz PHD itu juga mengatakan Jangan sebut-sebut seperti berikut:
“Sesungguhnya Rajab adalah bulan
ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah
bulan umatku.” Maksudnya kata-kata ini hanya ulamak-ulamak dulu hanya suka
mengkategorikan bulan-bulan tersebut seperti itu. Tidak ada Rasulullah SAW
berkata demikian.
Hari ini (Ahad 11 May 2014) kuliah subuh bersama ustaz kampung telah
berbicara perkara ini . Sebelum ini terlalu ramai lebai-lebai dikampung yang
telah meninggal dunia bagitu istiqamah melaksanakan ibadat-ibadat khusus dalam
rejab,tetapi hari ini dipertikaikan oleh ulamak PHD yang bergelar Dr bahawa kesemua ibadat tersebut tidak ada
hadis atau tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW atau sahabat-sahabat.
Ustaz-ustaz baru lahir dari timur
tengah ini memperkatakan dan berfikir bahawa ganjaran yang dijanjikan oleh
Allah seperti apa yang diamalkan oleh orang-orang yang terdahulu dari mereka
ini terlalu besar, sedangkan ibadat hanya sehari,dua hari atau seminggu puasa,
memperolehi ganjaran pahala tidak berpadanan.
Keadaan ini telah meruntun nafsu
mereka yang masih meneruskan amalan
rajab ini sama ada mahu menghentikan atau meneruskan.
Mereka membandingkan ganjaran yang
besar untuk kerja yang sedikit,umpama sikap manusia terhadap manusia lain, yang mungkin mustahil kerja sedikit ,ganjaran banyak.
Jangan lupa ini urusan rahmat Allah dengan manusia,Dia boleh menganugerahkan seberapa banyak pahala atau nikmat samaada di dunia atau akhirat kepada makhluknya. Pasti ustaz-ustaz PHD ini maklum.
Bagaimana anugerah pahala umat islam yang solat di tiga masjid Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin.Tidak ada yang mempertikaikan pemberian pahala terhadap tiga masjid ini berpadanan atau tidak anugerah Allah dengan kerja manusia terhadap Allah hanya solat satu waktu.
Solat Di Masjid Haram Makkah mendapat SERATUS RIBU Pahala.
Solat di Masjid Nabawi Al-Madinah Al-Munawwarah mendapat SERIBU Pahala.
Solat Di Masjid Al-Aqsa Di Palestin Mendapat LIMA RATUS Pahala.
Sepatutnya ustaz-ustaz PHD memberi sokongan kepada pak lebai-pak lebai yang terdahulu dan sebahagian yang ada sekarang, berkaitan ibadat khusus bulan rajab tersebut, kerana semua aktiviti ibadat yang dilakukan adalah berkaitan taat kepada Allah.
Jangan lupa ini urusan rahmat Allah dengan manusia,Dia boleh menganugerahkan seberapa banyak pahala atau nikmat samaada di dunia atau akhirat kepada makhluknya. Pasti ustaz-ustaz PHD ini maklum.
Bagaimana anugerah pahala umat islam yang solat di tiga masjid Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin.Tidak ada yang mempertikaikan pemberian pahala terhadap tiga masjid ini berpadanan atau tidak anugerah Allah dengan kerja manusia terhadap Allah hanya solat satu waktu.
Solat Di Masjid Haram Makkah mendapat SERATUS RIBU Pahala.
Solat di Masjid Nabawi Al-Madinah Al-Munawwarah mendapat SERIBU Pahala.
Solat Di Masjid Al-Aqsa Di Palestin Mendapat LIMA RATUS Pahala.
Sepatutnya ustaz-ustaz PHD memberi sokongan kepada pak lebai-pak lebai yang terdahulu dan sebahagian yang ada sekarang, berkaitan ibadat khusus bulan rajab tersebut, kerana semua aktiviti ibadat yang dilakukan adalah berkaitan taat kepada Allah.
Kenapa dipertikaikan ada atau tidak hadis
mauduk,hadis sohih sebagainya.Sudah tentu ada ulama’yang terdahulu
mengamalkannya dan cerdik pandai islam selepasnya terikut-ikut perkara-perkara
baik kerana Allah.
Setuju. Sngt setuju. ORg tua dolu2 start rejab puasa - ke ramadhan. Kalau puasa ni pun nak dipertikai so nak buat apa lagi? Saya pernah jumpa org puasa sentiasa kecuali hari2 yg di haramkan puasa.
ReplyDeleteSbb tu org tua2 dulu djmput kembali d malam jumaat yg mulia.
Kenapa tak nak pertikai org yg x nak buat aamal ibadah.
Kena ingat bhai..... Sesungguhnya lubang/pintu kubur hanyalah merupakan salah satu di antara 2 lubang/pintu. Samada ke pintu syurga atau ke pintu neraka!!
Dlm perot ibu tentu sah kita bermastautin 9 bulan 10 hari. Labir ke dunia kita x tau berapa lama. Dlm kubur, padang mahsyar, titian sirat kita x tau x pasti berapa lama akan kita lalui hingga habis proses menuju ke syurga jannah.
Kpd yg ada PHD para ilmuan yg bijaksanasini jangan pertikai amalan alim ulamak dulu2.