Juk-juk pai,merajuk tak sampai.Sesak berundur-undur;hendak lari malu,hendak menghambat tak lalu.Itulah yang berlaku di Trengganu.Beberapa orang besarnya telah merajuk ; merajuk budak hingusan, pagi merajuk ,petang rujuk.Semuanya bagai pucuk ru,dimana di tiup angin ,disitulah melentur. Ingatkan hujan bertahun, sungai bersedia melipahkan airnya.
Pendirian mencerminkan harga
diri. Harga diri bukan untuk dibeli atau dipujuk rayu.Harga diri juga bukan
untuk dinilai pelbagai tawaran. Mereka yang profesional bertanggungjawab terus
terhadap sikapnya. Tidak ada sikap sekejap
menoleh kebelakang dan menoleh ke kiri, kadang menoleh kekanan mencari orang
simpati,kalau-kalau ada yang memanggil supaya berpatah balik.
Merajuk orang profesional masih
belum berlaku di negara ini terutama
orang politik .Mereka Yang merajuk atas sikap pegangan politik, mereka tidak
terus meninggalkan bidang politik sebaliknya berusaha menubuhkan parti politik
lain. Dato’ Onn merajuk dari UMNO
tubuhkan ,IMP dan Parti Negara dan yang paling terbaru dan masih berjuang Anwar
Ibrahim merajuk dan dihalau UMNO, menubuhkan
Parti Keadilan Rakyat
Berbeza orang-orang besar politik
atau pegawai-pagawai kerajaan, serta mereka yang bertanggung jawab terhadap pertubuhan dari luar negara keadaan mereka bila merajuk terus meletak jawatan dan tidak akan kembali menjadi orang yang
terpinga-pinga mendengar suara halus agar menyuruh rujuk kembali.PM Korea letak
jawatan sebagai contoh bertanggungjawab dan mempunyai prinsip.
Beberapa hari yang lepas orang
besar UMNO dari Trengganu, bukan sahaja rendah moral politiknya tetapi telah
mencipta “guinness malaysia record book” iaitu
keluar dari UMNO dalam waktu terdekat masuk balik UMNO.Empat orang budak-budak
politik ini umpama telinga rabit
dipasangkan subang,kaki untut dipakaikan gelang,jari kudung dimasukkan cincin.
No comments:
Post a Comment