Wednesday, May 2, 2018

Paparkan Berita Benar kemelut kerajaan BN -boleh tak menang pilihanraya ke 14





10 hb.Mei 2018 insya’Allah rakyat Malaysia akan tahu parti politik mana yang akan berjaya membentuk kerajaan. Sekarang ini kerajaan yang memerintah 5 tahun lalu masih lagi menggunakan ,jenama peralatan,jawatan kerajaan dan swasta memulakan kempen supaya rakyat memilih Barisan Nasional duduk di Putrajaya. 

Television,radio  dan media lain menggila mengambil kesempatan membodek kerajaan semasa menguar-uarkan bahawa Barisan Nasional adalah pilihan terbaik.Syarikat media prima umpamanya berterus terang menjadi penaja utama parti politik  Barisan Nasional.

Saya tidak tengok Radio dan Television Malaysia (RTM) hak kerajaan, adakah lebih hebat dan berani berterus terang  seperti TV 3 ,bahawa  menggambarkan pembangkang di bawah kepimpinan Dr Mahathir adalah parti  politik paling tidak berguna untuk di pilih.

Di rumah saya tidak  sanggup lagi  menonton rancangan TV 3 terutama berita jam 8.00 malam yang lebih setengah jam usaha memburuk-burukkan dan melaga-lagakan gabungan parti pembangkang.
Pemimpinnya seperti Dr Mahathir, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Mat Sabu,Mahyuddin Yassin, telah menjadi umpat keji dengan memaparkan vedio dan cerita ,flasback.

Perasaan  loyo yang meluap-luap hati ini semalam ketika berhenti minum disebuah kedai (13/4/2018) berita jam 8 malam dengan persembahan berita yang amat dahsyat memburukkan Dr.Mahathir. Saya tidak terkilan sekiranya berita tersebut diberi peluang Dr Mahathir menjelaskan keadaan sebenarnya.

Sekiranya di beri peluang kerajaan parti politik baru, akta kebebasan media yang adil kepada semua pehak perlu digubal supaya rakyat dapat menerima berita yang benar, dengan mengolah fikiran,fakta sebalik tujahan berita yang berupa provokasi sebelah pehak.

Peluang mempertahankan diri atau timbal balik hujah melalui media yang sama perlu diberi kepada sesiapa sahaja individu,pertubuhan atau syarikat yang dikritik  bertujuan  menjelaskan perkara sebenar.

Ketika ini terutama media prima menggalakkan usaha menyanjung sepanjang masa tokoh kerajaan semasa, serta  kehebatan manifesto parti politik hingga akhirat orang melayu itu. Sebagai melengkapkan kempen pilihanraya bagi parti Barisan Nasional memburukkan individu parti lawan adalah agenda utamanya.

Sikap ini bukan sahaja TV3 tetapi semua cannel TV dalam Malaysia ini ke arah mengampu parti yang dianggap tidak kalah dalam percaturan piliharaya  ke 14 ini. Setakat ini tidak ada peluang bagi parti politik lain untuk membuka kepak membantu pengundi menerima maklumat dan mengemukakan fakta yang dirancangan..

Penamaan calon telah berlalu (28/04/2018).Saya berdoa agar sebuah parti politik baru berjaya membentuk kerajaan yang boleh menghidangkan pentadbiran yang cemerlang dari parti politik  sedia ada.

Saya percaya sudah pasti satu bentuk pentadbiran yang lebih baik dari pentadbiran  Najib hari ini sekiranya Mahathir terpilih menerajui  negara ini malahan mungkin lebih baik dari pentadbirannya selama 22 tahunnya  yang lalu.

Keadaan ini berlaku kerana pengalaman urus tadbir yang tidak elok yang lalu boleh di buang jauh diganti dengan idea baru.Bagitu juga stail pentadbiran Najib mungkin berubah pada pillihanraya ke 15  akan datang sekiranya kekalahan parti politiknya dalam pilihanraya ke 14 ini. Membaiki kesilapan sebagai pengajaran dari kekalahan amat penting 

Parti politik Najib telalu lama memerintah selama  lebih 65 tahun.Jangka masa yang terlalu lama ini tidak merubah anggapan bahawa apa yang dilakukan pimpinan parti politik itu betul selama itu, maka terlahirlah ego bahawa rakyat mengesahkan dengan memenangkannya selama 13kali pilihanraya.

Kerajaan yang bertindak mengikut sesuka hati pemimpinnya  berlaku kerana terlalu lama di pilih.Kita jangan lupa bahawa kemudahan kerajaan mengawal media dengan menyorokkan maklumat kesilapan kerajaan dari pendengaran rakyat salah satu penyumbang kepada  kemenangan Barisan Nasional.

Benar, media sosial boleh memainkan peranan membocorkan maklumat tetapi peranan media yang di benarkan kerajaan adalah lebih penting kerana berita dari media sosial ini di labelkan palsu.

Seandainya berita benar tanpa selindung apa yang berlaku dalam urusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di paparkan, saya percaya tidak ada harapan kerajaan yang memenangi 13 kali pilihanraya itu,  meneruskan khidmatnya.

Manifesto kerajaan semasa yang ulang-ulang siarnya melalui media terutama television,tidak akan melupakan rakyat kepada kepincangan pemimpin dengan skandal ekonomi,peritnya untuk hidup rakyat  nun jauh di pendalaman, mereka yang menunggu rumah rakyat,yang berkerja pagi hingga ke malam mencari sarapan keluarga,dengan harga barang dan perkhimatan untuk rakyat yang tersekat-sekat.

Kita tidak memerlukan pemimpin yang melihat poketnya sendiri dan pengundi yang melihat dirinya hari ini berjaya menjamu selera.Kita perlu pemimpin yang sentiasa bersama sepanjang masa dengan rakyat bukan mengeluarkan peluh dan mengeluh hanya 5 tahun sekali.

No comments:

Post a Comment