Friday, May 2, 2014

O!!....obama tempat mengadu....



 
Rupanya kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama adalah tempat mengadu orang-orang yang menganggap dirinya warganegara Malaysia kedua yang juga menganggap dirinya dan tuntutan kumpulannya tidak dipedulikan oleh kerajaan Najib.

Mereka yang merayu kebanyakannya mereka yang beragama bukan islam,syiah dan berbangsa bukan melayu ataupun yang tidak berstatus bumiputra.Diantara rintihan mereka adalah berkaitan agama dan sosial yang layanan kerajaan hanya sambil lewa atau lebih tepat bagai mereka mencurah garam kedalam laut.

Diantara mereka yang merintih serta berpeluang menyampaikan dan memperdengarkan rintihan kepada Obama di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu, adalah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam, peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam Malaysia Christopher Leong dan ahli majlis Honey Tan, Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, Pengarah Eksekutif Sisters In Islam (SIS) Ratna Osman dan wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Rev Dr Herman Shastri Maria Chin Abdullah Pengurusi Bersih 2. Keseluruhannya adalah mereka yang menyokong COMANGO‎. (Coalition of Malaysian NGOs)

Mereka mengatakan , slogan demokratik dan kesederhanaan yang dilaungkan oleh Najib hanya topeng semata-mata, kemelut dalam isu kalimah Allah, serbuan dan serangan ke atas gereja dan mengenai usaha Najib menyokong pelaksanaan hukum hudud serta kerajaan tidak mengiktiraf masyarakat pelbagai kaum.

Tentunya Tunku Abd,Rahman,Tun Abd,Razak  dan Tun Hussin On tidak menyangka akan berlaku bagitu banyak complain atau rasa tidak puashati  oleh bangsa-bangsa yang satu ketika dulu ibarat melukut. Dulunya duduk tepi gantang tetapi sekarang  sudah banyak dari beras, yang kini duduk dalam gantang.  

Mereka melepaskan perasaan pada tetamu jemputan negara ini. Sudah tentu tetamu tersebut terkejut beruk  mendengar keadaan rakyat negara ini  masih ada yang terpinggir.

Kita mengaku banyak ketidakadilan  kerajaan  terhadap rakyatnya ,terutama berkaitan pilihanraya ,hak kebebasan bersuara,kehakiman,kawalan media, namun kita tidak setuju mereka melontarkan perasaan kepada Obama berkaitan masalah pelbagai agama, lebih-lebih lagi memperkatakan tentang islam agama persekutuan yang diberi keistimewaannya oleh kerajaan.

Rakyat negara ini dimestikan memahami perasaan orang melayu dan islam, yang merupakan rakyat terawal menjadi warganegara. Kiranya berkaitan agama islam terus dipertikaikan akan meruntun hati kemelayuannya dan semangat jihad perkauman akan terbongkar kembali. Bukan Islam tidak  ada hak berceloteh mengenai islam bagitu juga orang islam tidak berhak bercakap berkaitan agama Kristian,budha dan hindu kerana mereka tidak ada ilmu berkaitan agama yang tidak mereka anuti.

Amat bahaya agama islam terus dipertikaikan oleh mereka yang tidak islam dan keistimewaan melayu di Malaysia diungkit-ungkit .Kedua-dua perkara ini boleh membuatkan keris orang melayu akan terhunus sambil dia membelek-membelek lembaran buku sejarah.

Tidak guna kita rakyat Malaysia mengungkit sejarah setiap kali berbalah berkaitan undang-undang atau hukum hendak dilaksanakan.Mengungkit sejarah akan merenggangkan hubungan antara kaum. 

Hari ini telah menjadi satu trend  rakyat negara ini mengungkit-ungkit sokongan semasa pilihanraya terutama bangsa cina dan india terhadap sokongan kepada calon melayu atau parti berasaskan melayu.Ugutan dikeluarkan tidak member undi kepada melayu di masa  pilihanraya akan datang.

Sikap ini kita sedia maklum, adalah sikap bangsa yang sudah besar kepala, dan tidak jujur terhadap persahabatan,mengkhianati toleransi orang melayu, dan membuang  sifat muhibah   yang terjalin  lebih 50 tahun, atau telah membuang  sifat harmoni antara bangsa-bangsa di Malaysia. 

Mereka mengambil kesempatan kelemahan ukhwah orang melayu, yang berterusan menjaga kepentingan politik,nilai peribadi, dan kepentingan harta yang telah dimiliki. Melayu tidak pedulikan perpaduan diantara sesama mereka yang boleh  membentuk satu ummah yang juga boleh menjadikan satu negara,satu bangsa dan satu agama.

No comments:

Post a Comment