Tuesday, May 13, 2014

RAJAB- amalan dibulanmu telah mula ditiadakan..



Sebagai orang awam yang tidak  ada PHD dalam apa-apa bidang sama ada dalam urusan agama islam atau bidang-bidang pengajian dunia yang lain ,terus menjadi pening dan keliru semacam gila, yang mana satu  ulama’ atau cerdik-pandai islam yang hendak diguna pakai ilmunya.

Mereka yang menerima ilmu agama yang melangit tingginya, akan meneruskan pengeliruan pengetahuan agama orang awam, apabila datangnya bulan-bulan rajab,syaaban dan ramadhan. Mereka yang cerah agama ini akan mendapatkan alat-alat media penyebaran, melahirkan fikiran terbaru mereka, yang mendakwa belajar di Mesir atau negara-negara timur tengah.

Perkataan-perkataan yang sering keluar dari mulut mereka seperti menyatakan satu-satu aktiviti ibadat sama ada mengikut hadis sohih, bidaah,hadis mauduk atau hadis palsu.Secara tidak langsung mengakategorikan ilmu-ilmu atau ibadah yang digunakan oleh golongan mereka yang berusia  lebih 40 tahun ke atas menggunakan pendekatan bidaah dan hadis palsu.

Menyatakan  dengan jelas bahawa datuk nenek  kita yang puasa khas sebulan bulan rejab tidak  ada hadis yang khusus mengenainya. Kalau hendak puasa ,puasa seperti biasa ,puasa sunat Isnin dan khamis ,tidak perlu dikaitkan hanya bulan rajab. 

Sampai bulan Sya'aban lagi bertambah pening apabila  ada yang mengatakan tak ada hadis nabi yang menyatakan ibadat  atau aktiviti nisfu syaaban. Ibadat-ibadat yang bersandarkan nisfu sya'aban hanya sia-sia malah ada ustaz-ustaz yang menggunakan keyakinan orang awam akan PHDnya, terus meminta hentikan amalan tersebut.

Seterusnya bertemu bulan ramadhan akan ada penentangan atau penafian berkaitan pahala mereka yang terus setia menunaikan solat sunat terawikh,hari pertama,kedua, ketiga dan  hingga sebulan. Mengikut senarai ganjaran yang diterima, oleh mereka yang melakukannya tentu tidak berpadanan, seolah-olah ganjaran pahala tersebut cukup sehari solat terawikh dan tidak perlu lagi solat sunat seterusnya.

Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rajab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih.

Tidak ada lagi….

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rajab
“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rajab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”

Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rajab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Ustaz-ustaz PHD itu juga mengatakan Jangan sebut-sebut seperti  berikut:

“Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” Maksudnya kata-kata ini hanya ulamak-ulamak dulu hanya suka mengkategorikan bulan-bulan tersebut seperti itu. Tidak ada Rasulullah SAW berkata demikian.

Hari ini (Ahad 11 May 2014) kuliah subuh bersama ustaz kampung telah berbicara perkara ini . Sebelum ini terlalu ramai lebai-lebai dikampung yang telah meninggal dunia bagitu istiqamah melaksanakan ibadat-ibadat khusus dalam rejab,tetapi hari ini dipertikaikan oleh ulamak PHD yang bergelar Dr  bahawa kesemua ibadat tersebut tidak ada hadis atau tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW atau sahabat-sahabat.

Ustaz-ustaz baru lahir dari timur tengah ini memperkatakan dan berfikir bahawa ganjaran yang dijanjikan oleh Allah seperti apa yang diamalkan oleh orang-orang yang terdahulu dari mereka ini terlalu besar, sedangkan ibadat hanya sehari,dua hari atau seminggu puasa, memperolehi ganjaran pahala tidak berpadanan.

Keadaan ini telah meruntun nafsu mereka yang masih  meneruskan amalan rajab ini sama ada mahu menghentikan atau meneruskan.

Mereka membandingkan ganjaran yang besar untuk kerja yang sedikit,umpama sikap manusia terhadap manusia lain, yang mungkin mustahil  kerja sedikit ,ganjaran banyak.

Jangan lupa ini urusan   rahmat Allah dengan manusia,Dia boleh menganugerahkan seberapa banyak  pahala atau nikmat samaada di dunia atau akhirat kepada makhluknya. Pasti ustaz-ustaz PHD ini maklum. 

Bagaimana anugerah pahala umat islam yang solat di tiga masjid  Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin.Tidak ada yang mempertikaikan pemberian pahala terhadap tiga masjid ini berpadanan atau tidak anugerah Allah dengan  kerja manusia terhadap Allah hanya solat satu waktu.

Solat Di Masjid Haram Makkah mendapat SERATUS RIBU Pahala.
Solat di Masjid Nabawi Al-Madinah Al-Munawwarah mendapat SERIBU Pahala.
Solat Di Masjid Al-Aqsa Di Palestin Mendapat LIMA RATUS Pahala.



Sepatutnya ustaz-ustaz PHD memberi sokongan kepada pak lebai-pak lebai yang terdahulu  dan sebahagian yang ada sekarang, berkaitan ibadat khusus bulan rajab tersebut, kerana semua aktiviti ibadat yang dilakukan adalah berkaitan taat kepada Allah.


Kenapa dipertikaikan ada atau tidak hadis mauduk,hadis sohih sebagainya.Sudah tentu ada ulama’yang terdahulu mengamalkannya dan cerdik pandai islam selepasnya terikut-ikut perkara-perkara baik kerana Allah.
 

1 comment:

  1. Setuju. Sngt setuju. ORg tua dolu2 start rejab puasa - ke ramadhan. Kalau puasa ni pun nak dipertikai so nak buat apa lagi? Saya pernah jumpa org puasa sentiasa kecuali hari2 yg di haramkan puasa.

    Sbb tu org tua2 dulu djmput kembali d malam jumaat yg mulia.

    Kenapa tak nak pertikai org yg x nak buat aamal ibadah.

    Kena ingat bhai..... Sesungguhnya lubang/pintu kubur hanyalah merupakan salah satu di antara 2 lubang/pintu. Samada ke pintu syurga atau ke pintu neraka!!

    Dlm perot ibu tentu sah kita bermastautin 9 bulan 10 hari. Labir ke dunia kita x tau berapa lama. Dlm kubur, padang mahsyar, titian sirat kita x tau x pasti berapa lama akan kita lalui hingga habis proses menuju ke syurga jannah.

    Kpd yg ada PHD para ilmuan yg bijaksanasini jangan pertikai amalan alim ulamak dulu2.

    ReplyDelete